Floating Icon
15 MAR 2022 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1380 LIHAT 43 BERKONGSI

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Menjaga Tulang Belakang Anda

Mengapa penting untuk anda menjaga kesihatan tulang belakang?

Tulang belakang merupakan bahagian yang paling penting dalam tubuh badan manusia. Ini kerana peranan utamanya ialah memberi sokongan bagi pergerakan fizikal untuk menjalankan aktiviti seharian termasuk berdiri dan berjalan.

Sekiranya sejak muda kita mengabaikan penjagaan badan dan tidak menjaga tulang belakang, kesihatan bahagian belakang badan akan mula merosot dalam jangka masa panjang dan boleh menyebabkan anda menderita sakit belakang.

Jadi, adalah sangat penting untuk anda sentiasa memastikan kesihatan tulang belakang anda dalam keadaan yang baik dengan:

  • Menjaga dan melindungi saraf dan otot
    Kecederaan tulang belakang boleh menyebabkan masalah kepada saraf dan juga otot. Sekiranya diabaikan, ia boleh menyebabkan anda mengalami kebas-kebas pada bahagian kaki, pinggul dan paha. Selain itu, ia boleh menyebabkan otot kaki menjadi lemah.
  • Memberi sokongan struktur tulang belakang
    Ia membantu memberikan sokongan yang baik kepada struktur tulang belakang dan membantu mengimbangi bagi mengekalkan postur yang sihat dan selamat. Postur yang baik dapat mengelakkan bongkok dan juga rasa sakit bahagian tengkuk.
  • Keselesaan menjalankan aktiviti
    Dengan menjaga tulang belakang dengan baik, ia dapat memberi keselesaan terhadap pergerakan fizikal anda apabila menjalankan aktiviti seharian. Penjagaan yang baik dapat membantu mengurangkan rasa letih atau rasa sakit pada bahagian pinggang dan belakang.

Apa yang menyebabkan kesakitan dan kemerosotan kesihatan tulang belakang?

Kita mungkin tidak ambil peduli dengan aktiviti-aktiviti seharian yang boleh menyebabkan kecederaan tulang belakang. Antara penyebabnya ialah:

  • Postur yang kurang baik
  • Terseliuh, kecederaan atau terlalu memaksa penggunaan otot dan ligamen
  • Sokongan yang tidak mencukupi untuk tulang belakang apabila duduk atau tidur
  • Kurang pengambilan kalsium

Backache is caused by poor spine care

Bagaimana anda dapat meningkatkan semula kesihatan tulang belakang anda dan mengurangkan sakit belakang?

Memastikan keselesaan ketika berehat atau tidur merupakan salah satu cara yang sangat disarankan.


Dapatkan Tilam Chiromax Wellness Dreamland untuk membantu meningkatkan kesihatan tulang belakang anda.

Antara kebaikan Sistem Spring Miracoil:

    • Sokongan di kedua-dua belah untuk tahan lama
    • Sokongan bahagian tepi yang unggul
    • Selamat dan boleh dipercayai
    • Sokongan yang lebih kukuh
    • Dibaja sepenuhnya untuk kekuatan yang hebat
    • Sangat selesa dan tidak berbonjol-bonjol
    • Keselesaan tulang belakang yang unggul
    • Mengurangkan gangguan tidur akibat pergerakan pasangan di sebelah

Fabrik tilam dirawat dengan menggunakan:

    • Ketidaktelapan air dan pelepasan kesan/kotoran – kemasan Aquagard (Nuva 2114, Jerman)
    • Antibau (Peneutral Bayscent, Netherlands)
    • Teknologi Fresche Quatlok (Fresche BioScience, Australia) – melindungi tilam daripada bakteria dan kulat.

Dreamland_Chiromax_Freshguard_Mattress_&_Headboard_and_Divan_Set..jpg

Gunakan dengan Set Kepala Katil dan Divan Chiromax Wellness Dreamland yang terbaru

  • Kepala katil bersaiz penuh dan divan atas antigelincir dengan estetika kontemporari
  • Upholsteri fabrik kelabu yang elegan dengan rawatan ketidaktelapan cecair
  • Kaki divan daripada kayu padu lebih tinggi untuk membersihkan ruang bawah katil dengan mudah


TIP: Tidur dengan lebih lena untuk berasa lebih segar sepanjang Ramadan.

Kita akan mengalami kekurangan tenaga apabila kita kurang makan kerana berpuasa dan pada masa yang sama kita memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian. Anda juga perlu memastikan tulang belakang anda sentiasa sihat dan kuat untuk melakukan kerja dan aktiviti sepanjang Ramadan. Jadi, pastikan anda tidur lena dengan Dreamland!


Tersedia mulai 1 Apr 2022.


Artikel ini juga dipaparkan dalam eKatalog Edisi Raya 2022.
Baca eKatalog penuh di sini