Floating Icon
20 JAN 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 3242 LIHAT 188 BERKONGSI

Esok Bermula Malam Ini dengan Tilam & Katil Dreamland

Jika anda rasa kurang bertenaga, tidak bermaya atau keletihan, tidur yang tidak lena mungkin puncanya. Ramai antara kita tidak sedar bilangan proses yang berlaku dalam tubuh ketika kita tidur yang begitu penting untuk fungsi seharian tubuh kita. Berikut adalah antara manfaat yang anda akan peroleh daripada tidur yang lena.


1. Otak Lebih Tajam

Adakah anda rasa otak anda berfungsi dengan lebih baik selepas tidur malam yang lena? Ini kerana tidur memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan ingatan. Anda akan rasa lebih mudah untuk menumpukan perhatian dan mengingati maklumat baru yang tentunya sangat diperlukan dalam dunia yang pantas hari ini!


2. Menurunkan Risiko Penyakit Jantung

Ketika anda mendapatkan tidur yang sangat berharga, tekanan darah akan turun dan ini membolehkan jantung dan saluran darah anda turut berehat. Tidak cukup tidur bermakna tekanan darah anda akan meningkat dalam tempoh yang lebih lama dalam sehari. Mengekalkan tahap tekanan darah yang baik akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat penyakit jantung dan strok.


3. Keimunan Lebih Baik

Sebenarnya sel-sel imun anda juga mahu anda mendapat rehat yang baik. Jika anda tidak tidur lena, sel-sel imun anda tidak akan berfungsi secara optimum dan tidak menyerang bakteria dan virus berbahaya. Ini bermaksud anda akan lebih kerap sakit.


4. Hari Gembira 

Ketika anda tidur, otak akan menguruskan emosi anda. Ia memerlukan masa ini untuk mengenal pasti cara yang tepat untuk bertindak balas terhadap pelbagai jenis situasi. Apabila anda mendapat tidur malam yang lena, anda akan mendapati anda bertindak balas dengan lebih positif terhadap pelbagai cabaran hidup.


5. Menstabilkan Paras Gula Darah

Apabila anda memasuki tahap yang lena dalam kitaran tidur, tahap glukosa darah akan turun. Anda perlu berada di tahap yang lena ini untuk memberikan masa yang cukup untuk tubuh anda berehat dan mendapatkan semula tenaga. Ini akan membolehkan tubuh anda berfungsi dengan lebih baik untuk mengawal paras gula darah sepanjang hari dan mengurangkan risiko mendapat diabetes jenis 2.

Setelah anda tahu mengapa tidur yang lena itu penting, berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memastikan anda mendapat tidur malam yang lena.

  • Ikuti jadual tidur yang tetap

    Tidur pada waktu yang sama setiap hari membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat tidur yang lebih merehatkan.

  • Buat rutin waktu tidur

    Lakukan sesuatu yang santai sebelum melelapkan mata seperti membaca buku, melakukan regangan ringan atau mendengar muzik yang menenangkan boleh membantu mencipta suasana tidur yang sempurna.

  • Dapatkan tilam yang bagus

    Kepentingan mendapatkan tilam berkualiti tinggi tidak boleh diremehkan kerana anda akan tidur di atasnya selama 8 jam setiap malam! Tilam yang tidak menyokong belakang anda boleh menyebabkan sakit belakang dan badan yang menghalang anda daripada mendapat tidur yang berkualiti dan membuatkan anda lenguh dan merengus sepanjang hari.

Dreamland Chiromax Mattress and Headboard Divan


Tidur Lebih Lena dengan Tilam Chiromax Freshguard Dreamland

Tilam Chiromax Freshguard Dreamland menggunakan Sistem Spring Miracoil yang direka untuk memberikan sokongan tulang belakang yang unggul. Ia juga diuji dan disahkan oleh pakar penjagaan bahagian belakang badan untuk melegakan sakit belakang, jadi tidak hairanlah 84.9% rakyat Malaysia memilih Spring Miracoil.

Dreamland Chiromax Freshguard Mattress features

Tilam Chiromax Freshguard Dreamland juga mempunyai beberapa ciri termaju. Ia tidak telap air dan menyingkirkan kesan/kotoran dengan kemasan Aquaguard, satu teknologi yang dibangunkan di Jerman. Ini bermaksud anda boleh lap saja cecair yang tumpah di atas tilam. Selain itu, tilam ini boleh menangkis bau busuk dan juga antihama habuk, antibakteria dan antikulat. Tilam tersedia dalam tiga saiz: Bujang, Kelamin dan Besar.

Untuk melengkapkan Tilam Dreamland, Set Kepala Katil dan Divan Chiromax Dreamland direka dengan cita rasa kontemporari dan mewah tetapi yang lebih penting ia terperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang memberikannya binaan yang kukuh dan tahan lama. Upholsterinya PU berkualiti tinggi, kepala katilnya cukup panjang dan kaki divan diperbuat daripada kayu padu. Set kepala katil dan divan juga tersedia dalam saiz Bujang, Kelamin dan Besar untuk memenuhi keperluan anda.