28 DEC 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 2288 LIHAT 134 BERKONGSI

5 Cara Untuk Memanjakan Badan Anda

Sekilas pandang di Instagram anda akan melihat peningkatan yang memberangsangkan bagi golongan yang menjaga diri mereka sendiri dengan lebih baik. Setiap hari, banyak foto dan video muncul yang menampilkan rutin senaman yang menyeronokkan, resipi sihat dan cara kreatif untuk berehat. Apa yang menarik ialah betapa cepat perkara ini memulakan tindak balas berantai yang positif, memberikan inspirasi kepada semua orang untuk melakukan perkara yang sama.

Indulge your body with G&H


Mengapakah penjagaan diri semakin penting hari ini?

Selain memastikan kesihatan fizikal anda baik, penjagaan diri juga penting untuk kesihatan mental kita. Penjagaan diri merangsang keyakinan dan harga diri yang lebih tinggi, dan mempunyai hubungan yang teguh dengan diri anda sendiri boleh mengeratkan hubungan anda dengan orang lain. Malah, anda berkomunikasi dengan lebih berkesan apabila mood anda baik.

Selain itu, anggaplah Masa Bersendirian anda sebagai satu ganjaran kerana melakukan kerja dengan cekap. Sentiasa membayangkan hadiah ini juga dapat membantu anda memberikan tumpuan pada tugasan penting yang membantu anda mengurus tekanan dengan lebih baik. Mengapa tidak mula memanjakan badan anda di rumah? Anda berhak mendapatkannya!


Memanjakan badan anda adalah sama penting dengan menjaga wajah anda

Tahukah anda bahawa kulit anda sebenarnya adalah organ terbesar anda? Ia meliputi dan melindungi seluruh badan anda dengan luas permukaan lebih kurang 2 meter persegi – begitu banyak sekali kulit yang terdedah yang memerlukan penjagaan dengan penuh kasih sayang.

Ramai orang memanjakan wajah mereka dengan mewah tetapi kulit badan anda bekerja keras untuk menjaga anda dan seharusnya dijaga dengan cara yang sama.

Manjakan badan anda seperti anda manjakan wajah anda – dengan kerap dan perhatian khas kepada keperluan uniknya. Kulit pada seluruh badan anda mempunyai masalah yang sama dengan wajah anda, sama ada kekeringan, kekusaman, penuaan, pengenduran atau tekstur yang tidak sekata.

Indulge your body with different products


Berikut adalah 5 perkara yang kami gemari:

  1. ARTISTRY SIGNATURE SELECT Purifying Body Cleanser
    Ekstrak sitrus yang disumberkan oleh Nutrilite™ serta minyak Perilla dan Evening Primrose yang diperoleh secara semula jadi membantu menguatkan kulit serta melindungi daripada kekeringan agar kulit lembut, licin dan lembap.
  2. ARTISTRY SIGNATURE SELECT Polishing Body Scrub
    Bijian Buluh menyerlahkan keserian yang segar lagi sihat, manakala Ekstrak Black Currant dan Açai yang menenangkan disumberkan oleh Nutrilite™ bersama-sama Evening Primrose dan Minyak Perilla memberikan rasa yang lembut dan gebu.
  3. ARTISTRY SIGNATURE SELECT Hydrating Body Gel
    Ekstrak Teh Hijau dan Bunga Pic yang disumberkan oleh Nutrilite™, serta Minyak Perilla dan Evening Primrose menguatkan perintang lembapan dan melindungi daripada pencemaran agar kulit lebih licin, lebih muda.
  4. ARTISTRY SIGNATURE SELECT Brightening Body Cream
    Pembaur cahaya semula jadi dan ekstrak Ceri Aserola serta Biji Chia Putih disumberkan oleh Nutrilite™ untuk mencerahkan kulit dan keserian yang diperbaharui. Penghalus yang lembut melicinkan kulit dan mempertingkatkan pusing ganti sel agar kelihatan lebih berseri dan tona yang sekata..
  5. ARTISTRY SIGNATURE SELECT Firming Body Lotion
    Memejalkan kulit dan mengurangkan selulit. Kompleks Pemejalan Kulit dengan Minyak Biji Kopi, Kafeina dan Ekstrak Alga lama-kelamaan memberikan rasa yang mengetatkan dengan serta-merta serta kulit yang lebih tegang dan lebih licin sementara Ekstrak Delima yang disumberkan oleh Nutrilite™ membantu membaiki kerosakan.

Bersungguh-sungguhlah dalam memanjakan kulit badan anda untuk tampak dan rasa hebat yang menyeluruh, dan bersedialah untuk menguasai dunia!