Mod Membakar: ON
Sajian bakeri buatan sendiri adakalanya lebih enak daripada yang dibeli di kedai. Jadi, gunakan sepenuhnya Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa dan cuba resipi ini. Keharuman aroma sajian yang dibakar segar juga boleh memikat jiran!
Resipi Ban Serunding Ayam
Bahan-bahan Roti Ban
- Air 200ml
- Telur 1
- Mentega/Minyak Jagung 60ml
- Gula 60g
- Garam 1sk
- Susu Tepung 1 - 2sb
- Tepung Roti 300g
- Tepung Gandum 200g
- Yis Segera 2 - 3tsp
Bahan-bahan Hias Atas
- Telur untuk menyadur 1
- Mayones 250ml (Campurkan 2sb susu pekat manis)
- Serunding Ayam 250g
Cara
- Masukkan bahan-bahan doh ke dalam loyang roti dan pilih program DOUGH.
- Apabila doh sudah siap, bahagikan kepada 16 bahagian.
- Bentuk doh menjadi bebola. Gunakan kedua-dua tangan untuk membentuk doh menjadi bujur.
- Biarkan doh naik selama 1 jam di dalam ketuhar pada suhu bilik atau sehingga saiznya dua kali ganda.
- Berus atas doh dengan telur sebelum dibakar.
- Panaskan oven pada 175°C - 180°C dan bakar selama 15 - 20 minit.
- Biarkan ban sejuk. Potong bahagian tengah ban. Letakkan mayones di dalam dan di atas ban.
- Taburkan serunding ayam di atas ban.