Floating Icon
01 SEP 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 57 LIHAT 11 BERKONGSI

Dua Intan Pengasas & Dua Intan Wong Mee San & Kee Kok Joo

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.


Dua Intan Pengasas & Dua Intan Wong Mee San & Kee Kok Joo

NUSAJAYA | KUANG HONG ENG


Realisasikan Semua Impian Anda Bersama Amway

Pix-1.jpg

Sebelum ini Mee San adalah seorang guru manakala Kok Joo adalah seorang pengamal undang-undang yang bekerja keras dalam kerjaya masing-masing. Apabila Mee San memulakan perniagaan Amway pada 2006, tiada seorang pun ABO atasannya tinggal di bandar yang sama.

Mee San tidak membiarkan hal ini menghalangnya kerana dia sedar bahawa dia perlu mempelajari selok-belok perniagaan sebelum dapat meraih hasilnya. Lagipun, pembelajaraan berterusan adalah kunci kejayaan.

Namun, daripada menyokongnya, Kok Joo menentang keputusannya untuk menjadi ABO kerana kejahilannya tentang perniagaan tersebut. Lama-kelamaan, Mee San yang bijak dan penyayang berjaya mempengaruhi Kok Joo dengan tenaga positifnya.

Selepas menghadiri rali dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang Amway, Kok Joo mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Mee San. Setelah kira-kira setahun membangunkan perniagaan Amway secara sambilan, mereka melayakkan diri sebagai Platinum Pengasas pada 2007 dan dijemput untuk menghadiri Seminar Kepimpinan Amway mereka yang pertama.

Pix-4.jpg

Pada 2012, Mee San dan Kok Joo melayakkan diri sebagai Intan, diikuti dengan Intan Eksekutif pada 2015. Dari 2007 ke 2023, mereka telah dijemput oleh Amway untuk mengembara ke lebih daripada 29 bandar di seluruh dunia yang telah mencipta kenangan manis seumur hidup!

Selain merealisasikan impian mereka satu demi satu, mereka menemui keseimbangan yang tepat antara meluangkan masa untuk perniagaan dan bersama keluarga. Mereka melancong ke luar negara bersama ibu bapa mereka setiap tahun dan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama 4 orang anak mereka.

Pix-3.jpg

Mereka terus mengembangkan perniagaan mereka dengan membantu rakan perniagaan lain yang bercita-cita tinggi dan komited dalam organisasi mereka untuk merealisasikan impian dan menambah baik kehidupan mereka. Pada 2018, mereka berjaya melayakkan diri sebagai Intan Eksekutif Pengasas. Semasa pandemik, mereka terus memimpin kumpulan mereka dan menjadi Dua Intan GAR pada 2020 dan melayakkan diri sebagai Dua Intan Pengasas GAR pada 2022.

Kok Joo & Mee San berkata, “Amway ialah perniagaan yang mendukung nilai-nilai yang menakjubkan. Apabila anda benar-benar memahami perniagaan ini, anda akan dapat membangunkan hubungan emosi yang mendalam, yang akan mendorong anda untuk berkongsi peluang dengan orang di sekeliling anda. Ramai orang bekerja selama beberapa dekad dalam kerjaya mereka tanpa dapat merealisasikan impian mereka tetapi dengan Amway, selagi anda berusaha dalam beberapa tahun yang pertama, anda akan dapat menikmati kebebasan kewangan, gaya hidup yang luar biasa dan jaminan kewangan untuk generasi yang akan datang berdekad lamanya!”

Mereka merumuskan, “Perkara terbaik yang anda boleh berikan kepada pasukan anda adalah contoh yang baik. Perkara terbaik yang anda boleh berikan kepada ibu bapa adalah kemulian. Kami sedang dalam perjalanan untuk mencapai matlamat Majlis Pengasas kami. Jumpa anda di puncak jaya!



"Pembelajaran berterusan adalah kunci kejayaan."