Floating Icon
13 AUG 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 839 LIHAT 38 BERKONGSI

Blok Pembinaan Sistem Imun Anda – Bahagian 1

Sehari sebiji epal menjauhkan anda daripada doktor – pepatah lama tetapi masih sesuai sehingga kini mengajar kita sejak muda tentang kepentingan menjaga kesihatan tubuh dengan memastikan kita memberi perkara yang betul kepada sistem imun kita.

Sistem imun tubuh yang kuat, seperti yang kita semua ketahui, adalah keupayaan tubuh untuk berdaya tahan daripada serangan kuman, virus dan alahan yang menyebabkan penyakit dan kesihatan yang teruk di luar dan di dalam serta menjaga kesihatan kita secara optimum.

Tetapi seterusnya keimunan boleh dibahagikan dengan menguatkan dan mengekalkan tiga komponen utama – kulit, usus dan sel. Dalam Bahagian 1 artikel ini, kita akan membincangkan tentang kulit dan sel kita terlebih dahulu. 😊


Kulit Sihat, Keimunan Sihat

Healthy Skin, Healthy Immunity b

Keimunan fisiologi bermula dengan kulit kita, organ yang sangat penting dalam tubuh kita. Ia merupakan barisan pertahanan yang pertama daripada serangan kuman alam sekitar, kerana ia memberi penghalang fleksibel yang baik yang melindungi organ dalaman yang sensitif daripada mengalami kerosakan dan penyakit, mengguna komponennya yang banyak seperti membran mukus, air liur dan air mata. Apabila kesihatan kulit terjejas, keupayaannya menjadi penghalang yang berkesan turut terjejas dan kuman akan mudah masuk ke organ dalaman kita seterusnya ia boleh menyebabkan kerosakan.

Apabila pantogen berjaya melepasi penghalang kulit dan menyerang tubuh kita – maka apa yang berlaku?


Sel-sel yang Sihat, Keimunan yang Sihat

Healthy Cells, Healthy Immunity b

Walaupun sel-sel lazimnya dikenali sebagai blok pembinaan tubuh dan sumber bekalan tenaga tubuh, namun terdapat juga sel-sel khusus yang bertindak sebagai penjaga tubuh.

Mana-mana patogen yang berjaya menembusi kulit, ia akan pantas ditangani oleh sel-sel pelindung tubuh seperti sel darah putih yang cepat bertindak untuk mencegah patogen daripada menimbulkan bahaya.

Jika kulit dan barisan sel pertahanan pertama ditewaskan, maka tubuh menghasilkan pertahanannya yang paling pintar - sel T dan B - sebaik sahaja menerima penggera penceroboh. Inilah sel-sel imun yang pantas menyesuaikan diri dan melindungi tubuh di samping menghasilkan memori imun untuk melindungi tubuh dengan lebih baik pada masa hadapan.

Oleh itu, kulit yang sihat di bahagian luar bertindak secara sinergi dengan sel-sel yang sihat di bahagian dalam untuk memberi perlindungan dan keimunan yang kuat kepada kita dan menjadikan kita sentiasa berfungsi pada kesihatan yang optimum.


Kesihatan Kulit & Sel Bekerjasama Demi Keimunan yang Lebih Baik

Jika kulit dan sel berfungsi secara berasingan, ia tidak akan mencukupi untuk melindungi tubuh kita daripada kuman dan virus berbahaya. Kesihatan kulit dan kesihatan sel anda harus berada pada tahap optimum untuk memberi lapisan perlindungan tambahan. Oleh itu, adalah sangat mustahak untuk menjaga sel-sel tubuh agar sihat dan subur untuk keimunan yang kuat.

Bersama dengan senaman yang teratur dan rehat yang mencukupi, suplemen adalah perkara penting dalam mempengaruhi kualiti kesihatan sel dan menyediakan nutrien yang betul. Ia memberi kesan peningkatan imun yang kuat kepada tubuh. Beberapa suplemen penting untuk kesihatan kulit dan sel adalah:


  • Vitamin C

Vitamin C from green acerola cherries

Vitamin C adalah vitamin peningkat keimunan yang penting yang menyokong pengeluaran sel darah putih dan membantu tubuh melindungi daripada jangkitan. Ia juga memperbaiki sel-sel yang rosak, mempercepatkan penyembuhan luka dengan menghasilkan sel-sel baru, dan menyuburkan kulit untuk penghalang kulit yang lebih sihat (dan kulit berseri!)


  • Protein

Protein from soybeans

Sebagai blok pembinaan untuk kulit, rambut dan kuku yang sihat, protein diperlukan untuk membantu tubuh membina dan memperbaiki tisu dan membina sel-sel untuk perlindungan antibodi. Ia juga menguatkan tubuh untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.


  • Vitamin, mineral, dan fitonutrien

Protect your body with vitamins, minerals and phytonutrients

Satu daripada keperluan yang paling penting untuk menghasilkan sel yang sihat ialah mineral dan antioksidan. Malah, satu daripada faktor risiko utama penyakit adalah dikaitkan dengan penyusutan mineral seperti zink, tembaga, selenium, serta vitamin antioksidan seperti Vitamin A, C, D, dan E.


  • Untuk mengetahui bagaimana anda boleh #ProtectKawKawWithNutrilite, baca ini!
  • Untuk melihat senarai suplemen peningkat keimunan Nutrilite, baca ini.
  • Nantikan Bahagian 2 yang menjelaskan bagaimana usus yang sihat akan membawa kepada keimunan yang sihat!