15 MAR 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1832 LIHAT 114 BERKONGSI

ARTISTRY SKIN NUTRITION: Penyelesaian yang Menghidratkan

Sehingga 63% kulit kita terdiri daripada air, jadi tidak mengejutkan jika penghidratan yang cukup ialah kunci untuk kulit yang halus dan lembut. Kulit kering boleh menyebabkan beberapa masalah seperti garis-garis halus, kedutan, kekusaman dan lingkaran gelap.

Untuk mengatasi tanda-tanda penuaan ini, pastikan tubuh dan kulit anda terhidrat dengan baik. Rutin penjagaan kulit khusus dengan produk untuk penghidratan dan penyuburan akan memberikan hasil yang optimum.

Hydrating Solution flatlay

Dari menyeimbangkan sehingga menghidratkan, ARTISTRY SKIN NUTRITION memberikan penjagaan kulit yang sangat diperibadikan, menyuburkan dengan lembut dan memanjakan untuk kulit muka yang kelihatan sihat.

Penyelesaian yang Menghidratkan ARTISTRY SKIN NUTRITION dirumus dengan Biji Chia Putih Nutrilite untuk membantu melambatkan penuaan yang berkaitan dengan kekeringan dengan menyeduh kulit dengan kelembapan 24 jam. Kulit muka anda kelihatan berseri dan lebih muda, lebih lama serta rasa lembut dan halus. Berikut adalah pandangan yang lebih dekat:


Hydrating Mousse Cleanser

Langkah 1: Hydrating Mousse Cleanser

Mulakan rutin anda dengan pembersih yang baik, terbukti secara klinikal mengurangkan kerengsaan dan juga menyingkirkan pencemaran dan kotoran sekecil PM2.5 (itu hampir 30 kali lebih kecil daripada sehelai rambut) dengan campuran Shiso Perila dan Aloe Vera yang dipatenkan.

Rumusan lembut dan tidak menghilangkan lembapan ini juga menggunakan surfaktan asid amino untuk membantu menjaga tahap pH kulit agar sihat di samping membersihkan muka anda daripada keruping kering dan sel mati untuk kulit yang lebih lembut.


Hydrating Smoothing Toner

Langkah 2: Hydrating Smoothing Toner

Setelah muka anda bersih berseri, inilah masanya untuk menyeimbangkan pH kulit dan mengunci lembapan semula jadi. Diperbuat dengan liposom Gel Biji Chia Putih untuk memastikan penembusan lebih jauh ke dalam kulit, penyegar ini akan memberikan keserian semula jadi manakala tambahan prebiotik menguatkan mikrobiom kulit daripada bakteria penyebab cela.


Hydrating Day Lotion

Langkah 3 (AM): Hydrating Day Lotion SPF 30

Sapu ini untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan akibat sinar matahari. Dirumus dengan Kompleks Pencegah sama seperti Hydrating Gel Cream, losyen siang ini membantu melawan tanda-tanda penuaan ketara seperti garis-garis halus dan kedutan di samping menawarkan perlindungan sepenuhnya daripada UVA dan UVB. Satu lagi bahan berkuasa ialah Karnosin, bahan yang terbukti secara klinikal melindungi daripada cahaya biru yang berbahaya dan kerosakan kulit inframerah yang boleh disebabkan oleh pendedahan pada peranti seperti telefon pintar atau komputer riba anda.


Hydrating Gel Cream

Langkah 3 (PM): Hydrating Gel Cream

Kunci penghidratan sepanjang hari dengan rumusan gel ringan ini. Ia mudah disapu tanpa menyumbat liang dan menjadikan kulit disuburkan serta-merta dengan kemasan bak embun selama 24 jam yang berikutnya. Malah, 96% wanita mengatakan bahawa ia menjadikan kulit kelihatan berseri dan bercahaya selepas menggunakannya.

Diperbuat dengan gandingan Ceri Aserola Nutrilite, Daisi Australia dan Beri Hitam, pelembap vegan ini dirumus dengan Kompleks Pencegah yang merangsang sistem pertahanan semula jadi kulit sebanyak 350% (ujian in vitro) untuk membantu mencegah dan melambatkan tanda-tanda awal penuaan yang ketara.

Miliki kulit yang lebih halus dan kelihatan lebih muda dengan Penyelesaian yang Menghidratkan ARTISTRY SKIN NUTRITION!

Nantikan artikel kami tentang Biji Chia Putih #ArtistryHealthyBeauty