Floating Icon
19 SEP 2024 PENYANDANG 2 MINIT BACA 0 BERKONGSI

Intan Daryl Su & Chai Jia Ni

Klik DI SINI

untuk membaca kisah kejayaan mereka di Laman Kemasyhuran.

Intan Daryl Su & Chai Jia Ni

MIRI | DUNG TAI MING & YONG JEER YEAN


Dipacu Oleh Keinginan Untuk Berjaya

Pix-1.jpg

Saya baharu berusia 17 tahun apabila diperkenalkan kepada Amway oleh rakan sekelas saya yang kemudiannya menjadi penaja saya. Beliau menyatakan bahawa saya perlu meluangkan beberapa tahun sahaja bagi mengembangkan perniagaan Amway saya untuk menikmati ganjarannya. Namun, saya tidak mempercayai perkongsian beliau itu bulat-bulat kerana bapa dan datuk saya sendiri telah menghabiskan sepanjang hayat mereka membangunkan perniagaan mereka.

Saya tidak mengambil serius tentang perkara tersebut sehinggalah hidup saya menjadi tunggang-terbalik. Bapa saya dikelilingi hutang selepas menggulungkan perniagaannya sehingga kami terpaksa mengosongkan rumah kami dan ibu saya pula menjadi satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga saya. Mujurlah, majikan ibu saya menyediakan tempat berlindung kepada saya, 2 saudara kandung serta ibu saya. Namun, kabin kayu kecil yang kami diami itu sangat sesak kerana terpaksa berkongsi dengan pekerja asing yang lain.

Keadaan kami menjadi semakin terhimpit apabila ibu saya dikesan menghidap kanser dan terpaksa terbang ke Kuching untuk menjalani rawatan. Ketika itulah saya dan abang saya memutuskan untuk membantu ibu kami merealisasikan impiannya yang mahu memiliki sebuah rumah dan bersara awal.

Pix-2.jpg

Apabila umur saya mencecah 21 tahun, saya telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Satu kemalangan berlaku di bengkel kereta mengakibatkan saya terpaksa duduk di rumah untuk kembali pulih tanpa sebarang pendapatan. Pada masa itu, saya tidak berduit dan tiada ramai kawan. Saya tidak mempunyai rupa paras mahupun kualiti dalaman untuk berjaya. Namun, saya segera menyedari bahawa kita boleh mencari beribu-ribu alasan untuk gagal tetapi kita hanya memerlukan satu alasan yang baik untuk berjaya!

Saya bangga untuk memberitahu bahawa saya memulakan perniagaan Amway saya ketika berada di dalam bas awam. Saya berkongsi tentang Amway dan produknya dengan setiap penumpang. Suatu hari, saya cuba menjual produk Glister kepada seorang pakcik yang duduk di sebelah saya. Walau bagaimanapun, beliau mengherdik dan memanggil saya “gila”! Saya sering ditolak tetapi saya tidak pernah berputus asa.

Pix-3.jpg

Saya hanya mengambil masa setahun untuk merealisasikan impian ibu saya. Sejak itu, saya telah mencapai kebebasan masa dan mengembara ke banyak negara bersama Amway. Di samping itu, banyak impian saya turut tercapai. Oleh itu, mencurahkan usaha anda mengikut hala tuju yang betul serta memilih kerjaya yang tepat sangatlah penting.

Saya amat berterima kasih kepada ABO atasan saya Zamrud Dung Tai Ming & Yong Jeer Yean; Zamrud Pengasas David Chua; Intan Eksekutif Pengasas Justin Hau; Intan Pengasas Ellis Gan & Kennix Yap; Intan Alice Kho & Yeo Siaw Pheng; Zamrud Leon Lai dan pasukannya; Zamrud Chua Shi Xuan dan Nilam Lee Su Yee atas segala pencapaian tersebut.

Saya amat mempercayai bahawa, “Kuasa yang besar membawa bersama tanggungjawab yang besar”. Di Amway, semakin tinggi tahap penyemat anda, semakin anda diberi kuasa untuk membantu lebih ramai orang. Misi sepanjang hayat kami adalah untuk membantu lebih ramai orang yang berhasrat untuk mengubah kehidupan mereka, mengubah daripada orang biasa kepada orang yang luar biasa, sama seperti saya!



"Kita boleh mencari beribu-ribu alasan untuk gagal tetapi kita hanya memerlukan satu alasan yang baik untuk berjaya."