Floating Icon
25 OCT 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 1252 LIHAT 15 BERKONGSI

Petua Mudah untuk Membantu Mencegah Kanser Payudara

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tahun 2020 menyaksikan 2.3 juta wanita di seluruh dunia didiagnosis menghidap kanser payudara. Di Malaysia, kanser payudara ialah kanser yang paling biasa dengan kira-kira satu dari 19 wanita menghidapnya.

Oktober ialah Bulan Kesedaran Kanser Payudara apabila masyarakat prihatin dari seluruh dunia menunjukkan sokongan mereka dengan mendidik orang ramai, mengumpulkan dana untuk badan amal kanser dan membantu mereka yang menghidap penyakit ini. Mari lebih dekat isu ini:


Apakah itu kanser payudara dan apa yang menyebabkannya?

Terdapat lebih daripada seratus jenis kanser. Kanser payudara ialah salah satu jenis yang bermula di payudara apabila sel-sel di sana mula tumbuh di luar kawalan. Sel-sel ini kemudiannya membentuk tumor yang boleh menjadi kanser.

Masih tidak dapat dipastikan tentang apa sebenarnya yang menyebabkan kanser tetapi terdapat banyak faktor risiko yang boleh menyebabkan peningkatan kemungkinan menghidap kanser. Ini termasuk paras hormon dan pilihan gaya hidup yang berbeza-beza seperti merokok, minum, kurang bersenam dan diet tidak seimbang yang tinggi lemak dan gula.

Oleh itu, penting untuk menjalani kehidupan sihat setiap hari untuk mengurangkan risiko menghidap kanser:

  • Makan makanan seimbang yang rendah lemak dan gula
  • Makan banyak buah dan sayur segar
  • Minum banyak air
  • Elakkan alkohol dan juga rokok
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu
  • Kurangkan pendedahan pada bahan kimia dalam penjagaan badan

Berkenaan soal bahan kimia, beberapa kajian menunjukkan bahawa parabens boleh menjejaskan mekanisme sel payudara normal dan berpotensi mempengaruhi pertumbuhan tidak normal yang menyebabkan peningkatan risiko kanser payudara (peningkatan pertumbuhan sel).


Breast Cancer Awareness

Pengesanan awal adalah penting

Selain mengekalkan gaya hidup yang sihat, wanita setiap peringkat usia harus kerap memeriksa payudara mereka untuk mengesan keabnormalan. Pemeriksaan sendiri payudara mudah dilakukan – tanya doktor anda jika anda tidak pasti bagaimana melakukannya dengan betul. Peluang untuk sembuh jauh lebih tinggi jika kanser dikesan pada peringkat awal.

Sekurang-kurangnya setiap tiga tahun sekali, lakukan mamogram untuk memeriksa kanser payudara. Wanita berusia lebih daripada 40 tahun harus menjalani mamogram setiap tahun. Wanita berusia lebih daripada 55 tahun harus beralih ke pemeriksaan setiap 2 tahun.


Mengapa tidak sertakan idea-idea ini ke dalam rutin jagaan diri anda?
  • Kerap periksa payudara anda untuk mengesan ketulan, terutamanya ketika anda mandi
  • Tahukah anda bahawa salah satu masa terbaik untuk memeriksa payudara ialah ketika anda menyabun badan? Lebih mudah untuk tangan anda meluncur di kulit yang licin untuk membantu anda memeriksa dengan lebih teliti.
  • Urut payudara ketika bersantai di pancuran atau mandi
  • Secara amnya, mengurut menambah baik peredaran darah secara keseluruhan yang membantu memastikan tubuh anda dalam keadaan optimum. Tambahan pula, meluangkan masa untuk bersantai akan membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkkan kesihatan yang lebih baik.
  • Gunakan mandian tanpa sulfat dan deodoran bebas paraben


Kami sangat mengesyorkan Gel Mandian G&H REFRESH+ agar tubuh anda benar-benar bersih dan Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+

untuk kesegaran berpanjangan.

G&H products stylised

Lembut namun membersih secara mendalam, Gel Mandian G&H REFRESH+

diseduh dengan adunan botani eksklusif untuk kulit yang sihat. Aloe yang diperoleh dari padang pasir membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ekstrak Biji Anggur daripada anggur merah memberikan 20 kali ganda kuasa perlindungan Vitamin E. Ekstrak Teh Hijau menghidratkan dan melindungi kerana mengekalkan lebih banyak nutrien daripada teh jenis lain. Ia juga membantu menenangkan kulit dengan kompleks antirengsa yang dipatenkan, menjadikan anda kulit lembut dan segar.

Popular sejak dilancarkan, Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+

membantu melawan peluh dan bau badan sehingga 48 jam. Bagus untuk kulit sensitif, ia mengandungi Ekstrak Teh Putih, Ekstrak Bilberi, Mineral Asli, Vitamin C dan Lichen Plus untuk membantu mengawal peluh dan menghalang pembentukan bau. Sesetengah bahan-bahan ini telah digunakan selama bertahun-tahun, disukai kerana manfaat perlindungannya.


Jaga diri anda dan membeli-belah dengan lebih sihat di www.amway.my