Floating Icon
23 MAY 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 347 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Eksekutif & Intan Eksekutif Pengasas Steven Lee & Elyn Wong

Kejayaan akan menyusul dengan setiap keluarga yang anda bantu 

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin di Ipoh, ibu bapa saya adalah penjaja yang mempercayai bahawa satu-satunya cara bagi anak-anak yang kurang berpendidikan untuk meneruskan kehidupan dalam masyarakat ini ialah dengan menguasai kemahiran.

Jadi, saya mula bekerja dengan ibu saudara saya yang memiliki sebuah pasar mini. Di situlah bapa saudara saya mengajar cara untuk menjalankan perniagaan demi mencari rezeki. Apabila dibesarkan dalam persekitaran sedemikian, saya menyedari bahawa kita hanya boleh maju dalam kehidupan jika kita mempunyai perniagaan sendiri. 



Setelah beberapa percubaan untuk memulakan perniagaan saya sendiri gagal, saya belajar daripada kesilapan lalu dan mendapati bahawa sebab utama kegagalan saya ialah saya tidak mempunyai sistem yang boleh berkembang, pasukan yang padu dan rakan kongsi yang mantap dengan syarikat yang kukuh dari segi kewangan. Apabila Intan atasan saya mula-mula memperkenalkan saya kepada Amway, saya benar-benar yakin bahawa perniagaan yang dijalankan olehnya adalah jenis model perniagaan yang berada dalam fikiran saya selama ini.

Elyn pula dilahirkan dalam keluarga yang berada di Johor Bahru. Kami bertemu di sebuah kafé, tempat kami pernah menjadi rakan sekerja dan kemudiannya dia menjadi isteri saya. Selepas 5 tahun, saya memutuskan untuk berhenti kerja bagi memulakan perniagaan kami sendiri. Firma sumber manusia dan kafé impian kami menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan dan kami berupaya memperoleh keuntungan yang lumayan. Walau bagaimanapun, kami berasa tidak terjamin kerana kami menyedari, sama seperti mana-mana perniagaan konvensional, kami mungkin akan berakhir tanpa pendapatan jika perniagaan kami berhenti beroperasi.



Pada saat itu, kami memutuskan untuk mengembangkan pendapatan pasif kami. Jadi, kami berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan perniagaan Amway kami. Pada Ogos 2019, kami melayakkan diri sebagai Platinum Pengasas. Pada Ogos tahun berikutnya, kami mencapai misi yang ditetapkan oleh organisasi kami dengan melayakkan diri sebagai Intan. Pada Ogos 2021, kami menjadi Intan Pengasas. Kami merangkul penyemat Intan Eksekutif dan Intan Eksekutif Pengasas pula pada Ogos 2022.



Mengimbau kembali, kami rasa bertuah kerana perniagaan Amway kami telah membantu kami mengatasi impak kewangan akibat pandemik sejak 3 tahun lalu. Kami benar-benar mengecapi Asas Pengasas Amway iaitu ‘Keluarga, Kebebasan, Harapan & Ganjaran’, dan kami kini memulakan perjalanan untuk menjalani kehidupan yang lebih hebat lagi.



Kejayaan bukan hanya tentang wang, kejayaan adalah tentang berapa ramai keluarga yang dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat disebabkan anda. Jumpa anda di puncak jaya!