18 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 2155 LIHAT 170 BERKONGSI

Rasa Tersekat? Gerakkan dengan Serat.

Berita terkini! Nutrilite telah melancarkan produk kesejahteraan baru untuk memastikan kesihatan anda dan usus anda. Nutrilite Mixed Fiber Powder merupakan suplemen baru yang revolusioner dan menggunakan serat diet larut untuk melegakan sembelit.


Tetapi sebelum itu, apakah itu serat diet larut?

Anda mungkin pernah mendengar bahawa pengambilan serat yang cukup penting untuk pencernaan anda.

Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam makanan seperti buah-buahan, biji-bijian dan sayur-sayuran tetapi tubuh anda tidak boleh menguraikan serat. Ia bergerak melalui saluran pencernaan anda dan boleh hadir dalam dua bentuk, serat larut dan serat tak larut.

Tidak seperti laksatif yang memberikan kelegaan jangka pendek daripada sembelit, serat larut dan tak larut bukan sahaja membantu melegakan sembelit tetapi juga membantu mengawal atur pembuangan air besar anda dan mencegah sembelit daripada terjadi. Jika anda suka makan snek pada waktu siang, menambahkan serat ke dalam diet harian akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama dan mengelakkan anda mencapai balang biskut!


Fibre_benefits_750.jpg

Walaupun kedua-dua jenis serat penting untuk mengekalkan pembuangan air besar yang teratur, serat larut ada beberapa kelebihan tambahan. Ia membantu menurunkan kolesterol, mengawal tekanan darah dan menambah baik kadar gula darah. Namun begitu, serat larut dengan sendirinya tidak cukup untuk meningkatkan kesihatan usus anda.


Serat dan Prebiotik - Pertahanan Berganda!

Satu lagi komponen penting untuk kesihatan pencernaan ialah prebiotik yang pada dasarnya ialah makanan untuk bakteria baik dalam usus anda. Kekurangan bakteria baik dalam sistem pencernaan anda boleh menyebabkan bakteria jahat berkembang sehingga menyebabkan gejala kembung perut, angin dan ketakcernaan. Oleh itu, penting untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dengan mengambil banyak prebiotik.

Tahukah anda bahawa ketiga-tiga jenis serat larut dalam Mixed Fiber Powder juga adalah prebiotik? Ya, dan itulah yang menjadikannya suplemen yang bagus untuk melindungi kesihatan usus anda.

Selamat, Mudah dan Sihat untuk Anda

Three_soluble_fibres_750b.jpg

Diperbuat dengan campuran unik tiga serat larut, iaitu ekstrak akar cikori (inulin), maltodekstrin tahan cerna dan gam guar separa terhidrolisis, setiap pek batang Mixed Fiber Powder mengandungi 4.5g serat larut. Selain itu, ketiga-tiga jenis serat larut ialah prebiotik yang akan membantu meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di saluran pencernaan anda.

Ia didatangkan dalam pek batang yang mudah diambil untuk memastikan pengambilan serat harian yang cukup, walaupun ketika anda sibuk. Rumusan tidak kasar dan tanpa rasa membolehkan serbuk ini mudah larut ke dalam makanan, jus, malah air untuk minuman serat yang tetap menyegarkan.

Improve_digestive_health_with_fibre_750.jpg

Selain itu, tidak seperti tablet kunyah yang disarankan untuk diambil 3 kali sehari, anda hanya perlu mengambil satu pek batang sehari untuk memastikan kelancaran dan kesihatan pencernaan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, memandangkan 70% keimunan berada di usus anda, menjaga kesihatan usus juga membantu menambah baik kesihatan anda secara keseluruhan.

Ia selamat dan sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa berusia 12 tahun ke atas dan boleh digandingkan dengan produk Nutrilite yang lain seperti Minuman Protein Soya, Minuman Kocak Pengganti Sajian, PhytoPOWDER dan Mixed Probiotic with Chicory Root Extract untuk manfaat kesihatan tambahan.

Sumber: