Floating Icon
31 JAN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 1780 LIHAT 114 BERKONGSI

4 Langkah Mudah Untuk Usus yang Lebih Sihat

Sebelum ini kita bercakap tentang Apakah itu Mikrobiom Usus

dan menyentuh secara ringkas tentang bagaimana ketidakseimbangan terlalu banyak mikrob jahat di dalam usus boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda.

Penyelidikan memberitahu kita bahawa usus yang tidak seimbang dikaitkan dengan risiko masalah kesihatan yang lebih tinggi seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan keimunan. Mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang bagaimana dan mengapa ini berlaku:



Kesihatan Usus dan Obesiti:

Kesihatan usus memainkan peranan penting dalam kecenderungan tubuh ke arah obesiti.

Tubuh anda memerlukan bakteria 'baik' yang khusus di dalam usus anda untuk menguraikan serat menjadi asid lemak rantai pendek, yang penting untuk proses mengawal metabolisme lemak. Ini bermakna bahawa mempunyai mikrobiom usus yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan pembakaran lemak dan mengurangkan simpanan lemak di dalam tubuh.

Kesihatan Usus dan Penyakit Jantung

Anda pasti pernah mendengar pepatah lama bahawa 'jalan ke hati lelaki adalah melalui perutnya'. Nah — itu mungkin terbukti benar untuk lelaki dan wanita! Mikrobiom usus juga didapati mempunyai kesan ke atas kesihatan jantung juga.

Pada 2015, satu kajian telah dilakukan tentang cara mikrobiom usus yang sihat menggalakkan kolesterol HDL yang 'baik' dan trigliserida.2Ini penting kerana tahap kolesterol HDL dan trigliserida yang baik boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Lebih-lebih lagi, bakteria usus tertentu seperti Lactobacili didapati amat membantu apabila diambil sebagai probiotik untuk mengawal dan meningkatkan kesihatan mikrobiom usus.

Kesihatan Usus dan Keimunan

70% daripada sistem imun terletak di dalam usus! Oleh itu, tidak hairanlah bahawa bakteria di dalam usus anda memainkan peranan yang besar dalam menentukan bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap jangkitan. Dengan menguatkan mikrobiom usus anda, anda boleh menguatkan keimunan anda secara keseluruhan dan tahan terhadap selesema biasa, demam selesema dan sakit perut.

Kesihatan Usus dan Diabetes

Mengenai obesiti pula, mikrobiom usus yang sihat boleh membantu mencegah atau sekurang-kurangnya mengurus keadaan kesihatan seperti diabetes Jenis 2 dengan lebih baik. Ini disebabkan oleh kehadiran mikroflora dan bakteria tertentu yang mengawal paras gula darah dan meningkatkan ketahanan insulin.

Kesihatan Usus dan ANDA

Jadi, anda telah mendengar tentang semua cara mikrobiom usus anda boleh mempengaruhi kesihatan anda. Persoalannya sekarang ialah – bagaimana anda memupuk mikrobiom usus yang sihat?

Mudah saja! Mulakan dengan 4 langkah mudah ini untuk meningkatkan kesihatan usus



Langkah 1: Makan aneka warna!

Sayur-sayuran adalah sumber vitamin, mineral dan serat yang bagus… dan tahukah anda bahawa sayur-sayuran berdaun juga mempunyai gula tertentu yang memacu pertumbuhan bakteria sihat?

Betul! Serat dan nutrien lain daripada sayur-sayuran memberi makan kepada mikrob yang baik di dalam usus dan membantunya berkembang dan membiak. Lantas, meningkatkan bilangan mikrob yang baik untuk mengimbangi mikrobiom usus anda.

Cara yang mudah untuk mengekalkan pengambilan serat anda adalah dengan mengambil suplemen serat seperti Nutrilite Mixed Fiber Powder. Ia didatangkan dalam pek batang yang mudah digunakan dan mengandungi gabungan unik serat larut yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih baik dan usus yang lebih sihat!

