Floating Icon
11 OCT 2022 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 749 LIHAT 41 BERKONGSI

Mencuci Lebih Daripada Sekadar Pinggan Mangkuk Dengan Dish Drops

Mencuci pinggan mangkuk adalah tugas yang sukar, tetapi percaya atau tidak, cecair pencuci pinggan mangkuk yang berkuasa dan berkesan serta selamat dan lembut boleh menjadikannya pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk anda dan keluarga anda. Lihat sahaja Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS kami yang sangat digemari.

Paling penting, tahukah anda bahawa anda boleh menggunakannya untuk membersihkan benda selain pinggan mangkuk, kutleri dan perkakas memasak? Memang berpatutan dengan harganya! Berikut adalah beberapa cara lain anda boleh memperoleh pelbagai manfaatnya:

Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran anda

Anda tidak tahu dari mana ia datang dan berapa ramai orang telah mengendalikannya dari ladang ke pasar ke dapur. Cairkan beberapa titis cecair pencuci pinggan mangkuk di dalam sebesen air, kemudian rendam buah-buahan dan sayur-sayuran selama beberapa minit (tidak lebih daripada 5 minit ya). Bilas bersih-bersih sebelum makan.



Memastikan span dan kain lap pinggan bersih

Bilas span dan kain lap yang sudah digunakan dengan air panas. Seterusnya, tambah ¼ penutup (atau dua pam daripada Pam Pendispens AMWAY 1 Liter) cecair pencuci pinggan mangkuk pada span dan kain lap anda. Ramas dengan kuat untuk meratakan produk dan biarkan sehingga penggunaan seterusnya.



Membersihkan kotoran daripada perabot luaran

Isi Bekas Penyembur AMWAY HOME dengan air suam dan tambah hanya beberapa titis cecair pencuci pinggan mangkuk. Seterusnya bahagian yang menyeronokkan – hanya sembur! Lap semua habuk dan kotoran dengan kain lembap dan biarkan permukaannya kering sendiri.



Membersihkan barang kemas anda yang berharga dengan selamat

Jika barang kemas anda semakin hilang kilauannya, cuba ini. Campurkan beberapa titis cecair pencuci pinggan mangkuk di dalam semangkuk air suam. Rendam barang kemas anda selama beberapa minit sahaja. Berus dengan lembut dengan berus gigi lembut. Bilas bersih-bersih dan lap sehingga kering sebelum menyimpannya. Kekal bersinar!

Bonus: Selamat tinggal lalat buah!

Buah-buahan segar menarik minat lalat buah yang menjengkelkan ke dapur anda yang bersih dan cantik? Tambah 3 titis cecair pencuci pinggan mangkuk di dalam semangkuk cuka dan letakkan di atas kaunter dapur anda. Perosak yang tidak diundang akan terperangkap dan lemas di dalam larutan sabun ini dan menjadikan dapur anda bebas perosak.

Mengapa Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS?

Cecair Pencuci Pinggan Pekat DISH DROPS diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan bio yang sangat aktif yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti kelapa, buah-buahan sitrus dan mineral. Ia berkuasa dan sangat pekat untuk pembersihan yang berkesan, tetapi lembut pada tangan anda dan juga selamat untuk kegunaan harian.

Buihnya yang tahan lama menghilangkan gris, malah kotoran yang sudah kering dengan mudah, surfaktannya yang lembut melindungi kulit anda dan juga alam sekitar. Ekstrak aloe vera melembutkan dan melegakan, manakala shiso botani yang antiradang dan asid alfa hidroksi melindungi tangan anda.

Selain BIOQUEST formula yang terbiodegradasi dan diuji secara dermatologi, anda pasti sukakan bau sitrus segar yang mengawal bau yang tidak menyenangkan dan membangkitkan deria anda.

Sedikit sahaja sudah cukup. Hanya cairkan satu bahagian Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS dengan satu hingga lima bahagian air dalam Botol Picit Plastik AMWAY HOME, persiapkan diri anda dengan Span Keluli Tahan Karat DISH DROPS SCRUB BUDSdan anda sudah bersedia untuk tugas membersih.

Nantikan lebih banyak petua pembersihan diAmwayNow.my