Floating Icon
26 JAN 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 1500 LIHAT 29 BERKONGSI

Resipi Tart Nanas Gulung

Sajian wajib semasa Tahun Baru Cina, tart nanas selalunya menjadi kegemaran ramai. Resipi ini menghasilkan pastri yang sangat enak dan sempurna — tart nanas yang begitu enak, rapuh dan tidak puas dinikmati yang mungkin melekat pada mulut dan gigi anda namun ia pasti berbaloi!

Sajian lazat ini bukan sahaja memuaskan, nanas segar pula penuh dengan manfaat kesihatan. Nanas yang mengandungi serat dan air membantu mencegah sembelit, menggalakkan saluran pencernaan yang teratur dan sihat.

Buah ini juga mengandung antioksidan vitamin C, jika dimakan dalam bentuk semula jadi, boleh membantu melawan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan pencemaran, mengurangkan kedutan dan menambah baik keseluruhan tekstur kulit. Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen iaitu sistem sokongan kulit.

Tidak pasti bagaimana hendak memilih nanas untuk resipi ini? Ketika anda di kedai, cari nanas yang berat sepadan dengan saiznya. Ia mestilah tidak lembik dan matanya tidak gelap. Nanas yang sudah masak berbau manis pada hujungnya.

Fresh Pineapple


Mudah dipotong dengan pisau yang tajam, potong bahagian atas dan bawah buah tropika ini supaya ada dua permukaan rata. Kupas kulitnya, kemudian potong empat. Berhati-hati agar tidak terkena empulurnya.


Resipi Tart Nanas Gulung

Bahan-bahan

  • 160g tepung naik sendiri
  • 40g tepung jagung
  • 50g tepung kastard
  • 60g gula ising
  • 75g mentega (dipotong dadu dan dilembutkan)
  • 1 telur + 1 sb susu
  • 1 telur (untuk disapu atasnya)
  • 300g inti jem nanas (anda juga boleh membuatnya sendiri)


Cara

Noxxa Noodle Maker from Amway


(gunakan Pembuat Mi Noxxa)

  1. Pilih acuan biskut dan pasangkan pembuat mi.
  2. Bahagikan dan bulatkan inti nanas menjadi bebola 1cm. Ketepikan.
  3. Campurkan dan ayak semua bahan kering.
  4. Masukkan semua bahan kering yang telah diayak dan mentega ke dalam cawan pengadun dan pasang penutupnya.
  5. Hidupkan kuasa dan tekan butang “Auto/ Stop”.
  6. Campurkan telur dengan susu dan tuangkan perlahan-lahan melalui kedua-dua lubang pada penutup.
  7. Pastri akan keluar secara automatik. Potong pastri menjadi kepingan 5cm.
  8. Balut inti nanas dengan pastri yang telah dipotong dan letakkan dalam dulang pembakar.
  9. Sapu permukaan pastri dengan pelicau telur.
  10. Bakar pada suhu 190°C dalam Oven Pembuat Roti Noxxa yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.


Berminat untuk mendapatkan Pembuat Mi Noxxa dan Pembuat Roti Noxxa? Layari www.amway.my