Floating Icon
17 FEB 2024 KURSUS 1 MINIT BACA 298 LIHAT 40 BERKONGSI

Usus Sihat, Anda Sihat

Soalan ‘adakah anda mempunyai keberanian (guts) untuk…' merujuk kepada keberanian seseorang untuk menghadapi cabaran hidup dan kita sering kali bergantung kepada gerak hati (gut feelings) kita semasa membuat keputusan. Namun begitu, tahukah anda bahawa usus (gut) kita yang sebenar memainkan peranan besar dalam kesejahteraan keseluruhan kita?

Sertai kami untuk menyingkap rahsia kesihatan optimum dengan kursus terkini kami, 'Usus Sihat, Anda Sihat.'

Meliputi 10 tajuk yang padat dengan maklumat, kursus ini menghimpunkan pakar terkenal untuk meneroka dunia yang sering diabaikan dalam diri anda – usus, tempat kesihatan sebenar bermula. Kursus ini mendedahkan aspek usus anda yang tidak diketahui, meneroka kesan mendalam kesihatan usus terhadap berat badan, penyakit tidak berjangkit, kesihatan mental, sistem imun dan kulit. Paling penting, ia menyediakan cara yang boleh diambil tindakan untuk meningkatkan kesihatan usus.

Di akhir kursus ini, anda akan memahami tentang kesihatan usus dengan lebih mendalam dan sebab mengeset semula mikrobiota usus menjadi langkah pertama yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan keseluruhan anda. Mulakan perjalanan ini dan perkasakan diri anda dengan ilmu untuk merevolusikan cara anda melihat dan menjaga usus anda, supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih bahagia serta lebih bersemangat!

Topik 1: Kesihatan Bermula dari Usus

Tahukah anda bahawa usus anda bukan sahaja berfungsi untuk penghadaman, tetapi sebenarnya penjana yang mempengaruhi segala-galanya daripada sistem imun kepada pencegahan penyakit? Selami dunia kesihatan usus yang menakjubkan, temui tanda amaran kesihatan usus yang lemah dan pelajari langkah yang boleh diambil untuk mengeset semula usus anda lalu menjadikan anda lebih sihat.

Perjalanan anda menuju kesejahteraan bermula di sini! Ketahui Lebih Lanjut

Topik 2: 5 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Usus Anda!

Pernahkah terfikir tentang misteri dalam usus anda? Bersedialah untuk berasa takjub apabila kami membongkar lima fakta mengagumkan yang mungkin mengubah pemahaman anda tentang usus anda dan kesan ke atas kehidupan harian anda. Ilmu itu kuasa dan memahami usus anda merupakan langkah pertama ke arah diri anda yang lebih sihat.

Jom kenali usus anda yang tidak pernah dialami sebelum ini! Ketahui Lebih Lanjut

Topik 3: Apakah yang Najis Anda Boleh Beritahu tentang Kesihatan?

Kebanyakan kita tidak begitu memikirkannya apabila bercakap tentang penggunaan tandas. Kita cuma masuk, selesaikan urusan, pam dan beredar. Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa najis anda menyimpan rahsia kesihatan usus anda?

Usus yang lebih sihat mungkin mudah untuk dicapai! Bersedialah untuk mengetahui cara untuk merungkai proses semula jadi yang boleh memberikan pemahaman bernilai tentang kesihatan keseluruhan anda. Ketahui Lebih Lanjut

Topik 4: Probiotik & Serat

Mikrobiom usus adalah penyumbang utama kepada kesihatan kita ketika berada dalam keadaan seimbang. Malahan, keberkesanan mikrobiom usus kita terbukti sangat berkait rapat dengan diet dan gaya hidup kita.

Jom terokai hubungan antara prebiotik, serat dan probiotik, serta temui cara untuk memilih suplemen probiotik yang betul bagi memelihara usus supaya anda lebih sihat dan lebih bahagia! Ketahui Lebih Lanjut

Topik 5: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Fungsian untuk Kesihatan Usus

Serat merupakan komponen utama usus yang sihat. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan fungsian hebat yang bukan sahaja membekalkan serat dan vitamin kepada kita tetapi fitokimia yang dapat menambah baik kesihatan kita.

