Floating Icon
01 DEC 2020 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 2721 LIHAT 61 BERKONGSI

Kepentingan Kualiti Udara

Mother and daughter happily playing in the living room

Menghirup udara yang berkualiti amat penting untuk kesihatan yang baik. Masyarakat hari ini, menekankan kepentingan makan secara sihat dan bersenam, tetapi seringkali lupa tentang purata 11,000 liter udara yang kita hirup setiap hari. Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan hingga 89% daripada kehidupan mereka di dalam bangunan* dan 69% daripadanya dihabiskan di rumah*, cara kita menguruskan kualiti udara di sekeliling kita boleh memberi kesan yang ketara terhadap kualiti hidup kita.

*Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Sebersih Manakah Udara Di Kediaman Anda?

Ramai daripada kita menganggap bahawa pencemaran udara seperti asap, ozon atau jerebu ditinggalkan di luar apabila kita masuk ke dalam rumah, tetapi sebenarnya udara di dalam mungkin lebih tercemar. Selain bahan cemar dan zarah yang masuk dari luar, udara di dalam rumah anda mungkin dicemari sebatian organik tidak meruap (VOC) yang dibebaskan daripada segala-galanya termasuk cat atau varnis pada perabot hingga campuran berkuasa bahan pencuci kita. Toksin lain seperti radon, kulapuk dan bahan cemar mudah terbakar juga mungkin hadir.

Sesetengah bahan cemar masuk ke rumah melalui pakaian, kulit, malah tapak kasut anda. Bahan cemar yang lain masuk menerusi perabot baru, pembersih permaidani atau lapisan cat di dinding. Semua ini menyebabkan kualiti udara dalaman biasanya 5 kali lebih buruk daripada di luar!

Menguruskan Kualiti Udara Dalaman Dengan Berkesan

Berita baiknya ialah anda boleh melakukan beberapa perkara yang mudah dan ringkas untuk meningkatkan kualiti udara di rumah anda.

Pembersihan Kerap

Lapisan debu halus yang anda lihat di serata rumah anda bukan mengandungi kotoran sahaja, jadi salah satu cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah membersih secara kerap. Anda juga harus mencuci tuala, langsir dan cadar sekurang-kurangnya seminggu sekali serta memvakum dan mengemop dengan kerap kerana lantai mengumpul semua bahan cemar yang tidak terampai.

Pengudaraan & Peredaran

Cuba buka tingkap anda dengan kerap dan biarkan udara mengalir melalui rumah anda sekurang-kurangnya sekali sehari. Pemeluwapan dan kulapuk suka tempat sempit dan peredaran udara yang tidak baik, jadi berikan ruang kira-kira dua inci antara perabot dan dinding anda. Almari pakaian harus diletakkan pada dinding sebelah dalam bilik tidur yang lebih hangat daripada dinding luar dan tidak cenderung menyebabkan masalah lembapan dan kulapuk.

Sistem Rawatan Udara/Penulen Udara

Sistem penuras/penulenan udara boleh memberi kesan yang besar dalam membantu anda meningkatkan kualiti udara yang anda hirup dan satu pelaburan yang berbaloi. Membuat pilihan yang bijak daripada pelbagai model yang terdapat di pasaran adalah penting, jadi cari penulen udara dengan Penapis Udara Berzarah Kecekapan Tinggi (HEPA) yang direka untuk mengurangkan zarah dan bahan cemar berbahaya.

Memilih Penulen Udara Yang Tepat Untuk Anda

Kewibawaan Jenama & PensijilanFahami TeknologinyaKadar Penghantaran Udara Bersih (CADR)Kadar Penurasan TinggiKawasan Liputan Berkesan
Cari unit daripada jenama yang bereputasi baik atau telah mantap serta disahkan pihak ketiga untuk memastikan kebolehpercayaan dan prestasi.Fahami kebaikan dan keburukan teknologi yang berbeza seperti pengion & HEPA yang digunakan untuk memilih penulen udara yang memenuhi keperluan anda.CADR ialah ukuran piawai untuk jumlah udara yang boleh dibersihkan oleh suatu sistem penulenan udara dalam masa sejam, oleh itu jumlah yang lebih besar menunjukkan bahawa unit itu lebih cekap.Pastikan unit berkenaan memiliki kadar penurasan tinggi sekurang-kurangnya 99% dan menyingkirkan bahan cemar bawaan udara berspektrum luas hingga sekecil 0.3 mikron.Pertimbangkan saiz rumah atau pejabat dan pilih penulen udara yang direka untuk beroperasi untuk ruang yang besar sedikit daripada ruang anda. Hal ini membantu menjamin yang unit berkenaan berupaya menyingkirkan alergen dan mengalirkan udara yang segar dan bersih dengan berkesan.