Floating Icon
23 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 2759 LIHAT 113 BERKONGSI

Kulit Awet Muda dengan Kolagen & Asid Hialuronik

Kolagen sedang hangat diperkatakan pada masa ini di serata laman web kecantikan dan dengan pelbagai manfaatnya, mudah untuk mengetahui sebabnya. Tetapi apakah kolagen sebenarnya dan bagaimanakah ia telah mengubah wajah di serata tempat?


Kolagen diperbuat daripada apa?

Kolagen ialah protein yang terdapat secara semula jadi di dalam tubuh manusia. Ia paling dikenali untuk kesihatan kulit dan merupakan komponen utama kulit anda. Kolagen memainkan peranan dalam menguatkan dan meningkatkan keanjalan serta penghidratan kulit walaupun ia juga penting untuk bahagian badan yang lain seperti otot, tulang, tendon, saluran darah dan sistem penghadaman.


Adakah kolagen penting untuk kulit yang awet muda?

Kolagen memastikan kulit anda pejal, lembap dan sihat, sambil mencegah kedutan dan kulit mengendur. Ia juga menyokong pembaharuan dan pembaikan sel kulit lalu menjadikannya bahan yang sangat penting dalam penjagaan kulit.

ageing skin

Apabila kita semakin berusia, tahap kolagen semula jadi badan menjadi lebih rendah. Keadaan ini juga dipengaruhi oleh pemakanan, pendedahan matahari, tidur, tahap tekanan, genetik dan hormon. Pengurangan kolagen ini lama-kelamaan akan mengakibatkan kekeringan, kedutan dan kurang kepejalan serta keanjalan terutamanya pada kulit yang lebih tua.


Bagaimana saya dapat merangsang tahap kolagen saya?

Suplemen kolagen memang tersedia tetapi perubahan kecil dalam gaya hidup juga memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan tahap kolagen yang sihat:

  1. Makan dengan baik
    Makanan yang kaya dengan Asid Hialuronik, Vitamin C dan antioksidan membantu merangsang pengeluaran kolagen dan melindungi kulit. Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun dimasukkan dengan banyak dalam diet anda. Pertimbangkan untuk menambah Minuman Protein Soya Nutrilite dan minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite ke dalam rejim harian anda.
  2. Pastikan kulit anda bersih dan gunakan pelindung matahari
    Basuh dan kelupas dengan kerap untuk menanggalkan kekotoran yang boleh merosakkan kulit anda dan lindungi diri anda daripada sinar UV dengan pelindung matahari yang baik. Dengan cara ini, badan anda tidak perlu selalu menggunakan kolagen untuk kerap menggantikan sel-sel kulit.
  3. Tambahkan kolagen ke dalam penjagaan kulit anda
    Sedikit kolagen di dalam serum atau krim dengan serta-merta meningkatkan keanjalan kulit anda, memberikan anda kulit yang lembut dan gebu. Malah hasilnya lebih baik apabila anda menggandingkan dengan kolagen dan asid hialuronik kerana ia meningkatkan tahap kelembapan kulit.


Gunakan kolagen topikal untuk kulit yang cantik

Kolagen yang boleh dimakan adalah baik untuk kesihatan anda tetapi kolagen topikal memberikan anda hasil luar biasa yang hebat, tepat di mana ia diperlukan dan di mana anda inginkannya. Daripada pergi ke anggota badan anda yang lain, kolagen yang berkepekatan tinggi ini melembapkan wajah anda jauh ke dalam untuk penampilan yang lebih licin dan lebih awet muda.


CollagenBall and 14 Night Reset 1

Tingkatkan rawatan kecantikan anda

Direka untuk digunakan dengan INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program, INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 baru ialah cara yang menyeronokkan dan unik untuk mendapatkan kulit awet muda dan sihat. Ia juga mudah untuk digunakan – hanya pamkan serum ke dalam kapsul, campurkan dengan sebati dan sapukan pada wajah dan leher anda.

Ia diperbuat daripada 97% kolagen berasaskan laut dan asid hialuronik, sangat pekat untuk manfaat yang optimum. Teknologi Pengeringan Sejuk Beku Termaju memastikan kestabilan dan keberkesanan produk pada tahap yang sangat pekat. Selain itu, ia mengandungi Fermentia Cica untuk tindakan antiradang dan pelembapan yang lebih hebat.


Manfaat Collagen+HA Capsule 97

Ujian klinikal menunjukkan bahawa Collagen+HA Capsule 97 meningkatkan kepadatan kulit sebanyak 115%. Ia juga melembapkan kulit, mengurangkan kedutan, meningkatkan keanjalan kulit dan melegakan keradangan. Apa kata rasai kulit yang lebih cantik apabila anda bangun tidur?


Hasil Yang Cantik Hanya Dalam 2 Minggu

Collagen Ball Testimonial 1

Candice Lai
Intan Pengasas, Umur: 60

“Hanya mengambil masa seminggu untuk menyaksikan peningkatan ketara di kawasan mata saya, yang kelihatan lebih tegang dan geleber bawah mata yang semakin cerah. Wajah saya tampak lebih tirus kerana kulit saya menjadi lebih pejal, lebih lembut dan lebih licin. Gunakannya di waktu malam selama dua minggu – sungguh ringkas dan mudah.”




Collagen Ball testimonial 2

Chai Ni
Intan, Umur: 41

“Saya dapat melihat tona kulit saya lebih cerah dan lebih sekata, pigmentasi semakin berkurangan dan kulit saya lebih pejal dengan bentuk V. Malah, solekan saya kekal lebih lama, terutamanya bedak asas, tanpa kelihatan berminyak.”




Collagen Ball testimonial 3

Ira Kartini
Platinum Pengasas, Umur: 43

“Selepas selesai program ini, kulit saya lebih cerah dan parut jerawat saya semakin berkurangan dengan lebih cepat. Biasanya saya memakai solekan yang tebal untuk menutup jerawat. Sekarang saya hanya memakai satu lapisan Cushion Foundation dan saya sudah siap.”




Collagen Ball testimonial 4

Vivian Ong
Platinum Pengasas, Umur: 48

“Kulit wajah saya berseri dan kelihatan lebih sekata dengan peningkatan drastik pada pigmentasi saya. Garis-garis halus di sekeliling kawasan mata saya juga semakin berkurangan jadi saya tampak lebih muda sekarang. Saya tidak sabar-sabar untuk terus menggunakannya setiap tiga bulan untuk mengekalkan dan memperbaiki kulit saya.”




Collagen Ball testimonial 5

Anny Teh
Platinum Pengasas, Umur: 54

“Ia benar-benar melembapkan kulit saya jadi saya tidak rasa sebarang ketegangan. Secara keseluruhan, kulit saya lebih pejal dan lebih cerah sekarang, pigmentasi saya semakin berkurangan dan wajah saya kelihatan lebih tegang. Anda perlu ikuti rejim penjagaan kulit anda untuk mencapai hasil yang diidamkan.”




Collagen Ball testimonial 6

Zaridah
Platinum Pengasas, Umur: 50

“Tekstur 14 Night Reset Program yang digunakan dengan Collagen Ball lebih pekat namun menyerap lebih pantas berbanding 14 Night Reset Program semata-mata. Kedutan di sekeliling mata saya berkurangan dan saiz liang saya semakin kecil. Ramai orang juga menyedari kulit wajah saya lebih cerah dan tona kulit saya lebih sekata.”