Floating Icon
03 DEC 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 832 LIHAT 13 BERKONGSI

Ceriakan Almari Pakaian Anda Dengan Detergen Cucian SA8

Anda benci melihatnya berlaku – gaun hitam anda bertukar menjadi arang, baju kegemaran anda hilang serinya dan sut anda lusuh ditelan masa. Malangnya, pakaian anda boleh pudar dan hilang serinya. Tetapi boleh anda lakukan sesuatu dan mujurlah ia agak mudah. Anda sudah bersedia untuk mengetahui rahsia besar ini?

Pilih detergen cucian yang tepat. Itu sahaja. Semudah itu.

laundry.jpg

Jurutera dan saintis cucian telah bekerja keras untuk menentukan enzim dan polimer yang diperlukan (atau tidak diperlukan) oleh detergen cucian untuk memastikan pakaian dan semua tekstil lain kelihatan elok lebih lama. Ingin tahu produk mana yang menjadi jawapan pada masalah almari pakaian anda? Inilah yang anda perlu tahu.


Mengapa sesetengah pakaian cepat lusuh?

Jika tekstil tidak dirawat dengan teliti, ia cepat nampak pudar dan lusuh. Rumusan detergen yang keras dan pengendalian fabrik yang kasar, malah putaran mesin basuh anda boleh mengakibatkan pakaian kelihatan kumal:

  • Warna terang kelihatan kusam
  • Tompokan warna yang luntur antara item
  • Pakaian hitam atau gelap kelihatan pudar dan kurang cantik
  • Pakaian atau cadar kapas kelihatan buruk dengan gumpalan berbulu

Sebaik-baiknya cuci fabrik yang lebih sensitif secara berasingan pada tetapan yang lebih perlahan atau jika boleh cuci tangan dengan lembut fabrik seperti sutera boleh dicuci, wul, gentian mikro dan pakaian dalam.


Apa lagi yang perlu dipertimbangkan semasa memilih detergen cucian?

Ya, kelestarian. Memanjangkan hayat pakaian dan tekstil rumah anda dengan detergen yang bagus boleh menjadi cara yang berkuasa untuk menjadi mesra alam kerana anda tidak kerap mengganti pakaian anda. Jika anda mahu melangkah lebih jauh dalam melindungi alam sekitar, pastikan anda memilih rumusan pekat kerana sedikit produk sudah cukup. Selain itu, cari rumusan yang terbiodegradasi dan mesra alam.

Kesensitifan mungkin satu lagi faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Produk cucian yang bagus harus diuji oleh pakar dermatologi untuk memastikan pakaian yang dicuci selamat untuk kulit normal, terutamanya kanak-kanak.


Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium memenuhi semua kriteria!

Prestasi pembersihan berkuasa?

tick.jpg

Detergen yang diuji pakar dermatologi dan terhadap alahan?

tick.jpg

Rumusan mesra alam dan pekat?

tick.jpg


    SA8-Premium-Concentrated-Laundry-Detergent.jpg

    Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8™ Premium baru memenuhi semua kriteria dengan rumusan yang dipertingkatkan dan bahan-bahan baru untuk memberikan prestasi pembersihan yang lebih berkuasa.

    Ucapkan selamat tinggal pada kesan dan kotoran degil dengan teknologi penanggal kotoran dipertingkat yang membersihkan secara menyeluruh di samping melindungi fabrik daripada pudar dan kekuningan supaya pakaian anda kekal cerah dan lebih putih.


    dissolving-action.jpg

    Selain itu, anda boleh mengharapkan tindakan pelarutan yang lebih baik daripada kristal membuih yang memberikan pembersihan yang berkesan tetapi lembut dalam semua suhu air termasuk air sejuk manakala perencat kakisan melindungi logam pada pakaian dan peralatan daripada berkarat.


    Safer-Choice-BIOQUEST.jpg

    Bukan itu sahaja! Rumusan yang diuji oleh pakar dermatologi dan terhadap alahan ini juga mesra alam, jadi ia bukan sahaja lembut pada kulit anda tetapi juga selamat untuk alam sekitar. Disokong oleh pensijilan Safer Choice daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) A.S. dan dikuasakan oleh FORMULA BIOQUEST kami yang sangat hijau, Detergen Cucian SA8 menggunakan bahan berasaskan bio yang sangat aktif daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah-buahan sitrus dan mineral untuk membersih dengan rumusan pekat, terbiodegradasi dan diuji oleh pakar dermatologi.