Floating Icon
24 AUG 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 1067 LIHAT 21 BERKONGSI

Mengapa Kulit Matang Perlukan Penjagaan Kulit Khusus

Amalan mengikuti regimen tetap untuk memastikan kulit sihat yang baik sangat penting untuk mencegah tanda-tanda penuaan pertama. Namun, sama seperti badan, kulit mempunyai pelbagai keperluan pemakanan pada tahap kehidupan yang berbeza.

Semasa kita di peringkat umur muda, masalah kulit cenderung untuk berubah ke arah menangani keadaan yang berminyak dan memerangi jerawat. Sementara itu, semakin usia kita meningkat, masalah kulit yang lain pula muncul seperti kulit kering, kedutan, garis-garis halus, kulit kendur dan pigmentasi.

Ini adalah kerana di sekitar usia 30 tahun, penghasilan kolagen badan menjadi perlahan, sehingga menyebabkan kulit menjadi kurang anjal. Fikirkan kolagen sebagai sistem sokongan kulit kita; ia berkurangan seiring dengan pertambahan usia, seterusnya kulit menjadi lebih longgar, liang roma menjadi lebih besar dan garis-garis halus serta kedutan mula muncul.

Lebih-lebih lagi, jika penjagaan kulit tidak menjadi keutamaan sejak awal, kesan kerosakan akibat cahaya matahari sebelumnya, diet yang teruk dan penjagaan kulit yang tidak teratur akan mula kelihatan. Kulit mula kehilangan seri keremajaan dan menjadi lebih nipis dan kering. Inilah sebabnya adalah penting untuk bukan sahaja memulakan penjagaan kulit dengan lebih awal tetapi juga untuk menyesuaikan dan memperibadikan rutin penjagaan kulit anda mengikut keperluan kulit anda yang unik pada setiap tahap kehidupan.


Cream for mature skin

Memilih produk yang sesuai mengikut usia kulit anda

Sama seperti kisah setiap orang yang menempuhi pengalaman yang berbeza, kulit kita juga merupakan hasil daripada gaya hidup kita yang berbeza. Jadi, profil kulit setiap orang adalah unik untuk mereka sahaja.

Namun, di sebalik keunikan kisah kulit kita, kumpulan usia tertentu cenderung untuk berkongsi jenis dan masalah kulit yang serupa. Kulit yang lebih muda kurang kemungkinan untuk memperlihatkan kedutan tetapi lebih cenderung memiliki kulit kombinasi atau berminyak. Kulit matang daripada usia 35 tahun dan ke atas memerlukan penjagaan antipenuaan yang aktif dan proaktif untuk mengurangkan tanda-tanda kedutan dan garis-garis halus.

Walaupun pelembap losyen yang ringan mungkin lebih digemari untuk kulit yang lebih muda yang cenderung berminyak, kulit matang yang lebih kering akan memperolehi lebih banyak manfaat daripada penghidratan tambahan daripada pelembap berkrim yang kaya dengan bahan pembaikan kulit.

Produk penjagaan kulit untuk kulit yang lebih muda sering memasukkan lebih banyak bahan asas berbanding produk untuk kulit yang matang, yang memerlukan formula dan teknologi maju untuk menangani keperluan antipenuaan.

Walaupun krim lebih likat dan dapat memberikan perintang yang lebih berat untuk menjaga kulit agar tetap terhidrat dan lembut, perlu diingat bahawa ini bukan satu-satunya cara untuk mengekalkan kelembapan. Turut sama sesuai untuk kulit matang adalah krim gel yang diserap serta-merta serta krim yang mengguna teknologi penembusan yang maju.

Selain penghidratan, kulit matang juga penting untuk dirawat dengan produk yang dapat memperbaiki dan memperbaharui kulit. Itulah sebabnya memilih penjagaan kulit yang sesuai dengan usia kulit anda adalah penting.


Throwback SKIN NUTRITION Balancing Hydrating

Bina regimen penjagaan kulit anda dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION

Di samping memilih tekstur yang sesuai, pastikan anda memberi pemakanan yang cukup kepada kulit anda agar ia menjadi sihat, dilindungi dan berseri. Bekalkan bahan yang sesuai dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION untuk kulit anda, barisan produk penjagaan kulit khusus yang menggunakan fitonutrien semula jadi seperti bahan terkemukanya, Ekstrak Biji Chia Putih, untuk memberikan hasil yang ketara dan berkekalan pada kulit.

Bagi orang dewasa muda yang mengalami masalah keadaan kulit berminyak dan berjerawat, Penyelesaian yang Menyeimbangkan adalah disyorkan. Ia membantu mengawal lebihan minyak dan menjadikan kulit anda menampilkan wajah yang segar, polos dan sihat tanpa kilatan atau cela. Sekiranya anda cuba mengurangkan penampilan wajah anda yang berkilat atau anda lebih menyukai produk yang mempunyai tekstur lebih ringan, maka inilah barisan produk yang harus anda pilih.

Sementara itu, bagi orang dewasa yang bekerja dan menghabiskan banyak waktu di dalam rumah atau ingin mengambil langkah proaktif untuk menentang penuaan, mengapa tidak mencuba Penyelesaian yang Menghidratkan? Barisan produk ini yang diformulasikan untuk membekalkan dan menyimpan lembapan, maka ia disyorkan untuk orang dewasa di bawah usia 35 tahun yang mencari lebih banyak penghidratan.


Tunggu ... ada lagi!

ARTISTRY SKIN NUTRITION akan melancarkan siri baru produk penjagaan kulit khusus yang menyasarkan tanda-tanda penuaan khusus bagi jenis kulit matang yang berusia 35 tahun ke atas. Dengan menggunakan kekuatan fitonutrien dan tekstur berupa krim untuk melindungi perintang kulit anda, barisan produk ini akan membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh kulit untuk mengundurkan tanda-tanda penuaan yang lebih maju dan mengekalkan seri keremajaan wajah.

Renewing Firming Solutions Coming Soon

Nantikan barisan produk baru ini tidak lama lagi!

Suburkan kulit anda dengan ARTISTRY SKIN NUTRITIONBelilah barisan produk tersebut di Amway.my.