30 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1003 LIHAT 22 BERKONGSI

Sayangi Keluarga Anda, Jaga Kesihatan Mereka

Rasai Kesan Yang Hebat Dengan Protein

Dalam dunia yang penuh dengan gangguan dan jadual yang padat, seringkali sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang bagi seisi keluarga dengan sedikit nutrien seperti protein, yang sering terlepas pandang.

Soy Protein Drink.jpg

Walaupun protein biasanya dianggap hanya untuk membina otot yang kuat, ia juga bagus untuk kesihatan otak yang membolehkan penumpuan mental yang lebih baik untuk seisi keluarga, baik di tempat kerja mahupun di sekolah. Selain itu, jika anda memilih protein soya, ia bebas kolesterol dan rendah lemak. Ini dapat membantu mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi mengelakkan kolesterol tinggi dan lemak yang terkandung di dalam kebanyakan protein daripada sumber haiwan.

Minuman Protein Soya Nutrilite adalah sumber protein yang hebat dan mudah kerana ia didatangkan dalam formula mudah dibancuh yang anda boleh minum pada bila-bila masa! Tedapat 4 perisa yang lazat (teh hijau, campuran beri, coklat dan soya asli) dan oleh kerana ia dihasilkan hanya menggunakan ekstrak tumbuhan, anda tidak perlu bimbang kerana minuman ini semestinya halal.


Kocak-kocak Dan Tubuh Anda Lebih Langsing

Kadangkala gaya hidup moden kita yang sentiasa sibuk menyebabkan kita membuat pilihan yang kurang baik seperti mengambil nasi lemak untuk sarapan ketika hendak bergegas ke tempat kerja atau mengambil snek manis kerana semua ini biasanya akan terkumpul di perut anda.

BodyKey Meal Replacement Shake.jpg

Oleh itu, jika anda rasakan inilah masanya untuk menurunkan berat badan, ambillah Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey. Cuma bancuhkannya dengan susu atau minum begitu sahaja sebagai salah satu sajian tetap anda. Minuman kocak ini membuatkan anda rasa kenyang dan puas tetapi tanpa kalori yang tidak diperlukan. Tambahan pula, minuman kocak ini didatangkan dalam perisa Vanila, Kopi atau Coklat yang menjadikan rasanya seolah-olah seperti pencuci mulut.


Kesihatan Bermula Dari Dalam

Protect your gut for a strong immune system b.jpg

Ekosistem penghadaman yang sihat mempunyai banyak manfaat kepada seisi keluarga kerana usus yang sihat meningkatkan nilai nutrisi waktu makan melalui keupayaan yang dipertingkatkan untuk menyerap nutrien daripada makanan. Lagipun, adakah anda tahu bahawa 70% daripada keimunan anda terletak di usus anda? Usus juga boleh membantu mengawal tahap gula darah. Nutrilite Mixed Probiotic with Chicory Root Extract sememangnya penuh dengan bakteria usus yang baik untuk membantu anda memulihkan ketidakseimbangan yang mungkin anda alami dan didatangkan dalam paket mudah dibuka yang boleh dibancuh dengan air sebagai minuman yang sihat atau dituangkan terus ke atas lidah anda di mana jua anda berada!

Mixed Probiotic with Chicory Root Extract.jpg

Teruskan tradisi nutrisi yang betul untuk keluarga anda dan ini akan mewujudkan sebuah keluarga yang lebih sihat dan lebih ceria.