Floating Icon
17 JAN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 1253 LIHAT 38 BERKONGSI

Senggugut ketika haid, atasi dengan 7 nutrien ini

Haid bukan penghalang untuk wanita kekal bertenaga

Proses permulaan fasa kewanitaan bertitik tolak dengan kedatangan haid, dan senggugut atau nyeri di bahagian ari-ari atau perut merupakan simptom paling ketara. Menurut statistik, kira-kira 10% wanita menghadapi masalah senggugut teruk sehingga mengganggu kehidupan seharian mereka.

Nutrisi diet dan pengambilan makanan, gaya hidup, persekitaran dan faktor-faktor semasa yang lain menyumbang kepada kemudaratan ketika haid kepada wanita. Namun, dengan membetulkan diet, mengambil nutrisi tertentu, seseorang itu boleh menghindari atau mengurangkan kesan sakit perut senggugut dan keletihan ketika haid.



Simptom-simptom paling umum ketika haid

Terdapat beberapa simptom yang agak ketara ketika haid. Walaupun bukan semua wanita mengalami semua simptom ini, tetapi ia merupakan antara yang paling umum, lazimnya satu kesan dirasai sebelum atau ketika didatangi haid.

Perubahan mood merupakan simptom pra-haid yang biasanya dirasai sebelum haid. Ia juga dikenali sebagai Pre-menstrual Symptoms (PMS). Simptom PMS seperti perubahan mood, depresi, cemas, sakit kepala dan jerawat dikaitkan dengan perubahan hormon.

Tetapi apa yang lebih teruk adalah ketika didatangi haid itu sendiri, di mana wanita sering mengadu sakit perut kerana kembung perut, kekejangan otot dan senggugut selain mudah penat. Ia berlaku kerana proses kontraksi otot rahim ketika haid yang menyebabkan kesakitan. Manakala, keletihan pula dikaitkan dengan anemia atau kekurangan darah khususnya ketika haid.

7 Nutrien untuk kurangkan simptom sakit haid

Dengan memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi dan lengkap, masalah sakit dan penat ketika haid boleh dicegah atau dikurangkan. Mari kita lihat 7 nutrien penting yang menjadi asas kepada kesihatan yang baik ketika datang bulan.

Kalsium

Zat yang penting untuk tulang ini sebenarnya mampu

Zat Besi

Ia merupakan zat paling utama kerana ia memastikan bekalan darah kekal ketika tubuh badan kehilangan darah, sekitar 50-80ml sehari akibat haid. Kekurangan darah merupakan sebab utama wanita berasa lesu dan tidak bermaya ketika haid.

Asid Lemak Omega

Asid lemak Omega-6 dan Omega-3 bersifat antiradang dan membantu melegakan simptom-simptom haid.

Zink

Membantu meredakan kekejangan otot ketika haid teruk agar dapat meneruskan rutin harian tanpa gangguan.

Protein

Memudahkan penyerapan zat besi yang dapat mengelakkan keletihan. Protein juga membekalkan tenaga yang diperlukan. Suplemen Trio Asas Plus Nutrilite disarankan pengambilannya untuk membina dan mengekalkan asas kesihatan kerana ia kaya zat protein dan asid lemak omega-3 yang membina blok badan untuk kekal bertenaga khususnya untuk kesihatan otot.

Vitamin B

Vitamin ini membantu mengawal mood dan emosi dan mengurangkan kesakitan akibat haid. Nutrilite Natural B Complex mengoptimumkan fungsi tubuh dengan 7 jenis vitamin B berbeza untuk membawa keseimbangan dan tenaga tambahan ketika haid.

Vitamin D

Pengambilan vitamin D yang sihat dalam diet penting untuk kesihatan tulang anda. Ia suplemen penting yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menggalakkan penyerapan kalsium yang cekap. Suplemen Nutrilite Cal Mag D Plus merupakan nutrien dengan zat dan mineral yang mengandungi Vitamin D, Kalsium dan Magnesium yang bagus untuk tulang yang kuat dan sihat. Ia mengisi jurang yang sentiasa wujud di antara kalsium yang anda perlukan sekaligus mengimbangi tubuh dengan meredakan kekejangan otot perut dan rahim ketika haid.

Sumber:

  • Sumber: Najafi N, Khalkhali H, Moghaddam Tabrizi F, Zarrin R. Major dietary patterns in relation to menstrual pain: a nested case control study. BMC Womens Health. 2018 May 21;18(1):69. doi: 10.1186/s12905-018-0558-4. PMID: 29783972; PMCID: PMC5963185.
  • Saei Ghare Naz M, Kiani Z, Rashidi Fakari F, Ghasemi V, Abed M, Ozgoli G. The Effect of Micronutrients on Pain Management of Primary Dysmenorrhea: a Systematic Review and Meta-Analysis. J Caring Sci. 2020 Mar 1;9(1):47-56. doi: 10.34172/jcs.2020.008. PMID: 32296659; PMCID: PMC7146731.
  • https://www.amway.my/Categories/Kesihatan/Vitamin-dan-Makanan-Tambahan/c/vitaminsandsupplements
  • Portal MyHealth

Nota: Nasihat doktor atau pakar disarankan bagi pengambilan suplemen untuk mengelak sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Kandungan artikel yang dikongsi hanya bersifat informasi dan tidak sepatutnya digunakan untuk keperluan perundangan, kewangan, perubatan atau sebagai nasihat perundingan.