Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1367 LIHAT 16 BERKONGSI

Kekal Cergas Bersama-Sama dengan XS Whey Protein

XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour Drink 3

Sama ada di gimnasium atau studio kesihatan, sokongan komuniti yang bersatu atas kepentingan bersama membantu kita merapatkan hubungan dan kekal konsisten.

Tanyalah XS Force, pasukan yang terdiri daripada ABO dan jurulatih peribadi sambilan yang berkongsi pengalaman kecergasan dan bagaimana XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour menyokong usaha mereka mencapai matlamat kesihatan.

Teman Kecergasan

Oscar Tai Shao Bin menjelaskan sebab beliau bersemangat untuk menjadi jurulatih kecergasan. "Apabila saya berada di luar sana mengajar orang, saya rasa sangat gembira. Menyaksikan pelanggan saya memperoleh kembali keyakinan diri membuatkan saya sangat gembira. "

Beliau mengesyorkan latihan selang intensiti tinggi (HIIT) untuk membakar lemak dan memejalkan otot, dengan squat, latihan beberat dan burpee untuk memejalkan bahagian atas badan.

Ricole Lim Wai Kit juga bekerja dalam pelbagai profesion sebelum menyertai komuniti kecergasan sebagai jurulatih. "Setiap kali saya memulakan rutin kecergasan, saya mengingatkan diri untuk mencapai matlamat, terutamanya dari segi memejalkan otot," katanya.

Kiyan Tan Ghee Kin juga mahu meningkatkan kesedaran melalui pengetahuannya dalam bidang pemakanan dan kesejahteraan supaya orang lain dapat menambah baik kesihatan mereka dan berusaha mencapai bentuk badan yang ideal. "Transformasi mereka menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang," tambah Kiyan.

Suki Chooi Sow Yee sentiasa aktif tetapi berat badannya meningkat selepas tamat kolej. Namun begitu, empat tahun lalu beliau berjaya mengurangkan 10kg. "Saya berharap dapat mempengaruhi lebih ramai orang melalui transformasi ini dan menjadi contoh yang baik."

Beliau lebih suka berjoging dan berenang kerana percaya aktiviti berkumpulan adalah cara yang paling cepat untuk menurunkan berat badan. "Bersenam bersama-sama juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan," jelasnya.

Whey yang Lebih Sihat

Oleh sebab tahap protein whey yang tinggi penting untuk membina otot dan meningkatkan pemulihan selepas senaman, XS Force diperkenalkan pada XS Mixed Whey Protein.

Oscar pernah mengambil jenama lain tetapi mendapati hasilnya lebih perlahan dari segi pemulihan otot. Ricole juga melihat hasil yang sangat cepat. "Otot saya kelihatan lebih pejal dan pulih dengan cepat."

Kiyan menyukai kandungan gula lebih rendah yang mencegah kesan sampingan seperti kemunculan jerawat dan peningkatan paras lemak. "Ia sangat selamat, berkesan dan banyak membantu dalam pemulihan selepas senaman dan pembinaan otot tanpa lemak." Suki mendapati ia pilihan yang baik jika anda mahu otot yang lebih pejal. "Saya boleh rasakan ia membantu mempercepatkan pemulihan otot saya."

Walau bagaimanapun, XS Mixed Whey Protein bukan hanya untuk pembina otot atau pengunjung tetap gimnasium. Sesiapa sahaja yang menjalani gaya hidup aktif juga akan menyukai kesannya terhadap pemulihan selepas senaman. Jadikannya sebahagian daripada kembara kecergasan anda hari ini!

Ricole Lim Wai Kit (34) baru-baru ini mengambil bahagian dalam pertandingan bina badan dan terus memotivasikan orang lain.

Oscar Tai Shao Bin (20) mempelbagaikan tekan tubinya dengan meningkatkan intensiti untuk senaman seluruh badan.

Kiyan Tan Ghee Kin (25) juga mengamalkan wusyu dan berenang.

Suki Chooi Sow Yee (33) gemar berbasikal, aerobik, Tabata, berkembara dan bermain badminton dengan rakan-rakan.

Saksikan XS Force beraksi dan ketahui lebih lanjut tentang produk ini di sini.