Floating Icon
01 OCT 2023 KURSUS 1 MINIT BACA 469 LIHAT 60 BERKONGSI

Kesihatan Anda Adalah Aset Terbesar Anda

Sebilangan besar individu di Malaysia lebih cenderung untuk hanya menumpukan pada kesihatan mereka apabila berhadapan dengan masalah kesihatan daripada mengambil pendekatan proaktif untuk mengutamakan pemakanan, diet dan senaman mereka.

Sertai kami dalam perjalanan transformatif dengan kursus ini: “Kesihatan Anda Adalah Aset Terbesar Anda”.

Terdiri daripada lapan topik, kursus ini mengumpulkan pakar terkenal untuk memberikan penerangan tentang kepentingan mengutamakan kesihatan kita; melihat dengan lebih dekat masalah kesihatan utama di Malaysia (penyakit tidak berjangkit) dan membantu anda memahami kesan penyakit tersebut ke atas individu dan keluarga; kos ekonomi bagi pengurusan penyakit dan peranan pemakanan seimbang dan pilihan gaya hidup lebih sihat untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Di akhir kursus ini, anda akan memahami dengan lebih mendalam tentang kesihatan dan kepentingan suplemen berkualiti dan peranan penting suplemen apabila anda meningkatkan kesihatan anda dan komuniti secara proaktif. Ayuh kita sama-sama mulakan perjalanan ini ke arah Malaysia yang lebih sihat dan lebih bahagia!

Topik 1: Masalah Kesihatan Utama di Malaysia dan Pembunuh Senyap

Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun di Asia Tenggara dengan penduduk yang melebihi 30 juta orang. Di sebalik kemajuan ketara yang dicapai dalam meningkatkan sistem penjagaan kesihatan, terdapat masalah kesihatan utama yang memberi kesan kepada negara yang perlu ditangani.

Mari kita lihat dengan lebih dekat masalah kesihatan utama ini.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 2: Punca Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang indah tetapi ia berdepan dengan cabaran kesihatan utama. Penyakit tidak berjangkit atau NCD kian meningkat dan bertanggungjawab ke atas kebanyakan kematian di negara ini. Buat masa ini, 1 dalam 5 orang rakyat Malaysia menghidap diabetes dan hampir 1 dalam 5 orang rakyat Malaysia mengalami kolesterol tinggi.

Kita akan meneroka punca NCD di Malaysia dan perkara yang boleh dilakukan untuk mencegahnya.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 3: Kesihatan Anda & Keluarga Anda

Semua orang mengetahui bahawa menjaga kesihatan adalah sangat penting. Kesihatan kita merupakan salah satu daripada keperluan asas yang paling penting. Walau bagaimanapun, apabila penyakit menyerang, selalunya tanpa disedari, penyakit tersebut boleh mewujudkan kekangan kepada cara hidup, pengalaman dan akhirnya, kualiti hidup kita.

Sungguhpun perkara ini berlaku ke atas pesakit, hanya segelintir yang benar-benar memahami kesan berpanjangan penyakit terhadap penjaga serta orang di sekeliling mereka.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 4: Kos Perubatan: Mencegah berbanding Mengubati

Apabila berbicara tentang menjadi lebih sihat, pasaran sentiasa pantas untuk menyesuaikan dan memberikan alternatif kesihatan kepada kita, daripada cara kita makan hingga cara kita hidup. Walau bagaimanapun, pilihan ini sering kali melibatkan kos iaitu dengan kos yang lebih tinggi berbanding pilihan yang tidak sihat.

Terdapat satu isu yang sering kita abaikan iaitu: pernahkah anda terfikir tentang kos sebenar jika kita jatuh sakit akibat penyakit jantung atau serangan jantung?

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 5: Soalan Penting: Pengetahuan Asas tentang Obesiti

Berat badan berlebihan dan obesiti telah menjadi masalah kesihatan yang ketara di Malaysia, yang menjejaskan orang dewasa dan kanak-kanak. Kini tiba masanya untuk kita memahami sebab perkara ini menjadi serius dan cara ia memberi kesan kepada kehidupan.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 6: Daripada Berat Badan Berlebihan kepada Penyakit – Apa yang berlaku sebenarnya?

Obesiti menjadi masalah kesihatan umum yang utama di Malaysia dengan hampir separuh populasi orang dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obes. Walaupun kita mengetahui bahawa membebankan berat badan badan kita dengan berat yang berlebihan adalah tidak sihat, penting untuk memahami bagaimana masalah ini dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Kita akan meneroka bagaimana gaya hidup tidak sihat, biasanya dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes boleh menyebabkan kesihatan usus yang tidak sihat dan sindrom metabolik jika dibiarkan tanpa pemeriksaan.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 7: Pemakanan Sihat, Kesihatan Sihat

Di Malaysia, makanan merupakan komponen penting dalam struktur budaya dan masyarakat kita. Kita juga mengetahui bahawa jenis makanan dan jumlah yang betul memainkan peranan yang besar dalam kesihatan dan pencegahan penyakit kita.

Mari kita terokai konsep pemakanan seimbang dan bagaimana anda boleh menerapkannya dalam kehidupan.

Ketahui Lebih Lanjut

Topik 8: Mengapa Nutrilite?

Pernahkah anda terfikir apakah yang menjadikan Nutrilite peneraju dalam bidang suplemen pemakanan? Janji kami ialah untuk memberikan yang terbaik daripada dua keadaan kepada anda iaitu Sumber Semula Jadi dan Kecemerlangan Saintifik sambil menjaga kesejahteraan anda!

Ketahui lebih lanjut tentang kisah di sebalik ‘Mengapa Nutrilite?’ dan ketahui tentang komitmen kami yang tidak berbelah bagi untuk menjadi Yang Pertama, Satu-satunya, Yang Terbaik.

Ketahui Lebih Lanjut

Your Health Is Your Greatest Asset_Banner

Jadilah sateria kesihatan! Log masuk di sini untuk mengakses kursus kesihatan terkini kami iaitu "Kesihatan Anda adalah Aset Terbesar Anda".

Klik di sini!