Floating Icon
10 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 828 LIHAT 13 BERKONGSI

Cuba, sukainya, kongsikannya!

Sama ada anda inginkan inovasi terkini dalam penjagaan kulit mahupun kosmetik warna yang mengikut trend, kami mempunyai alat maya baru untuk semua ABO, peminat ARTISTRY dan Passionista!

  • Terokai produk penjagaan kulit yang betul, diperibadikan untuk keperluan wajah anda
  • Pilih warna dan kemasan solekan paling menarik untuk warna kulit, mata, bibir dan pipi anda


Artistry_Virtual_Beauty_phone.jpg

Segalanya tentang aplikasi

Laman utama

Sentiasa dapatkan maklumat tentang jenama dan pelancaran produk terkini agar anda sentiasa terkedepan dalam penjalanan kecantikan peribadi anda.

Penjagaan Kulit
  • Nilaikan keperluan kulit anda secara maya dan belajar cara untuk menanganinya dengan produk yang disesuaikan dan saranan rejim kecantikan
  • Tunjukkan swafoto di aplikasi untuk mendapatkan maklum balas melalui Pemetaan Analisis Kulit, dengan sistem penskoran bagi usia kulit anda (semakin muda, semakin baik!) dan kesihatan kulit anda (semakin tinggi skor, semakin sihat!)
  • Aplikasi ini mengenal pasti masalah kulit dengan tepat, termasuk perubahan warna, tompok atau kedutan
  • Jawab Soal Selidik Penjagaan Kulit pelbagai pilihan untuk menunjukkan masalah yang anda ingin tangani.
  • Dapatkan saranan produk yang diperibadikan
  • Pautkan semua maklumat ini dengan Laporan Diari Penjagaan Kulit aplikasi ini dan jejaki kemajuan kesihatan kulit dan penampilan anda

Solekan

Gunakan Alat Realiti Terimbuh Pengalaman Solekan untuk “mencuba” warna solekan berlainan secara maya, di mana sahaja anda berada dengan telefon pintar anda – anda tidak perlu menggunakan produk secara fizikal pada muka anda.

Sebaliknya, saksikan transfomasi serta-merta pada swafoto dengan mengklik pada warna produk maya untuk melihat bagaimana rupa wajah anda secara realiti! Oleh itu, lihat warna dan kemasan yang mana paling sesuai dengan anda dan bagaimana produk yang berbeza kelihatan apabila digabungkan.

Apabila anda sudah memilih item yang anda sukai untuk rupa wajah yang anda pilih, sila teruskan dan memesannya. Selepas itu beritahu orang lain dengan berkongsi swafoto anda – dengan memakai produk tersebut pada muka anda sambil memegangnya di tangan anda – di rangkaian media sosial anda! #wearitshareit


Pembuka peluang yang menarik

Untuk ABO yang menjual produk dan jenama ARTISTRY, aplikasi ini menyediakan peluang jualan dan mengembangkan perniagaan yang kukuh. Mula-mula, cuba aplikasi tersebut untuk diri anda sendiri supaya anda dapat membiasakan diri dengan skor anda sendiri dan saranan produk.

750x400_Share_Virtual_Beauty.jpg

Aplikasi tersebut ialah alat yang boleh dibawa ke mana sahaja yang sempurna untuk menunjukkan produk kepada pelanggan tanpa perlu membawa produk bersama anda. Anda hanya memerlukan telefon pintar anda sahaja. Buka aplikasi dan libatkan pelanggan yang berminat dalam perbualan santai tentang semua keperluan penjagaan kulit and penampilan bersolek yang ingin mereka cuba.

Muat turun Aplikasi ARTISTRY Virtual Beauty bagi peranti Apple atau Android secara percuma melalui Apple Store atau Google Play, dan lihat jualan produk kecantikan anda, dan komuniti Passionista, berkembang!