Floating Icon
17 DEC 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 730 LIHAT 24 BERKONGSI

Raikan Musim Perayaan Dengan Minuman Tenaga XS

Enjoy_The_Festive_Season_With_XS_Energy_Drink_Mocktails.jpg

Musim perayaan sudah bermula dan ada begitu banyak peluang hebat untuk menjual produk dalam semua kategori Amway. Contohnya, parti perayaan adalah cara terbaik untuk bertemu dengan pelanggan lama dan baharu – terutamanya kerana perhimpunan kecil hanya dibenarkan baru-baru ini.

Jika anda merancang untuk menganjurkan majlis di rumah untuk memperkenalkan rangkaian produk kepada pelanggan atau sekadar mengadakan parti untuk menyambut perayaan, minuman adalah satu kemestian! Jadi, mengapa tidak menggantikan jus dan minuman ringan yang dibeli di kedai dengan mocktail Minuman Tenaga XS?


Minuman Tenaga XS -- Lebih Sihat, Lebih Sedap & Tanpa Rasa Bersalah!

Semua perisa Minuman Tenaga XS adalah menyeronokkan dan menyegarkan – dan ia menjadi pembuka bicara yang sangat bagus apabila anda berbual dengan pelanggan baharu.

Anda boleh menghidangkannya begitu sahaja atau cuba membuat mocktail anda sendiri. Hanya buka tin, tambah buah atau pudina dan hiasan lain, dan untuk sentuhan peribadi, namakan minuman anda itu. Anda juga boleh membuat minuman bertema menggunakan gelas yang berbeza seperti balang mason atau gelas bertema perayaan!

Tetapi jika anda tidak pasti buah-buahan yang hendak digunakan atau bagaimana hendak menghiasnya, kami sedia membantu anda. Ingat sahaja idea koktel Minuman Tenaga XS yang lazat dan tanpa alkohol ini untuk majlis anda yang seterusnya:


Jolly_Roger_with_XS_Classic_Black_Fiery_Blaze.jpg

Jolly Roger (Minuman Tenaga XS Classic Black Fiery Blaze)

Berikan mocktail klasik Roy Rogers sentuhan XS yang hebat. Tingkatkan rasa kola klasik Minuman Tenaga XS Classic Black Fiery Blaze dengan menambah sedikit sirap delima dan menghias gelasnya dengan ceri Maraschino. Untuk menambah keceriaan perayaan, tambahkan straw tongkat gula-gula atau hidangkan dalam gelas perayaan berkabut.


All_I_Want_For_XS_Energy_Drink_Pink_Grapefruit_Fiery_Blaze.jpg

All I Want For XS (Minuman Tenaga XS Pink Grapefruit Fiery Blaze)

Hidangkan Minuman Tenaga XS Pink Grapefruit Fiery Blaze anda dengan hirisan nipis lemon dan kiub ais daun pudina. Cucuk hirisan buah – terutamanya buah sitrus seperti oren – pada lidi koktel dan letak menegak di dalam gelas. Anda juga boleh mencelup bibir gelas ke dalam gula pasir untuk memberikan kontras rasa manis pada minuman yang menyegarkan ini.


Merry_Berry_with_XS_Energy_Drink_Cranberry_Grape.jpg

Merry Berry (Minuman Tenaga XS Cranberry Grape)

Tambah sedikit beri ke dalam minuman atau bekukan beri dan daun pudina dalam kiub ais Minuman Tenaga XS Cranberry Grape supaya rasanya tidak tawar. Hidangkan di dalam gelas yang elegan atau dengan setangkai pudina agar lebih cantik.


Itulah tiga resipi mocktail perayaan untuk ditambahkan dalam koleksi anda pada musim perayaan ini. Nikmati minumannya, nikmati partinya dan semoga berjaya dalam perniagaan anda pada musim perayaan ini!



InfoHub_Banner

Perlukan video, eRisalah dan banyak lagi? Muat turun daripada Hab Info kami sekarang.

Klik di sini!