Floating Icon
16 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 974 LIHAT 18 BERKONGSI

Lakukannya dengan XS Whey

Protein wei — rakan gim yang tidak boleh ditinggalkan

Dengan membengkokkan lutut, anda tambahkan lagi berat pada palang. Lengan anda menggeletar dan kaki anda lemah longlai. Keringat membasahi belakang, muka dan dagu anda – tetapi anda tidak merasakan semua itu. Anda terus menumpukan perhatian pada hadiah: mengejar rekod baru bagi angkat berat ‘deadlift’ anda.

Rentak muzik gim kegemaran anda dipasang dengan kuat di fon telinga anda. Sambil menggenggam palang di antara tangan anda, anda menghembus nafas yang kuat lalu mengangkatnya – mudah sekali.

Apabila semuanya berakhir, anda terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Rakan gim anda menghampiri anda sambil menepuk mesra belakang anda.

“Hei, bro, boleh tanya sikit,” ujarnya. “Macam mana kau tak pernah rasa penat selepas angkat berat?”

Anda tersenyum sambil mencapai beg gim untuk mengambil pengocak minuman anda. Anda melangkah menuju ke pendispens air lalu mengisinya, tutup penutupnya dan menggoncangnya dengan kuat. “Aku bagi badan aku makan dengan cara yang betul.”

Dia melihat pengocak itu dan mendongakkan kepalanya kebingungan. “Protein wei? Aku pun ambik tapi esok paginya aku selalu rasa macam tak boleh bergerak.”

“Aku punya ada asid amino rantai bercabang,” anda memberitahunya. “Ia bantu sembuhkan otot kau dan memastikan kau tak rasa penat sangat esoknya.” Anda membuka penutup pengocak dan aroma coklat semerbak di udara. “Aku takkan mula dan akhiri sesi aku tanpanya.”

Matanya terbeliak dengan rasa ingin tahu. “Kau guna jenama apa?”

“XS.”

XS Whey protein canister


Asid amino rantai bercabang

Sambil meninggalkan gim bersama, rakan gim anda masih lagi ingin tahu. “Jadi, kenapa ‘XS’?” dia mengasak. “Apa yang hebat sangat dengan asid amino rantai ni?”

Rantai bercabang,” jawab anda. “Ia sangat penting untuk senaman kau. Ia membaiki dan membina otot kau. Kau takkan rasa lemah longlai selepas buat senaman lengan dan kaki.”

“Kenapa kau pilih jenama ni?”

“XS ni salah satu daripada protein wei yang terbaik yang pernah aku cuba. Ia ada serbuk biji chia, serbuk spirulina dan 30g protein dalam setiap hidangan. Aku rasa macam Hulk setiap masa, bro.”

“Baunya macam susu coklat.”

Anda ketawa. “Lebih baik daripada susu coklat! Rasanya sungguh enak dan buat kau rasa hebat.”

Rakan gim anda itu menjawab dengan curiga. “Betul ke? Aku tak pernah dengar pun XS sebelum ni.”

“Sekarangkan kau dah tahu. Aku akan kongsikan pautannya dengan kau. Cubalah sendiri! Belum cuba belum tahu, betul tak?”