Floating Icon
23 MAR 2022 HAB INFO 2 MINIT BACA 201 LIHAT 0 BERKONGSI

[ARTICLE] Aktifkan Ciri 'Child Lock' Melalui Aplikasi ATMOSPHERE CONNECT

Titikberatkan keselamatan kanak-kanak dengan mengaktifkan ciri ‘child lock’ untuk ATMOSPHERE SKY anda melalui aplikasi Atmosphere Connect (versi 7.7.0, perisian tegar 1.7). Ciri ini menyahaktifkan panel sentuh dan menghalang kanak-kanak daripada bermain dengan unit.

BAGAIMANA HENDAK AKTIFKAN/NYAHAKTIFKAN ‘CHILD LOCK’?

  1. Pastikan unit SKY disambungkan ke sambungan internet tanpa wayar.
  2. Buka aplikasi dan pilih unit anda.
  3. Pilih ikon Tetapan.
  4. Cari ciri ‘Child Lock’ dan leret untuk mengaktifkan/ menyahaktifkan.
  5. Panel paparan unit SKY anda akan berkelip 3 kali menunjukkan ‘Child Lock’ diaktifkan/ dinyahaktifkan.