Dengan kepelbagaian jenama penulen udara di pasaran, ia mungkin menyukarkan anda untuk membuat keputusan. Terlalu banyak pilihan, tidak kisah dari segi saiz, rupa bentuk mahupun warna! Tetapi, bukan sekadar sifat estetika yang perlu dipertimbangkan dalam memastikan udara di kediaman anda kekal bersih. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu difikirkan apabila anda memilih penulen udara yang tepat.
Bukan semuanya sesuai
Terdapat dua perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hal saiz: saiz bilik yang anda ingin bersihkan dan saiz unit penulen udara itu sendiri. Keefisienan unit penulen udara pastinya dipengaruhi oleh saiznya tetapi ia juga mempengaruhi penggunaan tenaga. Penulen udara meja mungkin sesuai untuk ruangan yang lebih kecil tetapi tidak berkesan untuk membersih keseluruhan bilik tersebut.
Saiz juga mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan oleh penulen udara anda. Membeli penulen udara bersaiz industri untuk apartmen studio anda menjamin keefisienannya tetapi ia juga pasti akan mengakibatkan bil elektrik yang tinggi.
Ciri-ciri sememangnya menjadi keutamaan apabila membeli penulen udara. Anda ingin mendapatkan pulangan yang berbaloi dengan harga yang berpatutan tanpa caj berlebihan yang dikenakan ke atasnya yang tidak memberikan faedah tambahan kepada penulen udara anda. Perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan adalah:
Daripada kesemua ciri-ciri ini, terdapat satu lagi ciri yang paling penting untuk dipertimbangkan:
Singkatan ini seringkali disebut apabila seseorang berbicara tentang penulen udara. Tetapi, apakah maksud sebenar penuras HEPA? HEPA bermaksud High Efficiency Particular Air filter (Penuras Udara Berpartikel Keefisienan Tinggi). Ini bermakna penuras HEPA ialah penuras yang diperbuat daripada gentian yang ditenun rapat yang memerangkap partikel seperti sarang labah-labah. Penuras HEPA yang baik boleh memerangkap partikel bersaiz sekecil 0.3 mikron atau lebih.
Akan tetapi, tidak semua penuras HEPA adalah serupa. Sesetengah penulen udara mendakwa ia penuras ‘seperti HEPA’, yang sama sekali tidak serupa. Penulen udara lain menggabungkan penuras HEPA bersama lapisan penurasan tambahan untuk memberikan hasil pembersihan udara dan pengurangan bau yang lebih efisien.
Teknologi biasa yang menggabungkan penuras HEPA merangkumi bahan seperti penuras karbon, penuras udara pengion dan penuras UV. Setiap komponen ini memberikan manfaat dan kegunaan yang berbeza, bergantung kepada jenis perlindungan yang anda inginkan daripada penulen udara anda.
Kini anda sudah pun mengetahui perkara asas dalam pemilihan penulen udara, tiba masanya untuk menggabungkan kesemuanya. Satu penulen udara yang memenuhi semua kriteria yang tersenarai ialah Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY.
Atmosphere adalah penulen udara No. 1 dari segi jualan di dunia. Tidak percaya? Lihat di sini.