Floating Icon
18 JUN 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 1279 LIHAT 28 BERKONGSI

5 Petua untuk Tidur Yang Lebih Lena Hari Ini

Letih tetapi tidak boleh tidur? Berkalih-kalih sepanjang malam? Lingkaran hitam pada mata setiap pagi?

Lack of sleep

Jika semua ini kedengaran biasa, anda sudahpun tergolong. Statistik menunjukkan bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami insomnia pada suatu tahap dan mempunyai satu atau lebih jenis masalah tidur. Ramai daripada kita tidak menyedari kesan penuh pada tubuh kita jika kurang tidur.

Daripada mendapatkan masa tidur yang lebih panjang, kita cuba mengatasi rasa letih dengan kafein dan gula untuk membuatkan diri kita berasa segar. Sebenarnya, kurang tidur tidak hanya mempengaruhi kesihatan mental anda, ia juga memberi kesan buruk pada tubuh anda. Orang yang tidur kurang daripada 6 jam setiap malam menghadapi risiko strok, obesiti, sakit jantung dan juga kanser yang lebih tinggi.


Jadi, berapa jam yang anda benar-benar perlukan untuk tidur?

Untuk orang dewasa, disarankan agar kita tidur sekurang-kurangnya 7 jam atau lebih. Untuk memastikan bahawa anda mendapat tidur yang berkualiti dan bukannya berkalih-kalih sepanjang malam, beberapa perubahan gaya hidup mungkin juga diperlukan. Kebanyakan masalah tidur sebahagian besarnya disebabkan oleh pilihan gaya hidup yang tidak sihat dan menghabiskan banyak masa menghadap skrin sebelum tidur.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengubah sepenuhnya gaya hidup anda sekali gus, berikut adalah 5 petua tidur yang anda boleh mula amalkan hari ini untuk meningkatkan kualiti tidur anda:


1. Bermeditasi sebelum tidur

Jadikan telefon anda bekerja untuk anda dan bukannya menentang anda dengan menggunakan aplikasi meditasi untuk berehat dan menenangkan minda anda sebelum masuk ke alam mimpi. Setelah sesi anda selesai, jangan pula terdetik untuk melihat suapan media sosial anda, sebaliknya letakkan telefon anda dan pejamkan mata.


2. Minum secawan teh

Tea to relax the body

Teh seperti kamomil, akar valerian dan lavender terbukti memberikan kesan yang menenangkan pada tubuh, lalu menjadikannya lebih mudah untuk anda menikmati manfaat tidur.


3. Lakukan sedikit regangan ringan sebelum tidur

Light stretches before bed

Sepanjang hari, badan kita sering membongkok akibat menggunakan komputer riba atau melakukan aktiviti yang berat - ini boleh menyebabkan kita mengalami ketegangan dan kekejangan otot. Melakukan sedikit regangan yang lembut dapat membantu menghilangkan ketegangan di badan kita dan juga menenangkan fikiran anda untuk kualiti tidur yang lebih baik dan kurang mengalami kekejangan yang mengganggu tidur.


4. Tetapkan rutin tidur

Otak kita menyukai rutin - rutin waktu tidur memberi isyarat kepada minda kita bahawa sudah tiba waktunya untuk menghentikan aktiviti lain dan menuju ke alam mimpi. Tidak perlu rutin yang rumit, beberapa aktiviti yang mudah seperti mengamalkan petua tidur di atas seperti bermeditasi dan melakukan regangan sudah memadai.


5. Melabur dengan membeli tilam yang mementingkan kesihatan anda

Mattress to support your spine

Tilam yang lusuh tidak menyokong tulang belakang anda dengan cukup baik dan boleh menyebabkan kesakitan yang membuatkan anda resah. Naik taraf tilam lama anda dengan Tilam Chiromax Freshguard Dreamland. Ia menggunakan Sistem Spring Miracoil yang direka untuk memberikan sokongan yang unggul pada tulang belakang dan tubuh anda untuk tidur malam yang sempurna. Ia juga diuji dan dibuktikan oleh pakar penjagaan belakang untuk melegakan sakit belakang, jadi tidak hairanlah bahawa 84.9% rakyat Malaysia menggemari Spring Miracoil.

Dreamland bedset

Dengan tilam baru anda, tingkatkan lagi kualiti tidur anda dengan bingkai katil yang stabil dan tahan lama seperti Set Kepala Katil dan Divan Chiromax Dreamland. Ia dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dan kemasan mewah yang akan membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk masuk tidur setiap malam atau pada bila-bila masa!


Tidurlah lebih lena hari ini dengan Tilam Chiromax Freshguard Dreamland & Set Kepala Katil dan Divan Chiromax Dreamland.