Floating Icon
13 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1218 LIHAT 69 BERKONGSI

Menolak Mitos — Minuman Tenaga lawan Kesihatan

XS Energy Drink Photo 3


B untuk Boost (Merangsang): Adakah minuman tenaga baik untuk anda?

Kebanyakan orang mempercayai bahawa minuman tenaga hanyalah minuman bergula, berkafein yang hanya selangkah di atas soda. Minuman tenaga bukan sekadar memberikan anda tenaga dengan segera tetapi banyak lagi yang boleh ditawarkan.

Minuman Tenaga XS membuatkan anda terus bertenaga dan bersedia untuk terus berusaha dan pada masa yang sama ia bebas gula. Jangan bimbang tentang kalori kosong dan tumpukan perhatian untuk mencapai hasilnya yang positif!


B untuk Body (Badan)

Vitamin B merupakan bahan biasa di dalam minuman bertenaga kerana ia memainkan peranan yang penting dalam memberikan tenaga kepada badan anda. Ia adalah penting terutamanya bagi membantu mengubah makanan yang anda makan menjadi tenaga.

Apabila kita berbicara tentang vitamin B, kita berbicara tentang:

  1. B2 – menguraikan lemak, karbohidrat dan protein lalu mengubahnya menjadi tenaga
  2. B3 – merangsang metabolisme anda, membantu anda membakar kalori dan memberikan anda lebih banyak tenaga untuk mengikuti rutin kecergasan anda
  3. B5 – mengurangkan kelesuan dan keletihan badan sambil melaraskan aktiviti metabolisme badan ke landasan yang betul
  4. B6 – menghantar lebih banyak oksigen ke otot anda dan memastikan anda bertenaga lebih lama
  5. B12 – memberikan anda rangsangan tenaga tambahan bagi menjauhkan dari rasa penat dan lemah

Apabila anda mengambil minuman tenaga seperti XS, anda mendapat tambahan tenaga daripada vitamin ini agar anda terus hebat dalam apa yang anda lakukan.


B untuk Brain (Otak)

Apabila tarikh akhir hampir tiba, otak anda mudah menjadi bercelaru. Tekanan dan sifat berlumba-lumba yang tiada kesudahan akan menyebabkan otak yang paling cerdas sekalipun akan menjadi sangat letih. Minuman tenaga boleh membantu. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan minuman tenaga boleh meningkatkan kewaspadaan mental, meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan malah masa tindak balas.

Dengan kata lain, minuman tenaga boleh melancarkan otak anda apabila rangsangan diperlukan.


B untuk Boundaries (Sempadan)

Lepasinya. Menurut laporan Euromonitor International, XS merupakan jenama minuman tenaga tanpa gula yang pertama dijual secara eksklusif di peringkat global. Apabila berbicara tentang minuman tenaga, itu bukanlah pencapaian yang kecil.

Berbanding dengan minuman tenaga lain di pasaran, Minuman Tenaga XS menawarkan rangkaian yang berkalori jauh lebih rendah. Setiap tin XS mengandungi kira-kira 10 kalori.


B untuk Burn (Membakar)

Kini anda telah pun mengetahui manfaat (dan risiko) minuman tenaga, inilah masanya untuk memikirkan tentang cara anda memilih apa yang hendak dimasukkan ke dalam badan anda. Adakah anda memikirkan pilihan yang dipertingkatkan secara semula jadi, tanpa gula, tanpa kafeina?

XS adalah pilihan yang baik. Padat dengan semua vitamin B hebat yang badan anda inginkan dan ditambah pula dengan rasa buah-buahan enak yang padu, Minuman Tenaga XS akan membuatkan anda terus bertenaga. Anda dengan pasti terpikat dengan keunikan rasa Cranberry-Grape mahupun Citrus Blast. Bukan peminat kafeina tetapi memerlukan sedikit semangat dalam langkah anda? Cubalah Mango Passionfruit Guava. Tiada kafeina, tiada gula dan tiada keletihan.

Sedang mencari sesuatu untuk menyemarakkan hidup anda?

Cubalah perisa hangat terkini yang hebat — Pink Grapefruit Fiery Blaze. Didatangkan dengan ekstrak biji kopi hijau tambahan bagi membantu membakar sel-sel lemak apabila anda bersenam*. Selain itu, ia mengandungi tambahan 60mg kafeina dengan kalori SIFAR. Bukankah ia bagus?

Dapatkan maklumat lanjut tentang Pink Grapefruit Fiery Blaze di sini.

* Penafian: Sifat penurunan berat badan dan pembakaran lemak ekstrak biji kopi hijau sangat bergantung pada keadaan kesihatan individu, tahap aktiviti fizikal dan diet. Hasil dan kesannya mungkin berbeza dari seorang ke seorang.