Floating Icon
12 SEP 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 1362 LIHAT 81 BERKONGSI

Kurangkan Lemak Badan dengan Cepat Secara Sihat

Lemak badan yang berlebihan boleh menimbulkan banyak risiko kesihatan tetapi untuk mengurangkannya memang sangat mencabar. Lebih-lebih lagi dengan kehidupan kita yang sibuk. Tidak hairanlah mengapa orang ramai lebih tertarik kepada jalan pintas untuk mengurangkan lemak badan seperti tidak makan tepat pada waktu, minum kopi cepat kurus atau mengamalkan perancangan diet tidak realistik yang disokong oleh selebriti. Walaupun solusi ini dapat mengurangkan berat badan dengan cepat, ia tidak berkesan dan boleh membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang. Namun, berita baiknya adalah diet yang sihat dan pengambilan suplemen yang betul bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat, malah boleh membakar lemak badan dengan lebih pantas!

Apakah makanan yang dapat membantu mengurangkan lemak badan dengan lebih cepat?

Kunci untuk menurunkan berat badan dengan berkesan adalah dengan makan makanan dan suplemen yang kaya dengan antioksidan. Contoh makanannya termasuk beri goji, kekacang, salad, labu dan sudah semestinya teh hijau. Teh hijau memang menjadi suplemen pilihan ramai orang yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ekstrak teh hijau kaya dengan bahan-bahan penting yang dapat membantu dalam penurunan berat badan yang efisien, seperti amino asid, antioksidan, dan juga epigallocatechin galleate (EGCG) yang meningkatkan metabolisme badan. Komponen ini dapat mencernakan lemak berlebihan dalam badan serta meningkatkan penggunaan tenaga badan. Kajian juga telah membuktikan bahawa EGCG dapat mendorong pengeluaran kolesterol HDL yang baik dan mengawal paras glukosa dalam badan untuk membantu anda mencapai berat badan idaman dengan lebih mudah.

Suplemen ekstrak teh hijau pula dapat memberi badan anda kebaikan teh hijau hanya dengan sebiji tablet kecil sahaja. Diperbuat dengan teknologi inovatif, suplemen ini menggabungkan nutrien berkualiti teh hijau untuk pemakanan mudah serta penyerapan nutrien yang lebih pantas. Suplemen ini merupakan nutrisi tambahan yang boleh dimakan bila-bila masa, di mana jua anda berada.

Bilakah masa terbaik untuk mengambil ekstrak teh hijau?

Masa terbaik untuk minum atau mengambil suplemen teh hijau adalah sebelum anda melakukan sebarang aktiviti fizikal. Ekstrak teh hijau dibuktikan berkesan untuk membakar lemak badan di samping mengamalkan diet yang sihat dan gaya hidup yang aktif. Dalam sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2009, sekumpulan individu yang mengambil suplemen teh hijau serta mengamalkan diet rendah kalori selama 90 hari telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 14kg – penurunan berat badan 60% lebih banyak daripada kumpulan yang tidak mengambil apa-apa suplemen!

Selain ekstrak teh hijau dan EGCG, suplemen penurunan berat badan yang berkesan juga harus mengandungi kacang soya dan alga perang. Bahan-bahan ini adalah antioksidan yang telah terbukti secara saintifik dapat menurunkan berat badan. Ia juga merupakan sebatian yang melindungi sel badan daripada molekul berbahaya, serta membakar lemak badan dengan lebih berkesan.

Berapa banyak teh hijau yang boleh diambil dalam 1 hari?



Kesederhanaan patut diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan dan ia juga termasuk pengambilan teh hijau. Jumlah teh hijau yang patut anda ambil bergantung kepada metabolisme semula jadi dan kesihatan badan anda. Kebanyakan blog kesihatan dan pakar nutrisi mengesyorkan satu hingga dua cawan teh hijau setiap hari untuk mengurangkan lemak badan dan berat badan. Oleh kerana teh hijau mengandungi kafein, pengambilan berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti keresahan dan penyakit hati.Jika anda ingin menikmati manfaat kesihatan teh hijau tanpa kesan kafeinnya, pengambilan suplemen teh hijau ialah pilihan yang terbaik! Suplemen sebegini diperbuat daripada ekstrak teh hijau tanpa kafein dan mempunyai 20mg EGCG setiap tablet – nutrisi tambahan yang bagus di samping pengamalan diet sihat dan gaya hidup aktif!

Ingin menurunkan berat badan dengan lebih cepat? Suplemen penurunan berat badan teh hijau boleh membantu!

Anda mungkin tertanya-tanya: mengapakah saya perlu ambil suplemen teh hijau? Bukankah ia lebih mudah untuk minum teh hijau setiap hari? Walaupun teh hijau mengandungi lebih banyak EGCG daripada suplemen, badan kita sukar untuk menyerap EGCG dengan sepenuhnya semasa minum teh hijau. Lebihan EGCG yang tidak diserap oleh badan akan disingkirkan dan bukan sahaja membazirkan kandungan nutrisi, malah mengurangkan faedah kesihatannya.

Ingin menikmati kebaikan teh hijau dengan cara yang betul supaya dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat? Ambillah suplemen penurunan berat badan teh hijau yang dirumus dengan teknologi GreenSelect Phytosome hari ini! Suplemen ini menggabungkan EGCG dengan kompleks semula jadi yang kecil untuk membantu badan anda menyerap ekstrak teh hijau dengan lebih berkesan – badan yang langsing dan sihat bakal menjadi realiti!

Amalkan ‘T’ untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Kesihatan badan anda bukanlah sekadar angka yang terpapar pada penimbang berat semata-mata. Mulakan ikhtiar penurunan berat badan untuk diri sendiri agar anda berasa lebih sihat dan aktif dengan penuh keyakinan. Segalanya bermula dengan diri anda – amalkan cara yang sihat untuk menurunkan berat badan agar kesejahteraan diri anda sentiasa terjaga. Nak tahu macam mana? Mulakan sahaja dengan mengamalkan suplemen ekstrak teh hijau hari ini!