24 NOV 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 520 LIHAT 16 BERKONGSI

Asas Penjagaan Kulit: Pembersihan Dua Kali

Sama seperti produk penjagaan kulit yang anda pakai sebelum dan selepas mekap, menggunakan penanggal atau pembersih mekap yang tepat juga sama pentingnya. Kita telah bercakap tentang pelbagai jenis penanggal mekap sebelum ini, tetapi kini tiba masanya untuk meneroka dengan lebih terperinci bagaimana memanfaatkan sepenuhnya pembersihan kulit anda dengan sesuatu yang dipanggil pembersihan dua kali.

Pembersihan Dua Kali? Adakah Ini Bermakna Saya Perlu Mencuci Muka Dua Kali?

Tidak tepat. Pembersihan dua kali merujuk kepada membersihkan muka anda dengan penanggal mekap dahulu, kemudian dengan pembersih muka. Ini membantu menanggalkan mekap, kotoran dan pelindung suria yang degil supaya kulit anda benar-benar bersih sebelum menggunakan produk penjagaan kulit yang seterusnya, oleh itu pembersihan dua kali sangat sesuai menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit pada waktu malam anda.

Tetapi anda mungkin tertanya-tanya, jika saya tidak memakai mekap – perlukah saya membersih dua kali? 

Jawapannya ialah ya, tentu sekali. Penanggal mekap mencairkan pelindung suria, sebum dan bahan cemar yang melekat pada permukaan kulit. Pembersih berasaskan air tidak boleh menanggalkan kotoran ini, itulah sebabnya penting untuk memulakan rutin pembersihan anda dengan penanggal mekap, kemudian cuci muka anda dengan pembersih. Dengan cara ini, pembersih anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk bertindak jauh ke dalam kulit untuk membersihkan kotoran dan peluh.

Kombo Pembersihan Dua Kali Yang Mana Sesuai Untuk Jenis Kulit Anda?

Setelah mengetahui mengapa penting untuk membersih dua kali, tidakkah anda mahu memulakannya sekarang?

Gunakan panduan ini untuk memilih kombo pembersihan dua kali ARTISTRY SKIN NUTRITION yang paling sesuai dengan jenis kulit anda:

 

Untuk: Kulit Kering atau Sangat Kering 

 



ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover + Cleansing Oil

Emulsi bak susu ini menggabungkan manfaat minyak argan dan Vitamin E untuk memberikan kulit anda pembersihan dan pelembapan yang diperlukannya. Sebagai penanggal mekap yang lebih tebal, ARTISTRY SKIN NUTRITION Makeup Remover + Cleansing Oil menanggalkan mekap tanpa meninggalkan sebarang sisa dan tidak menjejaskan mikrobiom dan perintang kelembapan kulit anda.



ARTISTRY SKIN NUTRITION Renewing Foaming Cleanser

Buih yang kaya berkrim ini membersih dan merapikan kulit pada masa yang sama. Busanya yang lembut terasa membelai dan menghidrat sambil ia menanggalkan kotoran, mekap, pencemaran dan kotoran lain dengan cepat dan lembut.

 

Untuk: Kulit Kering, Normal hingga Kering



ARTISTRY SKIN NUTRITION Cream Makeup Remover

Dirumus untuk membersihkan kulit anda dengan lembut, ARTISTRY SKIN NUTRITION Cream Makeup Remover menanggalkan mekap daripada kulit anda sebersih-bersihnya. Produk tahan lama, kalis air atau kalis comot dibersihkan dengan mudah tanpa busa. Kandungan Minyak Biji Meadowfoam dan Vitamin E mengurangkan kerengsaan kulit dan memberikan kesan penghidratan dan perapian pada kulit.

 



ARTISTRY SKIN NUTRITION Hydrating Mousse Cleanser

Pembersih berbusa yang kaya ini mudah dibilas tanpa sebarang masalah, menjadikan kulit begitu terhidrat dan bersih. Memberikan kemasan yang licin dengan kelembapan dan kelembutan yang tepat

Untuk: Kulit Normal hingga Berminyak, Berminyak



ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser

Campuran rumusan dwifasa ARTISTRY yang unik, ARTISTRY SKIN NUTRITION Micellar Makeup Remover + Cleanser ialah penanggal berasaskan air yang ringan untuk membersihkan kulit dengan berkesan tanpa perlu menggosok atau menyental secara berlebihan.



ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Jelly Cleanser

Bukan penggemar penanggal mekap atau krim yang pekat? ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing Jelly Cleanser memenuhi semua keperluan pembersihan anda sambil memberikan kesan jeli yang menyejukkan daripada campuran daun perilla dan aloe vera terpaten kami. Ia bukan sahaja ringan dan menyegarkan, tetapi juga mengimbangi tahap pH kulit anda dan menanggalkan kotoran daripada kulit agar terasa bersih dan anjal.

 

Beli rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION di sini.