Floating Icon
30 JAN 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 191 LIHAT 1 BERKONGSI

Intan Teh Yin Yin & Eugene Ng

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.

Intan Teh Yin Yin & Eugene Ng

KLANGEDWIN TEH & LEE HOON

Bekerja Keras Semata-mata Tidak Memadai

TEH-YIN-YIN-&-EUGENE-NG-A.jpg

Saya merupakan generasi kedua dalam perniagaan Amway dan anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik. Ibu bapa saya menerapkan pengajaran hidup kepada saya sejak kecil dan tidak memanjakan saya. Mereka menunjukkan kepada saya cara untuk menetapkan matlamat serta mengajar saya bahawa mencari nafkah bukannya mudah.

Saya masih ingat ketika mereka membawa saya ke tempat kerja mereka, namun masih terus membina perniagaan Amway mereka selepas itu. Mereka bekerja 14-16 jam sehari demi sesuap nasi dan menyediakan tempat berlindung. Saya bersyukur atas kasih sayang dengan ketegasan yang mereka berikan yang telah membentuk diri saya hari ini.

TEH-YIN-YIN-&-EUGENE-NG-H.jpg

Kehidupan Eugene agak sukar. Bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 10 tahun. Sebagai anak sulung daripada 3 orang adik-beradik, beliau menjadi pencari nafkah tunggal ketika berusia 13 tahun apabila ibunya tidak berupaya untuk bekerja.



Di sekolah menengah, Eugene adalah seorang yang pelajar introvert pintar yang mendapat A dalam peperiksaan, manakala saya pula adalah seorang ekstrovert sosial yang mendapat lebih banyak E daripada A. Beliau boleh melanjutkan pengajian dengan biasiswa penuh dengan keputusan SPM yang begitu cemerlang. Ia seolah-olah ditakdirkan bahawa laluan hidup kami berbeza.

Saya menyertai tenaga kerja kerana memikirkan jika saya bekerja keras seperti ibu bapa saya, saya boleh menjalani kehidupan yang saya ingini. Saya mula menyedari bahawa pilihan yang kita buat adalah lebih penting daripada bekerja keras semata-mata. Gaji pertama saya ialah RM900. Namun, tidak kira sebanyak mana usaha yang saya berikan, gaji saya tetap sama. Saya berhenti kerja selepas 2 minggu dan bertanya kepada ibu saya tentang Peluang Perniagaan Amway.

TEH-YIN-YIN-&-EUGENE-NG-F.jpg

Eugene pula ingin melanjutkan pengajian. Namun begitu, beliau tiada pilihan selain perlu mencari kerja disebabkan situasi keluarganya. Walaupun pekerjaan pertamanya sebagai jurujual menawarkan gaji yang lumayan, 90% daripada pendapatannya digunakan untuk melangsaikan hutang dan perbelanjaan keluarga.

Beliau sudah pun menjadi seorang ABO ketika itu tetapi tidak membangunkan perniagaannya. Beliau mengubah fikiran apabila mengetahui saya mencapai Platinum pada usia 20 tahun dan menerima bonus Platinum tahunan. Beliau membandingkannya dengan kerjanya selama 2 tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau tidak pernah menerima sebarang bonus atau pengiktirafan. Ketika itulah beliau mula memahami nilai Amway.

Bersama-sama, kami membangunkan perniagaan Amway kami dan mencapai pelbagai tahap penyemat dalam kedua-dua Pemilikan ABO kami, daripada Platinum, Platinum Pengasas, Nilam Pengasas, Zamrud dan akhirnya Intan.

“Pilihan yang kita buat adalah lebih penting daripada bekerja keras semata-mata.”

Terima kasih kepada Amway, Eugene akhirnya mampu membeli kondominium dan kereta baharu untuk ibunya, menampung pendidikan adik-beradiknya dari segi kewangan dan memikul beban kewangan keluarganya. Kami juga dapat melancong ke seluruh dunia pada usia yang muda, membeli kereta impian kami serta rumah berkembar baharu.