Floating Icon
02 APR 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 108 LIHAT 6 BERKONGSI

Intan Rahayu F Che Isa & Mohammed Nizam Khamis

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.

Diamond Rahayu F Che Isa & Mohammed Nizam Khamis

KAJANG |RAHARTINI CHE ISA & SALEH SULAIMAN

Jadikan Cabaran Anda Sebagai Pemangkin Kejayaan Anda

Rahayu4.jpg

Kami memulakan perniagaan Amway pada 2017. Semasa itu kami dalam keadaan tidak bersedia kerana anak kedua kami Aisyah sedang menjalani rawatan kemoterapi di PPUM selepas didiagnos menghidap penyakit kanser darah.

Kami bermula dengan mempelajari asas perniagaan terlebih dahulu walaupun dalam kesibukan mengurus anak dan menjalankan tugas sebagai seorang guru. Namun, kami tidak pernah memberi sebarang alasan untuk tidak mengikuti kelas atau seminar yang dianjurkan. Kami diajar oleh ABO atasan Intan Rahartini Che Isa & Saleh Sulaiman agar mementingkan ilmu untuk mengembangkan perniagaan.

Rahayu3.jpg

Selepas dua tahun, kami berjaya mencapai penyemat Platinum Pengasas dan layak ke ALS 2019 Dubai. Pencapaian ini menjadikan kami semakin bersemangat untuk bekerja kuat. Kami kemudiannya berjaya mencapai penyemat Nilam dan layak ke ALS 2020 Sydney dalam masa 10 bulan. Kami meneruskan lagi misi kami untuk meningkatkan lagi pencapaian kami. Kami mencapai penyemat Zamrud Pengasas dan dijemput ke ALS Alaska pada tahun berikutnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kami Intan Eksekutif Pengasas Mohd Hilna & Azilila atas tunjuk ajar yang diberikan. Kami juga terhutang budi kepada Intan Nurul Jihadah Hayati Abdullah & Mohamad Nazri Zuhri. Kerana kalian semua, kami berjaya mencapai tahap seperti sekarang ini.

Banyak dugaan dan pancaroba datang dan pergi sepanjang perjalanan kami menuju ke tahap Intan. Tuhan menduga kami lagi apabila Nizam didapati menghidap sejenis penyakit dan memerlukan banyak rawatan. Kemudian, anak saya yang bongsu pula disahkan oleh doktor sebagai kanak-kanak kurang upaya intelektual. Namun begitu, segala ujian ini tidak pernah melemahkan semangat kami. Sebaliknya, kami menjadikan semua ini sebagai pemangkin untuk kami terus bekerja dengan lebih gigih lagi.

Rahayu5.jpg

Segala perit jerih kami akhirnya terbayar. Dengan bonus Amway, kami dapat mengecapi banyak percutian bersama keluarga selain percutian yang dibiayai sepenuhnya oleh Amway. Saya juga mempunyai kebebasan masa untuk mengurus anak-anak dan ayah yang sedang uzur.

Rahayu7.jpg

Kami merasakan bahawa segala pengorbanan kami selama ini sangat berbaloi. Kita tidak akan pernah tahu bila kita akan ditimpa kesusahan. Kami beruntung kerana kami telah membuat persediaan awal. Betullah kata mentor kami, “Buatlah Amway ketika kita tidak memerlukannya kerana apabila tiba waktu kita memerlukannya, bonus Amway sangat-sangat membantu!”.

"Segala ujian ini tidak pernah melemahkan semangat kami. Sebaliknya, kami menjadikan semua ini sebagai pemangkin untuk kami terus bekerja dengan lebih gigih lagi."