Floating Icon
24 NOV 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 670 LIHAT 51 BERKONGSI

Rambut Lebat dari Luar dan Dalam

Bercakap mengenai rambut, ia akan digelar sebagai mahkota wanita. Kini ia melangkaui gender dan turut dilihat sebagai mahkota lelaki. Kebimbangan terhadap masalah keguguran rambut menjadi masalah uniseks di mana kedua-dua lelaki dan wanita sanggup membelanjakan duit yang banyak untuk mengatasi masalah ini. Lazimnya, keguguran rambut berlaku secara alami ekoran penuaan tetapi itu bukan yang berlaku sekarang. Orang muda juga tidak terlepas daripada isu ini.

Baik, sebelum mengenal pasti cara mengatasi masalah keguguran rambut, mari kita lihat 4 punca umum di sebaliknya.

Baik, sebelum mengenal pasti cara mengatasi masalah keguguran rambut, mari kita lihat 4 punca umum di sebaliknya. 

  • Pemakanan

Nutrisi tertentu penting dalam memastikan kesihatan rambut anda. Untuk rambut, sumber protein yang cukup dalam diet amat penting agar kekurangannya tidak membantutkan pertumbuhan rambut. Nutrisi lain seperti vitamin B, biotin, zink, asid folik, zat besi dan sebagainya juga penting untuk menguatkan akar rambut daripada gugur dengan mudah.

  • Hormon

Keseimbangan hormon yang berlaku semasa pelbagai peringkat usia atau perubahan dalam fiizikal tubuh atau mental, antara punca yang agak popular yang menyebabkan rambut gugur. Ketidakseimbangan hormon akibat tekanan berkemungkinan menjurus kepada keguguran rambut yang adakalanya bersifat sementara.

  • Genetik

Anda lebih cenderung untuk mengalami masalah ini jika mempunyai sejarah keguguran rambut dalam kalangan ahli keluarga.

  • Gaya hidup

Pelbagai amalan gaya hidup masa kini seperti merokok, penggunaan bahan kimia atau rawatan kimia ke atas rambut, cara penjagaan rambut dan sebagainya merupakan antara sebab yang popular dan paling sinonim dengan orang muda.

Cuba 4 tip ini untuk rambut lebih sihat, lebat dan cantik

1. Kurangkan tekanan

Kawal tekanan anda dengan baik bagi mengelakkan masalah keguguran rambut yang berlaku ekoran salah satu tindak balas kimia tubuh badan anda. Antara cara mengawal tekanan ialah dengan mendapatkan rehat atau tidur mencukupi, bersukan, terlibat dalam hobi atau dengan meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga atau rakan.

2. Perkayakan diet anda dengan sumber protein soya

Memandangkan protein menjadi nutrisi ruji untuk kesihatan rambut, apa kata anda amalkan pengambilan Minuman Protein Soya Nutrilite untuk menyempurnakan diet anda. Minuman Protein Soya yang rendah lemak dan tanpa kolesterol ini antara pilihan paling sesuai dan selamat untuk mendapatkan protein harian anda dari sumber semula jadi tanpa kesan sampingan protein haiwan.

3. Minuman Peptida Kolagen & DOUBLE X pelengkap nutrisi kesihatan rambut

Tahukah anda, Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite membantu pertumbuhan rambut kerana kandungan oligopeptida kolagen marin dan peptida kacang soya yang diekstrak melalui teknologi bioenzimatik. Kedua-dua peptida ini menyokong pertumbuhan rambut yang sihat di samping mempunyai manfaat kesihatan yang lain. Manakala Nutrilite DOUBLE X pula mengandungi fitonutrien di samping 11 vitamin, 10 mineral dan 19 pekatan tumbuhan khususnya Biotin, Zink, Zat Besi, Vitamin D dan C yang membekalkan vitamin dan mineral penting untuk kesihatan rambut.



4. Syampu dan perapi antirambut gugur yang sesuai dengan keperluan rambut

Salah satu cara paling mudah dan lazim dipertimbangkan untuk mengatasi masalah rambut ialah penggunaan syampu dan perapi yang betul. Oleh itu, penting untuk kita memilih syampu dan perapi yang memberi rasa selamat dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah keguguran rambut. Syampu dan Perapi Antirambut Gugur SATINIQUE dirumus khas untuk memulihkan rambut rapuh dan menipis dengan merangsang kulit kepala supaya rambut lebih tebal dan penuh untuk penampilan yang menarik. Ia membantu mengiatkan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih lebat dan penuh.

Kesimpulannya, rambut bukan sahaja menjadi penanda aras kecantikan luaran tetapi ia juga mencerminkan kesihatan kulit kepala dan rambut itu sendiri. Andalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari penyelesaian yang sesuai dan jika boleh tanpa perlu membakar duit. Terdapat pelbagai pilihan seperti dalam senarai di atas yang anda boleh cuba!

 

Sumber

Guo EL, Katta R. Diet and hair loss: effects of nutrient deficiency and supplement use. Dermatol Pract Concept.  

Hair loss: Overview. American Academy of Dermatology (https://www.aad.org/public/diseases/hair-loss/causes/fall-out) 

Phillips TG, Slomiany WP, Allison R. Hair Loss: Common Causes and Treatment. Am Fam Physician 

Raina Cordell, RN, 3 Ways to Reverse Hair Loss From Stress, WebMD