Floating Icon
26 JAN 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 2326 LIHAT 27 BERKONGSI

Resipi Ikan Bakar Dengan Philips Airfryer

Memasak dan menikmati makanan bakar tidak seharusnya menyusahkan. Anda hanya perlukan bahan-bahan dan perkakas yang betul.

Philips Airfryer bukan sahaja menyediakan makanan goreng yang garing dan sedap tetapi juga terbukti menjadi alternatif yang lebih sihat kerana menggoreng makanan dengan sedikit atau tanpa minyak serta menggril, memanggang dan membakar!

Cubalah resipi ikan bakar ini dengan Philips Airfryer anda hari ini.

Grilled fish recipe 3


Ikan Bakar dengan Philips Airfryer

Bahan-bahan

  • 2 kepingan ikan Kerapu
  • 2 batang Serai, dititik
  • 2 sb Halia dicincang halus
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan Perap (A)

  • Garam secukup rasa
  • 1 sb Serbuk kari
  • 1 sk Serbuk kunyit

Bahan-bahan (B)

  • 5 Bawang merah
  • 4 ulas Bawang putih

Perasa (C)

  • 1 sb Sos tomato organik dengan selasih
  • 1 – 2 sb Jus limau kesturi
  • 1 sb Minyak zaitun ‘extra virgin’ organik

Cara

  1. Masukkan bahan (A) dan (B) ke dalam pemproses makanan dan kisar sehingga halus
  2. Campurkan perasa (C) ke dalam pes perap.
  3. Lumurkan kepingan ikan dengan pes perasa yang telah disediakan.
  4. Letakkan kepingan ikan dalam dulang gril Philips dan gril pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga ikan masak.
  5. Keluarkan ikan dan hiaskan.
  6. Letakkan serai yang dititik dan halia yang dicincang halus dalam dulang gril Philips. Gril pada suhu 160°C selama 3 - 4 minit atau sehingga berbau harum. Keluarkan dan hiaskan pada ikan.