Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 891 LIHAT 9 BERKONGSI

4 Senaman Berpasangan untuk Dicuba

Mempunyai rakan senaman atau gim seringkali membuatkan sesuatu perkara itu lebih menyeronokkan dan menarik. Terutamanya apabila rakan itu adalah pasangan hidup anda. Sudah tentu, pasangan senaman anda itu tidak semestinya kekasih anda, tetapi berikut adalah beberapa senaman berpasangan yang menyeronokkan untuk dicuba sebagai pasangan (sama ada kekasih atau rakan anda).

Bersenam bersama bukan sahaja membantu anda kekal bertanggungjawab terhadap rutin dan matlamat senaman anda, tetapi juga membolehkan anda meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti dengan insan tersayang atau rakan anda. Bersenam sebagai pasangan atau kumpulan memberikan sokongan moral dan motivasi agar anda terus berusaha! Pertandingan persahabatan tidak akan mengecewakan sesiapa pun. Betul?

Bangkit Tubi Sisi ke Sisi

Regang Papan dan Jangkau

Regang papan amat sukar untuk dilakukan atas dua tangan, tetapi pada satu tangan? Jadikannya menarik dan mendatangkan kepuasan dengan melakukan regang papan dan menghulurkan tangan anda untuk memberikan tepuk ria (high five) kepada pasangan (romantik atau sebaliknya) kerana terus berusaha!

Bangkit Tubi Terbantu


Bangkit tubi benar-benar memenatkan tetapi berbaloi! Jadikannya lebih berbaloi dengan meminta pasangan anda memegang buku lali anda di kedudukannya atau duduk di atasnya. Jangkau dan berikan tepuk ria atau kucupan bagi setiap bangkit tubi yang anda lakukan.

Mencangkung Pistol

Latih otot gluteus dan otot paha belakang anda dengan sedikit bantuan. Dengan pasangan anda sebagai pengimbang, pegang tangan dan turunkan badan anda perlahan-lahan ke kedudukan mencangkung pistol. Anda boleh memilih untuk bertahan dalam kedudukan ini dengan kiraan 10 atau menukar tangan apabila anda bangun untuk menjadikan kedudukan tersebut lebih mencabar.

Sejukkan Badan

Huh! Ini memang betul-betul bersenam! Pastikan anda sejukkan badan dengan betul dan regangkan otot yang sakit. Ingat, hidratkan semula badan anda dan isikan semula elektrolit anda. Cubalah siri minuman tenaga Fiery Blaze kami yang terdapat dalam perisa Pink Grapefruit atau Classic Black

untuk memenuhi cita rasa anda. Ambil pengocak minuman yang berisi XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour untuk memenuhi rutin senaman dan mengisi semula simpanan tenaga anda.

Pastikan badan anda dijaga dengan baik dalam aspek lain juga! Senaman dan pergerakan berulang-ulang boleh menyebabkan sakit sendi pada masa akan datang. Perkuatkan tulang anda dan pastikan anda mendapat jenis kalsium yang betul dengan Nutrilite Cal Mag D Plus. Jangan lupa glukosamina anda! Gandingkan Cal Mag D Plus anda dengan Nutrilite OsteGlucosamine bagi memastikan anda kekal cergas lebih lama!

Sedang mencari cabaran untuk dicuba dengan pasangan atau rakan anda? Sertai Cabaran BodyKey Own-It dan berpeluang memenangi ganjaran hebat sambil anda menjadi sihat! Untuk maklumat lanjut, lawati www.bodykey.my.

Jangan lupa juga tunjukkan kemahiran anda! Sediakan minuman atau sajian senaman kegemaran anda dengan produk XS atau Nutrilite dan tag kami di @xs_msb di Instagram. Resipi terbaik akan disiarkan di AmwayNow.