Langkah 2: Elakkan makanan proses dan gula bertapis

Makanan proses dan gula bertapis bukan sahaja memberi kesan kepada kolesterol dan lemak. Ia menyebabkan ketidakseimbangan dalam perut anda, yang menjelaskan mengapa selalu ada bunyi bergelodak selepas singgah di restoran makanan segera atau mamak kegemaran anda! Sudah pasti, hendaklah sentiasa bijak dalam mengawal pengambilan semua makanan anda, tetapi adalah penting untuk memantau tentang berapa banyak makanan rapu yang masuk ke dalam perut anda.

 



Langkah 3: Tambahkan dengan probiotik

Bakteria usus tertentu seperti Lactobacili amat membantu apabila diambil sebagai probiotik untuk mengawal mikrobiom. Sayur-sayuran yang ditapai adalah sumber probiotik yang sangat baik, jadi makanlah kimchi, sauerkraut dan jeruk!

Tidak lalu makan kimchi setiap hari? Jangan risau, sebab itulah suplemen seperti prebiotik dan probiotik sangat penting untuk dimasukkan ke dalam rutin pengambilan suplemen harian anda. Ia membantu memupuk dan meningkatkan populasi mikrob yang baik di dalam usus anda.

Tetapi awas, tidak semua probiotik dibuat sama. Probiotik yang baik harus 'sampai hidup-hidup' dan 'melekat pada usus anda' untuk mengisi usus anda dengan bakteria baik dan menghalang bakteria jahat daripada membiak – sama seperti

Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics.
 

Langkah 4: Utamakan rehat dan minda yang positif

Kesihatan usus anda mempunyai kesan yang besar terhadap pola tidur anda dan sebaliknya. Kajian terbaru menunjukkan bahawa bakteria usus boleh mempengaruhi pola tidur kita kerana mikrobiom usus yang tidak sihat boleh mengakibatkan penurunan paras serotonin dan dopamin. Serotonin dan dopamin adalah neurotransmitter (pemancar saraf) penting yang memainkan peranan dalam menentukan berapa lama dan senyenyak mana anda tidur. Tahap serotonin yang rendah dikaitkan dengan insomnia dan tidur yang terganggu.

Selain itu, kurang tidur boleh meningkatkan tekanan yang menjejaskan usus. Ini boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung perut, keradangan dan peningkatan risiko obesiti. Jadi, mendapat tidur berkualiti yang mencukupi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keupayaan anda untuk mengurus berat badan dan meningkatkan kesihatan anda.

 

Sumber: 

Fu, J., Bonder, M. J., Cenit, M. C., Tigchelaar, E. F., Maatman, A., Dekens, J. A., Brandsma, E., Marczynska, J., Imhann, F., Weersma, R. K., Franke, L., Poon, T. W., Xavier, R. J., Gevers, D., Hofker, M. H., Wijmenga, C., & Zhernakova, A. (2015). The Gut Microbiome Contributes to a Substantial Proportion of the Variation in Blood Lipids. Circulation research, 117(9), 817–824.

https://doi.org/10.1161/CIRCRESAHA.115.306807
 

 

Bezirtzoglou, E., Stavropoulou, E., Kantartzi, K., Tsigalou, C., Voidarou, C., Mitropoulou, G., Prapa, I., Santarmaki, V., Kompoura, V., Yanni, A. E., Antoniadou, M., Varzakas, T., & Kourkoutas, Y. (2021). Maintaining Digestive Health in Diabetes: The Role of the Gut Microbiome and the Challenge of Functional Foods. Microorganisms, 9(3), 516.

https://doi.org/10.3390/microorganisms9030516

Memperkenalkan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey Baharu Untuk Anda Yang Lebih Sihat, Lebih Ceria!

Dapatkan semua alat yang anda perlukan untuk usus yang sihat dengan Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey baharu. Program ini memecahkan halangan pengurusan berat badan anda dengan membantu set semula dan menyeimbangkan semula mekanisme semula jadi tubuh, membina tabiat positif dan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih ceria.

Berikut ialah apa yang anda bakal peroleh daripada program ini:

  • Pengurusan berat badan yang lebih berkesan
  • Pencernaan lebih baik
  • Menambah baik paras serotonin (hormon gembira) untuk emosi dan kesejahteraan mental yang lebih baik
  • Menguruskan masalah metabolik seperti glukosa darah, kolesterol darah dan tekanan darah

Ketahui lebih lanjut tentang Program Pengurusan Berat Badan Set Semula Usus BodyKey di sini