Floating Icon
17 OCT 2020 ACARA 2 MINIT BACA 201 LIHAT 0 BERKONGSI

Dewi Skrin: Komuniti Kecantikan ARTISTRY

Apabila semakin ramai orang merasai keseronokan acara dalam talian, peminat ARTISTRY teruja dengan bengkel maya secara langsung pertamanya.

Bermula dengan Bengkel Pemimpin Komuniti Kecantikan ARTISTRY yang eksklusif untuk Pemimpin Platinum dan Ke Atasnya, acara ini yang diadakan mulai 22-24 Jun telah mengajar penonton cara untuk memulakan, mengembangkan atau mengekalkan komuniti kecantikan mereka sendiri dengan memanfaatkan media sosial.

Leader_Workshop-Andrea_Devos.jpg

Andrea Devos, Passionista Global ARTISTRY STUDIO memulakan acara dengan mendedahkan kepentingan kecantikan untuk meluahkan perasaannya serta cintanya untuk berhubung dengan ramai orang di serata dunia melalui minatnya terhadap kecantikan.

Passionista_Workshop-Joanne_Chong.jpg

Joanne Chong, Ketua Pemasaran kemudiannya mengambil gilirannya untuk menyampaikan berita terbaru tentang trend global terkini seperti kebangkitan wanita dalam jualan langsung, pertumbuhan industri kecantikan yang mantap serta permintaan dan harapan pengguna yang berubah.

Leader_Workshop-Wan_Yuee_Low.jpg

Wan Yuee Low, pakar media sosial dan jurulatih pemasaran digital, pemenang Anugerah ICT MSC Malaysia Asia Pasifik 2015, menyelidiki pengetahuan dan kemahiran penting yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan seseorang melalui pemasaran media sosial. Disokong oleh lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam pembangunan dan seni pembinaan perisian, beliau membimbing penonton melalui proses pemasaran digital daripada memilih platform yang tepat hingga mewujudkan penglibatan yang diingini.

Penonton kemudiannya diperkenalkan kepada #UseArtistryChallenge yang menyeronokkan yang mana peminat jenama ini memuat naik foto dan video kreatif mereka di Instagram menggunakan produk ARTISTRY kegemaran mereka bersama ‘filter’ Instagram ARTISTRY yang dicipta khas.

Leader_Workshop-Quintina_Leung.jpg

Quintina Leung, Intan Eksekutif dari Hong Kong turut serta sebagai penceramah jemputan, secara langsung dari Hong Kong, untuk berkongsi kisahnya tentang membina komuniti dan penglibatan komuniti, daripada memilih dan melatih pasukan anda hingga merangsang pemasaran kecantikan dalam talian dan malah menghimpunkan produk.

Akhir sekali, Joanne mendedahkan pelan ARTISTRY untuk mengukuhkan perniagaan kecantikan syarikat melalui media sosial dan juga mengumumkan tiga pelancaran akan datang yang dinanti-nantikan: pelancaran semula Dermasonic yang amat digemari sebagai item tetap, SIGNATURE SELECT Body memperkenalkan penjagaan badan yang diperibadikan ke dalam rangkaian mewah jenama dan koleksi solekan baru ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition yang mengabadikan semua daya tarikan keindahan kota raya itu.

Seterusnya, Bengkel Passionista Komuniti Kecantikan ARTISTRY telah diadakan pada 27 Jun di mana beribu penonton mengikuti, bersedia untuk meningkat maju daripada pengguna media sosial setiap hari kepada pempengaruh dalam talian yang lebih hebat.

Nadia Heng, juruacara, bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia, Hos TV dan pelakon, menghidupkan pentas maya dengan tenaganya dan memperkenalkan semula Andrea Devos dengan kata-kata inspirasinya.

Passionista_Workshop-Francisca_Lo.jpg

Francisca Lo, Intan dari Hong Kong berkongsi kisah kejayaannya dalam menyahut cabaran COVID-19 sebagai satu peluang, menghubungkan semula dengan wanita dan menangani keperluan yang berubah semasa krisis. Bergandingan melalui sesi pemakaian masker maya dan rancangan temu bual secara langsung, beliau dan pasukan mampu memperkenalkan pelanggan kepada rangkaian produk yang meluas dan memberikan keselesaan hanya dengan menghubungi secara dalam talian.

Passionista_Workshop-Meimy_Boontiwa.jpg

Meimy Boontiwa, Intan dari Thailand mendedahkan rahsia kejayaannya di usia 26 tahun, daripada cara mengembangkan perniagaan anda menggunakan media sosial dengan berkongsi keperibadian semula jadinya yang menawan dalam talian, dan mengetahui apa yang perlu diberikan tumpuan dari segi kandungan, kata kunci, tanda pagar dan masa hantaran.

Passionista_Workshop-Zevin_Goay.jpg

Zevin Goay, perunding pemasaran digital dan jurulatih yang diperakui oleh HRDF berkongsi kearifannnya tentang cara membangunkan jenama peribadi dan meningkatkan jangkauan media sosial. Mengambil daripada pengalamannya bekerja dengan beratus syarikat tempatan dari pelbagai industri, beliau menerangkan cara untuk mencipta, mengurus dan melibatkan komuniti kecantikan secara dalam talian dan meneroka pelbagai aplikasi serta kemahiran baru untuk menguatkan kehadiran dalam talian. 

Nadia kemudiannya mengingatkan penonton tentang #UseArtistryChallenge sebeleum melibatkan Joanne dalam perbincangan tentang mengembangkan potensi jualan langsung ke seluruh rantau ini dengan lebih ramai wanita menemui peluang-peluang baru dalam industri dan perniagaan kecantikan yang semakin meningkat daripada luar talian kepada dalam talian.

Secara keseluruhannya, Bengkel Komuniti Kecantikan ini mendapat sambutan yang cukup hangat, membuatkan penggemar kecantikan inginkan lebih banyak lagi.


Saksikan Bengkel Komuniti Kecantikan ARTISTRY di laman web kami:

Pemimpin Komuniti Kecantikan ARTISTRY

Amway.my > Pengetahuan > Sudut Platinum > Maklumat Penting > Galeri Video


Passionista Komuniti Kecantikan ARTISTRY

Amway.my > Pengetahuan > Sumber Perniagaan > Aktiviti & Acara > Galeri Video