Anda rasa anda tertinggal satu bahagian? Tidak dengan Muncung Penyedut 360° SpeedPro yang memerangkap habuk dan kotoran dengan pantas dari semua sisi.
SpeedPro bukan hanya memvakum lantai, ia juga mengemop. Oh, kami memang suka 2 dalam 1! Sistem vakum dan mop yang unik ini mengawal pelepasan air untuk mengekalkan kebasahan optimum untuk semua lantai keras sepanjang pembersihan. Manakala alas serat mikro boleh dibasuh dengan tangan atau di mesin basuh.
Perlu membersihkan kereta atau sarang labah-labah di siling? Hanya tanggalkan unit pegang daripada SpeedPro dan gunakan versi mudah alih untuk semua jenis habuk. Pasang sambungan berus untuk kawasan berkusyen dan mulakan kerja membersih!
Jika anda mahu SpeedPro mencapai tempat rendah, ia boleh melakukannya. Ia fleksibel dan mudah dikendalikan walaupun di tempat yang paling sempit kerana bekas habuknya berada di atas. Ini membolehkannya digunakan pada kedudukan yang lebih rendah, malah direbahkan sepenuhnya untuk mencapai bahagian bawah perabot.
Anda tentu gembira jika tidak dibebani dengan beg? Dengan SpeedPro, ia tanpa beg dan tanpa wayar. SpeedPro didatangkan dengan teknologi PowerCyclone 8 – teknologi pembersihan vakum tanpa beg yang terbaik kini tanpa wayar untuk memastikan sedutan yang lebih kuat dan lebih lama.
Tiga kali lebih bersih! SpeedPro menggunakan sistem penurasan tiga kali yang hanya mengembalikan udara bersih ke motor untuk memastikan aliran udara tinggi yang lebih lama.
Biarkan SpeedPro menceriakan hari dan kawasan berhabuk di rumah anda. Dilengkapi sepenuhnya dengan muncung LED, SpeedPro menyuluh habuk, rambut, serdak dan semua kotoran yang tersembunyi.