Floating Icon
17 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 1104 LIHAT 27 BERKONGSI

Laburkan dalam Senyuman yang Ceria dan Sihat untuk Masa Hadapan

Bukankah senyuman kanak-kanak satu perkara yang paling indah dan spontan dalam dunia ini? Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak hari ini mempunyai gigi yang rosak akibat memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dan juga kebersihan gigi yang lemah.

Kebanyakan orang akan bersetuju bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membantu kanak-kanak belajar dari usia muda cara menjaga gigi mereka. Tabiat yang dipelajari pada peringkat usia ini akan memanfaatkan mereka sepanjang hayat.

Kita ingin menggalakkan kanak-kanak untuk belajar menggosok gigi dengan betul – dan satu-satunya cara untuk melakukannya ialah dengan menjadikan pembersihan gigi suatu yang menyeronokkan!

Secara idealnya, kanak-kanak perlu membersihkan gigi mereka dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang dengan menggunakan berus gigi khas dan sedikit ubat gigi.


GLISTER Kids Toothbrush Toothpaste 3

Lindungi Dan Kuatkan Gigi Kecil

Berus Gigi Kanak-kanak GLISTER direka bentuk untuk menjaga pembentukan gusi dan gigi kecil semua kanak-kanak berumur dua tahun ke atas. Ia didatangkan dalam empat warna menarik – kuning, merah, biru and hijau – dan mempunyai pemegang berkusyen yang mudah dipegang, sesuai untuk tangan kecil. Kepala berus berbentuk bulat dan bulu lembut bercorak bagi membantu memicit ubat gigi dalam kuantiti yang betul.

Ubat Gigi Kanak-kanak GLISTER sedap dengan perisa strawberinya. Rumusan fluorida khas membantu dalam menguatkan dan melindungi gigi kecil dengan mencegah kaviti serta menjaga enamel yang lebih nipis pada gigi kanak-kanak. Rumusan yang dipatenkan, REMINACT™, membantu mendepositkan semula mineral penting pada enamel, membuat gigi lebih tahan terhadap kerosakan. Malah tiubnya sendiri mudah dibuka dan ditutup oleh kanak-kanak dengan hanya memusingkannya. Mereka akan mempelajari rutin ini dengan cepat.