Floating Icon
30 DEC 2020 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 1115 LIHAT 64 BERKONGSI

Meningkatkan Keimunan Anda dan 10 Lagi Manfaat Minum Air

1. Ia boleh membantu mengurangkan keinginan terhadap gula

Otak kita keliru rasa haus dengan rasa lapar jadi kita sering mengudap sepanjang hari sedangkan anda mungkin hanya rasa haus. Selepas ini jika anda ingin makan sesuatu, cuba minum segelas air.

2. Melindungi tisu dan sendi anda

Air ialah komponen pelinciran dan penampan yang melindungi sendi dan tisu anda. Ini menjadikan aktiviti fizikal lebih menyeronokkan dan mengurangkan haus dan lusuh dalam tubuh anda.

3. Membantu pencernaan anda

Air membantu tubuh memecahkan makanan yang anda makan serta melarutkan vitamin dan mineral dalam makanan. Air juga penting untuk mengangkut viamin-vitamin ini ke sel-sel anda.

4. Mencegah sembelit

Air yang cukup penting untuk membolehkan tubuh anda mengekalkan pergerakan usus yang sihat.

5. Merangsang fungsi otak anda

Air merangkumi 75% otak anda, jadi minum air secukupnya membantu anda memaksimumkan ingatan, tenaga dan perhatian anda.

6. Memastikan sistem kardiovaskular anda berjalan lancar

Air ialah komponen penting dalam darah anda, jadi tidak minum secukupnya boleh menyebabkan tekanan darah rendah yang menjadikan anda rasa pening dan rasa hendak pitam.

7. Mengawal atur suhu tubuh anda

Tubuh anda kehilangan elektrolit dan plasma apabila ternyahhidrat yang menyebabkan suhu tubuh meningkat. Minum air membantu memastikan tubuh anda sejuk.

8. Meningkatkan prestasi fizikal

Minum air secukupnya semasa melakukan aktiviti fizikal adalah penting dan membantu memaksimumkan kekuatan dan daya tahan anda.

9. Melawan penyakit

Minum air secukupnya membantu mencegah penyakit tertentu seperti jangkitan saluran kencing, hipertensi dan batu karang.

10. Meningkatkan tenaga

Minum air secukupnya boleh memainkan peranan penting dalam mengaktifkan metabolisme anda yang dikaitkan dengan peningkatan tahap tenaga.

11. Merangsang emosi anda

Minum terlalu sedikit air menyebabkan penyahhidratan yang boleh menyebabkan kelesuan, kerisauan dan kekeliruan.

Untuk memaksimumkan manfaat ini, anda perlu minum air bersih

Pastinya semua manfaat besar ini diperoleh hanya jika anda minum air yang bersih. Air yang mengandungi toksin dan bahan-bahan lain yang tidak diingini boleh membahayakan kesihatan anda. Oleh itu, sangat penting untuk memiliki penuras air yang baik.

External water filter


Penuras Air Luar menggunakan lima lapisan medium untuk menyingkirkan mendapan dan partikel yang tidak diingini sehingga 10 mikron. Lima penapis tersebut meliputi: pasir kasar, sederhana dan halus, garnet dan zeolit dan bekasnya diperbuat daripada Polimer Diperkuat Kaca Gentian (FRP) untuk memastikan ketahanan.

Dengan Penuras Air Luar sebagai penuras air titik masuk, anda akan mendapat air bersih yang jernih untuk semua tugas rumah tangga anda, sama ada mandi, mencuci pakaian dan banyak lagi. Anda juga boleh minum air daripada Penuras Air Luar jika dididihkan terlebih dulu.

Selain itu, lindungi air minum anda selangkah ke depan dengan Sistem Rawatan Air eSpring. Pasang eSpring di dalam rumah dan minum air yang dituras oleh peranti yang menggunakan teknologi termaju dan lampu UV yang menghapuskan sehingga 99.99% bakteria.



Sumber: