untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.
Kami menyertai perniagaan Amway secara sambilan pada 2016 untuk mencari pendapatan sampingan. Saya adalah seorang penyelia jururawat di sebuah hospital di Kuantan, manakala Faizul pula seorang penyelia juruteknik di universiti tempatan. Walaupun kami berdua makan gaji, hakikatnya kami masih tidak mampu untuk menabung apatah lagi hendak bermewah.
Penglibatan kami dengan Amway bermula dengan pembelian peralatan dapur yang saya tunjukkan melalui demonstrasi memasak secara langsung di media sosial. Bermula dari situlah saya membentuk rangkaian saya dalam perniagaan Amway.
Permulaan kami dalam Amway bukanlah suatu yang mudah. Kami terpaksa bergelut kerana perlu melakukan dua kerja dalam satu masa. Oleh itu, kami mesti pandai mencari masa dan peluang untuk memberi perhatian kepada perniagaan Amway kami. Kadangkadang kami jarang makan tengah hari semata-mata hendak pergi ke Kedai Amway untuk membeli produk yang kemudiannya akan dihantar kepada pasukan serta pelanggan kami.
Akhirnya, kegigihan kami membuahkan hasil pada Januari 2018 apabila kami mencapai 21% dan memperoleh bonus yang lumayan buat pertama kalinya. Kami sangat teruja dengan jumlah sebanyak itu yang tidak mampu diberikan oleh pekerjaan tetap kami. Detik itu merupakan titik perubahan buat kami agar lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan perniagaan Amway kami.
Pada 2019, kami mencapai tahap penyemat Platinum Pengasas dan Delima. Pada 2020, di tengah-tengah kemelut pandemik pada waktu itu, kami memutuskan untuk meletakkan jawatan dan memberi sepenuh perhatian kepada Amway. Keputusan yang berani ini ternyata tepat kerana kami berazam untuk terus mendaki ke tahap penyemat yang lebih tinggi. Pada 2023, kami mencapai tiga penyemat sekali gus iaitu Intan Pengasas, Intan Eksekutif dan Intan Eksekutif Pengasas.
Selain tahap pencapaian yang mengagumkan itu, Amway telah mengubah impian kami yang dahulunya kami rasakan mustahil untuk dicapai menjadi kenyataan. Kami dapat membiayai pembinaan rumah kedua kami apabila kami mencapai Platinum. Kami berjaya membina mahligai impian kami dengan hasil pendapatan daripada perniagaan Amway kami dan juga mampu memiliki beberapa biji kereta mewah idaman kami. Namun demikian, ganjaran yang terbesar ialah kami dapat menikmati kebebasan kewangan lebih awal dan pada usia yang lebih muda. Jadi, kami ada lebih banyak masa untuk anak-anak dan keluarga.
Saya adalah anak sulung daripada 12 orang adikberadik, manakala Faizul pula merupakan anak keenam daripada lapan orang adik-beradik. Perjalanan kami turut memberi inspirasi kepada adik-beradik kami untuk mengikuti jejak langkah kami. Ramai daripada mereka turut melakar kejayaan mereka sendiri dalam perniagaan Amway.
Jika hendak berjaya dalam perniagaan Amway, kita mestilah menjadi pemimpin yang berwibawa dan menjadi contoh terbaik kepada ABO yang lain. Kita juga perlu memiliki sikap dan disiplin yang bagus dari pelbagai aspek. Berikan tumpuan sepenuhnya untuk membina asas pelanggan yang setia dan praktikkan teknik dalam talian dan luar talian untuk mengembangkan rangkaian yang utuh dan mempercepat pertumbuhan perniagaan anda. Sentiasalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik, memupuk kerjasama dan menerapkan nilainilai persahabatan atau ukhwah antara satu sama lain.
Matlamat kami pada masa hadapan ialah kami mahu membantu lebih ramai orang untuk sama-sama berjaya seperti kami. Kami juga memasang impian untuk mencapai penyemat yang tertinggi dalam Amway iaitu Duta Mahkota Pengasas.