Floating Icon
02 AUG 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 966 LIHAT 105 BERKONGSI

Nutrilite dan eSpring Diundi Jenama Paling Dipercayai 2022



Tahniah kepada Nutrilite dan eSpring kerana merangkul Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Malaysia pada 2022!

Nutrilite: Anugerah Emas dalam Kategori Vitamin/Suplemen Kesihatan (Malaysia)

Anugerah Emas Jenama Paling Dipercayai Malaysia dianugerahkan kepada jenama yang menerima keputusan cemerlang berdasarkan tinjauan tahunan Reader's Digest Asia. Jadi, tidak hairanlah Nutrilite sekali lagi diiktiraf sebagai Jenama Anugerah Emas, selama 18 tahun berturut-turut.

Sebagai jenama suplemen dan vitamin terkemuka, Nutrilite menawarkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan yang luas dengan jaminan ketulenan, keselamatan dan keberkesanan. Ia satu-satunya jenama vitamin dan suplemen diet global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang-ladang mereka sendiri yang disahkan organik*.

Nutrilite berbangga dengan ketelusan dan kebolehjejakan prosesnya, yang bermaksud anda tahu dari mana datangnya setiap bahan supaya anda boleh membuat pilihan bijak untuk keluarga anda. Malah, Nutrilite ialah jenama vitamin dan suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia.*



Antara vitamin dan suplemen Nutrilite yang paling terkenal dan terlaris termasuklah suplemen semua dalam satu yang sentiasa menjadi kegemaran, DOUBLE X. Dirumus dengan semua vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh anda, DOUBLE X dipertingkat dengan kuasa fitonutrien untuk memberikan rangsangan kesejahteraan yang anda perlukan. Itulah sebabnya DOUBLE X ialah produk multivitamin multimineral No. 1 dari segi jualan dengan fitonutrien daripada lima kumpulan warna fitonutrien*.



Mencari cara untuk menyokong sistem imun anda? Nutrilite Bio C Plus All Day Formula and Nutrilite Botanical Beverage Mix Cherry with Licorice and Turmeric ialah dua suplemen yang pasti melindungi saluran pernafasan anda dan mencegah selesema.



Mencari sumber protein rendah lemak, rendah kalori yang mudah? Minuman Protein Soya Nutrilite menambah dos protein harian anda dengan minuman kocak ringkas yang boleh anda bawa ke mana-mana sahaja! Ia berasaskan tumbuhan, bebas kolesterol dan bagus untuk pemakan daging dan vegetarian. Jadi, tidak hairanlah Nutrilite ialah jenama suplemen protein No. 1 dari segi jualan di dunia*.


Tersedia dalam tiga perisa yang lazat – Beri, Coklat dan Café Latte – Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey memberi anda kepuasan dan nutrien sajian lengkap tanpa mengorbankan rasa lazat. Ia membantu anda menguruskan berat badan secara sihat dengan 22 vitamin dan mineral untuk memenuhi 1/3 nutrisi harian anda. Padat dengan 17g protein, 5g serat dan kalsium, minuman mesra vegetarian ini tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa atau pengawet.



Bagi mereka yang inginkan kulit, rambut dan kuku yang sihat dan cantik, sokong diri anda dengan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite. Oligopeptida kolagen marin dan peptida kacang soyanya diekstrak melalui Teknologi Bioenzimatik untuk penyerapan nutrien yang lebih cekap, manakala ekstrak kekwa semula jadi memberi anda rangsangan antioksidan untuk keserian kulit muda.

Dapatkan semua suplemen ini dan banyak lagi dengan Program Kesetiaan Amway dan pastikan anda memilih Beli Sekarang, Bayar Kemudian untuk pembayaran yang mudah!



eSpring: Anugerah Emas untuk Kategori Penulen Air (Malaysia)

Untuk tahun ke-17 berturut-turut, eSistem Rawatan Air eSpringsekali lagi diiktiraf atas kecekapannya sebagai Jenama Dipercayai.

Memperoleh Anugerah Emas dalam kategori Penulen Air, eSpring mengekalkan kedudukannya yang kukuh dalam kalangan isi rumah Malaysia kerana menyediakan air yang lebih bersih dan lebih sihat untuk keluarga mereka. Kartrij dengan Penuras Karbon dan Lampu Ultraungu (UV) yang terpaten menyingkirkan lebih daripada 99.99% mikroorganisma bawaan air yang menjadi punca penyakit melalui proses pensterilan ultraungu. Proses bebas kimia ini menghapuskan lebih daripada 140 bahan cemar yang menjejaskan kesihatan di samping mengekalkan mineral bermanfaat seperti kalsium dan magnesium.

Penyelidikan selama lebih daripada 25 tahun telah dijalankan untuk pembangunan dan penggunaan Sistem Rawatan Air eSpring Amway, jadi tidak hairanlah ia menjadi jenama sistem rawatan air di rumah dengan jualan paling besar di dunia. Malah, Sistem Rawatan Air eSpring ialah jenama sistem rawatan air di rumah No. 1 dari segi jualan di dunia**.

Reader’s Digest Asia: Jenama Dipercayai 2022

Ditugaskan oleh Reader’s Digest Asia untuk meneroka pandangan pengguna tentang jenama dalam lebih daripada 50 kategori, Tinjauan Jenama dan Personaliti Dipercayai ialah tinjauan tahunan yang dijalankan oleh agensi penyelidikan pasaran bebas berdasarkan sampel yang mewakili seluruh Asia. Lebih daripada 8,000 individu dipilih merentasi lima pasaran utama rantau ini: Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Ketahui lebih lanjut dan beli produk Nutrilite dan eSpring di:

www.amway.my/category-landing-page/health

www.amway.my/hometech-brandstory

*Sumber: www.euromonitor.com/amway-claims

**Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2020