Floating Icon
21 MAR 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 696 LIHAT 16 BERKONGSI

Kembali Ke Sekolah Dengan SA8

Bagi semua ibu bapa, mereka gembira apabila menyaksikan perkembangan anak-anak tersayang di sekolah. Keterujaan dan kebanggaan tidak terhingga yang anda rasai setiap kali mereka membawa pulang kad laporan yang cemerlang, lukisan yang cantik, kerja kayu yang halus atau trofi berkilat benar-benar membawa kepuasan.

Namun lain pula halnya dengan benda lain yang mereka bawa pulang dari sekolah, seperti kesan rumput pada pakaian sukan, baju putih comot dengan percikan sajian makan tengah hari dan pastinya, kasut berlumpur. Ditambah pula: Begitu banyak peluh.

Mujurlah, rangkaian lengkap SA8 memudahkan tugas mencuci supaya anda boleh fokus pada hari-hari gembira bersama anak-anak anda, tahun demi tahun.


SA8_PreWash_Spray_Soil_&_Stain_Remover.jpg

Penyembur Pracuci dan Penanggal Kotoran SA8

Mulakan dengan menyasarkan kawasan bermasalah seperti kolar kuning, manset dan ketiak pakaian sekolah. Satu semburan pantas Penyembur Pracuci dan Penanggal Kotoran SA8 akan menghilangkan kotoran degil supaya anda tidak membuang masa yang berharga untuk merendam dan menyental – ia mengambil masa seminit sahaja untuk meresapi fabrik dan menyingkirkan kotoran untuk anda. Mesra alam, ia juga selamat untuk mana-mana fabrik tahan luntur yang boleh dicuci.


SA8_Premium_Concentrated_Laundry_Detergent.jpg

Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8

Dinaik taraf baru-baru ini dengan rumusan yang dipertingkatkan dan bahan-bahan baharu, jangkakan tindakan pembersihan yang lebih hebat daripada Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium. Teknologi penghapus kotoran yang dipertingkatkan bertindak serta-merta menentang kotoran degil tanpa memudarkan supaya pakaian sekolah anak-anak anda kekal cerah seperti masa depan mereka. Selain itu, kristal membuihnya sangat lembut namun berkesan, terima kasih kepada tindakan pelarutan yang lebih baik tanpa mengira suhu air.

Di samping itu, perencat kakisan melindungi zip, cangkuk dan butang logam daripada berkarat (tiada kesan karat di sini). Oh, sudahkah kami nyatakan bahawa rumusan terbiodegradasinya telah diuji oleh pakar dermatologi dan dari segi alahan? Sangat sesuai untuk kulit anak-anak anda yang lebih muda dan lebih lembut.

Juga tersedia dalam Pek Kembar dengan potongan 5% untuk nilai yang lebih hebat.


SA8_Liquid_Concentrated_Laundry_Detergent.jpg

Detergen Cecair Cucian Pekat SA8

Cucian pantas dan suhu rendah memerlukan rumusan cecair yang cepat larut. Larut sepenuhnya, Detergen Cecair Cucian Pekat SA8 mudah dibilas supaya tidak meninggalkan sisa atau lapisan yang tidak diingini. Ini memastikan pakaian tahan lama dan kestabilan warna yang lebih baik, menjadikannya pilihan yang terbaik untuk pakaian seragam sekolah dan kasut yang perlu dicuci setiap hari. Sering bermain bola sepak pada waktu petang dengan rakan-rakan? Tiada masalah.


SA8_Fabric_Bleach.jpg

Peluntur Fabrik SA8

Warna pakaian sekolah mungkin berbeza-beza tetapi kemeja putih adalah satu kemestian. Pastikannya seputih salji dengan menambah perangsang dalam cucian, yang membantu meningkatkan keberkesanan detergen anda. Dirumus dengan oksigen aktif serta bebas klorin dan fosfat, kotoran degil sekalipun (fikirkan minuman coklat dan kari berminyak) tidak boleh menentang Peluntur Fabrik SA8. Begitu juga dengan kasut sekolah kotor yang sering dipakai ketika bermain tingting.


SA8_Concentrated_Fabric_Softener.jpg

Pelembut Fabrik Pekat SA8

Untuk sentuhan akhir, jadikan pakaian sekolah anak-anak anda lembut dan selesa seperti pelukan hangat anda yang penuh kasih. Pelembut Fabrik Pekat SA8 dirumus khusus untuk mengembalikan rasa gebu pada fabrik, mengekalkannya dalam keadaan baik selama bertahun-tahun lagi. Diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi dan tanpa bahan kimia keras, ia meminimumkan kehausan fabrik di samping mengurangkan kedutan dan tarikan statik – hore!


Beli rangkaian ini di Amway.my