Jom ketahui rahsia keajaiban yang kaya dengan serat ini dan terokai kebaikan smoothie yang merangsang usus sebagai cara yang mudah dan berkesan untuk memenuhi pengambilan serat harian anda! Ketahui Lebih Lanjut

Topik 6: Usus dan Pengurusan Berat Badan

Tahukah anda bahawa mikrobiom usus anda boleh mempengaruhi berat badan anda dengan ketara?

Ketahui hubungan antara usus dan pengurusan berat badan anda. Peroleh pemahaman bernilai tentang cara mikrobiota usus yang seimbang dan pelbagai dapat menyumbang kepada berat badan yang sihat serta temui strategi praktikal untuk mencapai matlamat pengurusan berat badan yang mampan.

Ia bukan sekadar tentang apa yang anda makan tetapi tentang memelihara usus anda agar anda lebih langsing dan lebih sihat! Ketahui Lebih Lanjut

Topik 7: Set Semula Usus dan NCD

Pernahkah terfikir mengapa kes penyakit tidak berjangkit (NCD) semakin meningkat di Malaysia? Jawapan kepada soalan ini mungkin berada dalam usus anda!

Ketahui hubungan antara kesihatan usus anda dan NCD, dan terokai konsep mengeset semula usus dan potensi kesan dalam menangani NCD. Lengkapi diri anda dengan strategi praktikal untuk mengeset semula usus anda bagi manfaat jangka panjang dan melindungi diri anda daripada NCD.

Pelihara usus anda untuk masa depan yang lebih sihat! Ketahui Lebih Lanjut

Topik 8: Kesihatan Usus, Kesihatan Mental & Tidur

Pernahkah anda mengalami perubahan mood luar jangka atau bergelut dengan masalah tidur? Jika ya, sudah tiba masanya untuk memeriksa otak kedua anda iaitu usus anda.

Usus Gembira, Anda Bahagia!

Mari kita terokai paksi usus-otak, komunikasi dua hala yang boleh memberi kesan kepada kesihatan mental anda, keadaan fikiran malahan pola tidur anda. Ketahui peranan nutrien dan probiotik yang penting dalam memelihara usus yang gembira untuk anda yang lebih bahagia dan lebih sihat. Ketahui Lebih Lanjut

Topik 9: Usus dan Sistem Imun

Pernahkah anda terfikir tentang bagaimana usus dikaitkan dengan sistem imun anda? Malah, tahukah anda bahawa usus merupakan organ terbesar dalam badan kita?

Perkara yang benar-benar menakjubkan ialah hakikatnya kira-kira 70% daripada sistem imun kita berada dalam usus kita.

Mari kita fahami kaitan yang ketara antara kesihatan usus dan sistem imun, serta ketahui rahsia untuk meningkatkan daya ketahanan usus anda dan memperkuatkan pertahanan imun anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 10: Usus dan Kulit Anda

Pernahkah anda terfikir mengapa kulit anda bermasalah walaupun mempunyai rutin penjagaan kulit yang rapi? Jawapan bagi soalan ini terletak pada kesihatan usus anda.

Kesihatan usus anda boleh menjejaskan rupa dan rasa kulit anda! Daripada jerawat kepada ekzema, kulit anda menceritakan kesejahteraan usus anda. Mari kita terokai hubungan antara kedua-duanya dan ketahui cara untuk mengubah kulit anda dari dalam dengan memelihara usus anda untuk seri yang berpanjangan luar dalam.

Alami kecantikan dari dalam dengan usus yang sihat. Ketahui Lebih Lanjut

KUIZ: Usus Sihat, Anda Sihat

Tahniah! Anda telah sampai ke penghujung kursus 'Usus Sihat, Anda Sihat'!

Kuiz ini direka bentuk untuk menguji pemahaman anda tentang sepuluh topik yang dikupas dalam kursus 'Usus Sihat, Anda Sihat'.

Berapa banyakkah yang telah anda pelajari daripada kursus tersebut? Uji pengetahuan anda dengan mengambil kuiz pantas kami di sini.


Mulakan Kuiz

Recipe_Banner

Semak halaman Resipi kami yang hebat untuk idea yang lazat!

Klik di sini