“Jom, makan!”
Jika ada satu perkara yang sebati dalam DNA budaya Malaysia, ia adalah cinta kita terhadap makanan. Namun tahun lalu telah membuat kita menilai semula cara kita makan. Semakin ramai orang cuba memasak untuk jamuan dan sajian ringkas di rumah berbanding dengan membeli sajian bawa pulang.
Lagipun, makan di luar atau menikmati sajian bawa pulang dengan kerap mungkin tidak sihat kerana kalori dan saiz yang besar boleh meningkatkan risiko obesiti dan masalah kesihatan yang lain.
Malah, tahukah anda bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara? Hampir 50.1% orang dewasa Malaysia sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes*.
Jadi, memasak di rumah juga lebih bermanfaat untuk kesihatan anda! Namun, kadangkala ia menyusahkan. Sajian yang dimasak sendiri di rumah memerlukan lebih banyak perancangan, masa dan usaha daripada memesan sajian bawa pulang atau keluar makan.
Mujurlah kami ada alat yang sesuai untuk membantu pemula di dapur (atau pakar yang mahu menaik taraf) menyediakan sajian di rumah tanpa perlu bersusah payah.
Ia memasak, menggoreng kilas, mengukus, memasak perlahan, mengekalkan kehangatan, memanaskan semula makanan dan juga membakar kek dengan hanya menekan satu butang – apa lagi yang anda perlukan daripada periuk ajaib yang menjimatkan ruang ini?
Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa dilengkapi dengan 10 fungsi memasak serta tetapan masa dan suhu praset. Jadi, jika anda akan melalui hari yang panjang, hanya sediakan sajian anda pada waktu pagi, tetapkan masa dan suhu memasak anda dan nikmati makanan panas yang dimasak sendiri di rumah untuk makan malam. Memang sangat mudah!
Jika anda sukakan mi, ini untuk anda! Tambahkan sentuhan sendiri dalam pelbagai jenis mi dari mi kuning, pasta, makaroni, pasta spiral, mi laksa dan banyak lagi dengan mesin automatik yang mudah digunakan ini. Singkirkan pengawet dan pewarna tiruan daripada diet keluarga sambil meneroka sisi kreatif anda dengan tetapan yang boleh disesuaikan. Petua hebat: Tambahkan sayur-sayuran ke dalam doh mi untuk merangsang faktor kesihatannya!
Mengukus makanan adalah kaedah terbaik untuk mengekalkan semua nutrien semula jadi tanpa mengorbankan rasa. Pengukus Makanan Noxxa menawarkan ruang XL 3 tingkat dan tiub wap berasingan yang membolehkan anda mengukus pelbagai jenis makanan pada masa yang sama di samping meminimumkan pemindahan bau dari satu ruang ke ruang yang lain. Kukus sayur-sayuran, ikan dan ayam dengan hanya menekan butang untuk makanan yang lebih sihat untuk anda dan keluarga.
Cincang! Cincang! Sama ada mencincang bawang putih, herba, kekacang, malah smoothie berkhasiat, pembantu dapur 2 dalam 1 yang berguna ini tambahan yang bagus. Fungsi pencincang serba guna memudahkan kerja menyiapkan bahan-bahan kerana ia mencincang bawang putih, bawang merah, herba, kekacang dan daging tanpa tulang hanya dengan beberapa denyut (pulse). Sementara itu, pengisar mini mengisar buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan-bahan sihat yang lain untuk smoothie yang lazat di dalam bekas minuman mudah bawa yang disertakan. Tambahan pula, bilah 4 bintang boleh tanggal bersaiz kompak menjadikan tugas membersihkannya cepat dan mudah.
Semua orang sukakan makanan goreng tetapi bukan minyaknya. Tidak, terima kasih! Kurangkan minyak dan gandakan komitmen dengan teknologi Philips Airfryer. Dengan putaran udara panas, penggoreng udara ini bukan hanya menggoreng dengan sempurna tetapi juga membakar, memanggang dan menggril makanan tanpa minyak. Jadi, nikmati kentang goreng dan ayam goreng anda tanpa rasa bersalah.
*Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/22/mco-diets-drive-up-malaysias-obesity-rates