Floating Icon
07 DEC 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 617 LIHAT 15 BERKONGSI

Musim Perayaan 2022: 5 Hadiah Kegemaran Kami

Musim perayaan tiba lagi! Tidak seperti 2 tahun yang lalu, akhirnya kita dapat meraikannya secara bersemuka dengan insan tersayang. Selain merancang perjalanan dan cuti perayaan, hadiah anda juga penting! Semarakkan suasana perayaan dengan ARTISTRY. Untuk siapa pun anda berbelanja pada musim perayaan ini – panduan hadiah ARTISTRY kami yang komprehensif ini akan memastikan ada sesuatu untuk setiap orang!

Hadiah Masa

 



Sesiapa yang mengatakan kulit yang cantik mengambil masa yang lama untuk dicapai pasti belum mengenali ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program kami! Ia didatangkan dalam 14 bebuli untuk akses dan penggunaan yang mudah! Hanya tambah satu bebuli 1.5ml ini dalam rutin penjagaan kulit harian anda dan lihat hasilnya dalam masa 2 minggu sahaja!

Dapatkan manfaat rawatan laser estetik dari rumah anda sendiri tanpa masa henti. Bangun dengan kulit yang cantik dan saksikan penambahbaikan dari segi penghidratan, tona muka sekata, kecerahan, kelicinan, kepejalan, garis-garis halus dan kedutan yang berkurangan.

Mulakan sekarang dan anda masih boleh hadir ke parti Malam Tahun Baru dengan penampilan terbaik!

Hadiah Keserian



Musim perayaan kali ini, pastikan keserian anda terserlah! Transformasikan kulit anda untuk kulit yang bercahaya dan berseri dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Vitamin C+HA3 Daily Serum. Serum berkuasa yang melicinkan garis-garis dan mencerahkan ini padat dengan Vitamin C tulen yang cukup lembut untuk kegunaan harian, tetapi cukup berkuasa untuk memberikan hasil yang ketara dengan mengurangkan kekusaman, memperbaiki tona kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Hadiah Kebebasan

 



Musim perayaan ialah masa yang terbaik untuk melancong, tetapi tekanan ketika menuju ke destinasi impian anda boleh menjejaskan suasana percutian. Kekal cantik walau ke mana jua anda terbang dengan Set Mini ARTISTRY SKIN NUTRITION! Set bersaiz kompak ini sangat sesuai untuk dibawa dalam pengembaraan anda. Ia bukan sahaja mesra vegan tetapi juga dikuasakan oleh fitonutrien NutriliteTM yang dituai secara mampan dari ladang Nutrilite sendiri yang disahkan organik.

Pilih antara Penyelesaian Yang Menyeimbangkan, Menghidratkan, Memperbaharui dan Memejalkan untuk menjaga kulit anda. 

Hadiah Mistletoe

Kucupan Krismas! Musim perayaan kali ini, dapatkan bibir dengan kesempurnaan pusam yang sangat berpigmen dan terhidrat (baca: menggiurkan 😉) dengan ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick. Tambahan pula, ada rona untuk setiap acara; 2 rona menawan untuk yang romantik, bertenaga dan mempesona serta rona terkini, Bean!

Hadiah Kilauan 

 



Anda tahu yang anda akan mengambil (lebih banyak lagi) swafoto pada musim perayaan ini, jadi mengapa biarkan glos bibir yang tidak sempurna merosakkan gambar Instagram anda? Glos yang menggiurkan ini menampilkan cermin terbina dalam dan lampu LED untuk memastikan sapuan semula mekap anda mudah dan menyenangkan, bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Dirumus dengan minyak Jojoba dan Avokado, Glos Bibir Light Up SIGNATURE COLOR ARTISTRY melengkapkan setiap tona kulit dan menyerlahkan sebarang gaya.

Bersedialah!

 

Baru menerima jemputan ke parti Malam Tahun Baru? Jadilah bintang dan hadiri setiap parti dengan penampilan terbaik anda! Mulakan rutin kecantikan dan penjagaan kulit anda sekarang, tepat pada masanya untuk perayaan dan keraian akhir tahun!

 

Ketahui lebih lanjut tentang promosi ARTISTRY di sini:

https://amwaynow.my/en/promotions