Floating Icon
27 APR 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 975 LIHAT 7 BERKONGSI

Manjakan Ibu Anda dengan Hadiah Istimewa Ini

Hari Ibu hampir tiba dan anda tahu apa maksudnya – hadiah!

Sesetengah ibu suka menerima kejutan sejambak bunga yang cantik, yang lain sukakan kotak coklat atau meluangkan sehari dengan anak-anak mereka. Namun, lebih ramai ibu yang sangat gembira jika menerima peralatan pembersihan atau dapur untuk membantu mereka menjadi seperti Marie Kondo.

Jika anda masih mencari-cari hadiah untuk ibu anda, dapatkan inspirasi daripada 5 idea hadiah ini:

Bunga, Hadiah Klasik

Give your mum flowers for Mothers Day

Sejambak bunga ialah hadiah klasik yang pasti menggembirakan pada Hari Ibu. Anda boleh menjadikan jambangan bunga itu lebih istimewa dengan menyertakan bunga kegemarannya. Selain itu, jika ibu anda bertangan dingin, berikan tanaman hidup untuk dijaga dan disayangi – sama seperti dia menjaga dan menyayangi anda selama ini.

Maniskan dengan Coklat

Give your mum chocolates for Mothers Day

Manis dan kaya, hadiah coklat sangat sesuai untuk ibu yang sukakan manisan! Ada pelbagai coklat untuk dipilih pada hari ini, dari coklat klasik di pasar raya hingga trufel artisan yang lebih mewah. Dapatkan sekotak coklat kegemarannya atau pilih konsisten bukannya kuantiti dengan langganan coklat bulanan. Yang paling hebat, anda boleh berkongsi hadiah ini dengannya!

Kunjungi Kafe/Restoran

Spend quality time with mum on Mothers Day

Tidak boleh dipertikaikan lagi, kebanyakan rakyat Malaysia suka makan – dan jika ibu anda salah seorang daripadanya, bawa dia dalam kembara gastronomi. Kunjungi kafe kegemarannya untuk sarapan lewat pagi, singgah di kedai pastri untuk pencuci mulut dan nikmati kopi atau koktel (mana-mana yang dia suka) sebelum makan malam. Jika dia tidak suka pergi ke beberapa perhentian, pilih bufet hotel dan anda berdua boleh mencuba pelbagai sajian sekali gus!

Adakah Dia Sukakan Marie Kondo? Cetuskan kegembiraannya dengan Pembersih Vakum Philips SpeedPro Max Aqua

Philips SpeedPro Max Aqua Vacuum Cleaner

Walaupun kerja membersih mungkin bukan kegemaran anda (jangan bimbang, anda tidak berseorangan), sesetengah ibu suka mengemas dan membersihkan kediaman mereka kerana hidup di persekitaran yang bersih memberi mereka kepuasan.

Oleh itu, anda boleh membantu ibu anda memudahkan rutin pembersihannya dengan memberikan Pembersih Vakum Tanpa Wayar Philips SpeedPro Max Aqua sebagai hadiah Hari Ibu.

Dari mencapai Kawasan di bawah perabot yang rendah hingga sudut siling yang tinggi, pembersih tanpa wayar ini melakukan semuanya! Dengan sistem mop dan vakum serta muncung penyedut 360 darjah, Pembersih Vakum Philips ini menyedut semua kotoran – kotoran tersembunyi sekalipun didedahkan dengan muncung LED di bahagian depan!

Jadikan hadiah ini lebih istimewa dengan turut menawarkan perkhidmatan pembersihan. Biarkan ibu anda berehat ketika anda membersihkan habuk dan memvakum. Jangan risau – dengan Pembersih Vakum Philips, tugas anda menjadi mudah!

Hadiahkan Pembersih Vakum Tanpa Wayar Philips SpeedPro Max Aqua hari ini!

Alat Dapur Yang Tak Mungkin Ditolaknya!

Noxxa BreadMaker Oven Toaster

Jika ibu anda suka memasak, kami ada hadiah yang sangat sesuai. Alat semua dalam satu ini membakar roti, memanggang dan menggril untuk makanan sihat yang dimasak sendiri setiap hari – bukankah itu teman dapur yang sempurna?

Alat itu ialah Ketuhar Pembakar Pembuat Roti Noxxa! Dengan 12 program mesin roti termasuk membakar roti dan pilihan warna kerak, membuat roti dengan alat hebat ini memang mudah. Dari menguli dan menaikkan doh hingga membakar roti, ban, kek, pastri, biskut, ayam panggang dan ikan bakar yang enak, alat yang menjimatkan ruang ini tambahan yang bagus untuk mana-mana dapur.

Malah, ketika anda menghadiahkannya kepada ibu anda, anda mungkin mahu satu untuk dapur anda sendiri!

Beli Ketuhar Pembakar Pembuat Roti Noxxa di sini!