untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.
Perjalanan Amway kami bermula apabila seorang rakan keluarga berkongsi pengalaman Nutrilitenya bersama kami. Salahudin yang sememangnya suka makan mula melihat betapa perlunya mengambil suplemen untuk mencapai gaya hidup yang lebih sihat. Perkongsian tentang Pelan Penjualan & Pemasaran Amway juga telah mencetuskan cita-cita untuk mengejar impian kami bersama.
Kami bersyukur kerana dikelilingi oleh para mentor yang luar biasa di Amway, yang menggalakkan kami untuk hadir di mesyuarat mingguan. Dari situlah kami mempelajari prinsip teras Amway dan perkara-perkara penting dalam membina perniagaan kami.
Amway menjanjikan masa yang berkualiti bersama keluarga. Inilah yang meyakinkan kami untuk menceburinya. Anak-anak kami menjadi inspirasi kami untuk memilih laluan keusahawanan ini kerana kami mahukan lebih banyak masa bersama keluarga. Melihat mereka membesar di depan mata merupakan keistimewaan dan kegembiraan yang tidak ternilai.
Sebelum menemui Amway, kehidupan kami hanya berkisar tentang berjalan-jalan sambil meninjau kedai dan kerja yang memenatkan tanpa kesudahan. Sekarang, kami berkongsi kegembiraan membeli-belah bersama insan tersayang dan tinggal di kediaman yang indah milik kami. Jadual kami yang dahulunya padat dengan tugas harian, kini dipenuhi dengan pelan kembara yang mengujakan di seluruh dunia dan terus mencipta memori terindah bersama anak-anak kami.
Seperti kebanyakan orang lain, gaya hidup keluarga kami telah berubah sepenuhnya dengan Amway. Kami menjaga pemakanan kami dan banyak bersenam, termasuk berbasikal dan berjalan pantas selepas mengambil suplemen harian kami. Faedahnya memang ketara – kami menjadi lebih sihat dan lebih cergas.
Kami bersyukur apabila melihat impian kami menjadi nyata dan masa depan anak-anak kami terjamin. Dengan rahmat Allah, kami yakin bahawa masa depan yang cerah menanti mereka. Semua ini adalah disebabkan oleh peluang yang disediakan oleh Amway.
Kami menggalakkan semua orang agar berani mengejar impian mereka. Amway mampu digapai oleh sesiapa sahaja. Bagi mereka yang ingin melalui perjalanan ini, berpegang teguhlah pada cita-cita anda. Jika anda percaya anda boleh, maka ya, anda boleh!