Floating Icon
14 FEB 2023 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 2456 LIHAT 319 BERKONGSI

Di Jiwa eSpring

Rahsia Air Tulen eSpring

Apakah yang menjadi nadi sistem rawatan air eSpring? Satu kartrij yang mudah untuk diganti yang berfungsi tidak seperti sistem lain untuk menuras air anda. 

Ia menempatkan Penuras Karbon dan Lampu Ultraungu (UV) yang dipatenkan di AS untuk mengurangkan bahan cemar berbahaya dan memusnahkan bakteria dan virus penyebab penyakit dalam air minum anda.


Penuras Blok Karbon Aktif

Penuras berbilang peringkat berpaten ini diperbuat daripada karbon aktif berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi untuk menyingkirkan bahan cemar dengan berkesan sehingga 0.2 mikron. 

Ia berkesan mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan seperti logam berat, residu, enapan dan bahan kimia daripada bekalan air anda di samping membenarkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium melaluinya dengan selamat.

eSpring Water Treatment System NSF Certification

Lampu UV

Lampu UV termaju ini membekalkan 40 mJ/cmsq dos UV yang mampu memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air dalam air minum. Ia dikuasakan oleh teknologi gandingan induktif tanpa wayar pintar yang menjadikan prestasi unit ini sangat cekap dan boleh dipercayai.


FAKTA

Sistem Rawatan Air eSpring bukan sahaja menambah baik rasa, bau dan kejernihan air. Sebenarnya ia lebih mudah dan tidak semahal air botol. Satu kartrij menyediakan bersamaan dengan 10,000 (500ml) botol air bersih dan harus diganti setahun sekali atau setiap 5,000 liter air, yang mana-mana tiba dahulu. Tetapi jangan percaya kata-kata kami bulat-bulat. Kami mendapat pensijilan sebagai bukti!

Catatan: Adalah disyorkan bahawa Kartrij diganti sekali setahun atau sekali setiap 5,000 liter air, mana-mana yang tiba dahulu.


Melangkaui Standard Industri

Menikmati air yang bersih dan segar setiap kali anda membuka paip adalah sebab utama untuk memilih Sistem Rawatan Air eSpring®. Sejak 1987, Amway dan NSF International telah memberi impak penting kepada pensijilan rawatan air kediaman yang akhirnya membolehkan anda dan keluarga mendapat akses kepada air minum berkualiti tinggi.


APA ITU NSF?

NSF® International ialah sebuah organisasi kesihatan awam bukan berasaskan keuntungan yang membantu pengguna dengan mengekalkan standard makanan, air dan barang-barang pengguna serta mengesahkan produk mengikut standard ini.

Di bawah standard NSF International, Sistem Rawatan Air eSpring® diperakui mengurangkan lebih banyak bahan cemar berbanding mana-mana sistem penurasan UV berasaskan karbon yang lain. 

eSpring mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan dalam air minum dan menggunakan teknologi UV untuk merawat air tanpa bahan kimia.


MENGAPA NSF?

Memilih produk yang diperakui NSF bermaksud anda tahu bahawa yang syarikat berkenaan mematuhi standard dan prosedur ketat yang dikenakan NSF. Persijilan NSF bukannya proses sekali sahaja; ia melibatkan pemeriksaan tetap di kemudahan pengeluaran dan pengujian semula produk secara tetap untuk memastikan ia terus memenuhi standard tinggi yang diperlukan untuk mengekalkan pensijilan dari masa ke masa.


SENARAI PENGIKTIRAFAN NSF UNTUK eSPRING

Sistem rawatan air pertama di dunia yang memenuhi Standard NSF/ANSI 42, 53 dan 55–tiga standard kualiti air yang diiktiraf di peringkat antarabangsa:

Standard 42 - Kesan Estetik

Menguji sistem untuk keupayaan mengurangkan bahan cemar dalam air minum yang menjejaskan rasa, bau dan kejernihan air.

Standard 53 – Kesan Kesihatan

Menguji sistem untuk keupayaan mengurangkan pelbagai bahan cemar termasuk plumbum, asbestos, VOC dan racun perosak.

    Standard 55 – Sistem Rawatan Air Mikrobiologi UV

    Menguji sistem yang menggunakan cahaya UV untuk kawalan mikrob. Sangat sedikit sistem yang memenuhi Standard 55.

    Sistem pertama yang diperakui untuk semua 15 NSF/ANSI 401 Bahan Cemar Memuncul termasuk farmaseutikal, Racun Perosak dan Racun Herba:

    Standard 401 – Sebatian Memuncul/Bahan Cemar Sampingan

    Menguji sistem untuk keupayaan menyingkirkan sehingga 15 bahan cemar termasuk farmaseutikal, ubat-ubatan tanpa preskripsi, racun herba, racun perosak dan bahan kimia seperti bisfenol-A (BPA).

    NSF Protocol P473 – PFOA dan PFOS

    Menguji sistem untuk keupayaan mengurangkan asid perfluorooktanoik (PFOA) dan perfluoro oktan sulfonat (PFOS).

    NSF Protocol P477 – Mikrosistin

    Menguji sistem untuk keupayaan mengurangkan mikrosistin (toksin yang dihasilkan oleh alga biru-hijau).