Tahukah anda bahawa 73% rakyat Malaysia meninggal dunia akibat tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung1, manakala 30.4% mengalami berat badan berlebihan dan 19.7% obes2? Dengan begitu banyak masakan Malaysia yang disediakan menggunakan terlalu banyak minyak dan kaedah memasak yang tidak sihat, mungkin sudah tiba masanya kita semua mencari cara baharu untuk memasak hidangan yang lebih sihat.
Mujurlah, Tefal dan cef terkenal, Jamie Oliver telah berganding tenaga untuk menghasilkan keperluan dapur yang meningkatkan pengalaman memasak anda. Sama ada anda seorang cef berpengalaman, tukang masak di rumah yang bersemangat atau baru berjinak-jinak di dapur, Kuali Leper Keluli Tahan Karat Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic (24sm) dan Periuk Semua Dalam Satu Dengan Penutup Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic (30sm) direka untuk mencetuskan kreativiti dan menggalakkan amalan memasak yang lebih sihat.
Menyempurnakan Seni Memasak Dengan Kuali Leper
Bagi mereka yang menghargai hidangan yang dimasak dengan sempurna, Kuali Leper Keluli Tahan Karat Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic mesti dimiliki. Salutan tak melekat tahan lasak yang diseduh dengan titanium memastikan penggunaan minyak yang minimum dan pembersihan yang mudah. Dihasilkan dengan kejituan, ia direka untuk semuanya dari salmon herba yang kaya dengan nutrien hingga pasta aglio olio makanan laut yang mengecurkan.
Serba Boleh & Sihat dalam Setiap Hidangan
Bayangkan menyediakan stew yang memuaskan atau goreng kilas sayur-sayuran yang berwarna-warni dengan begitu mudah. Periuk Semua Dalam Satu Dengan Penutup Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic direka dengan salutan tak melekat tahan lasak yang diseduh dengan titanium, memastikan masakan sihat selama bertahun-tahun dengan minyak yang minimum. Ini menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat tanpa menjejaskan rasa atau tekstur.
Mengapa Memilih Rangkaian Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic?
Kerjasama antara Tefal dan Jamie Oliver ini menggandingkan kepakaran kulinari dan teknologi termaju. Setiap produk dalam rangkaian Cook's Classic direka dengan teliti untuk meningkatkan perjalanan memasak secara sihat anda untuk memastikan setiap hidangan penuh dengan perisa dan nutrisi.
Inilah yang menjadikan rangkaian Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic lebih baik:
Salutan Tak Melekat Tahan Lasak
Diselit dengan titanium yang kuat supaya tahan lama dan masakan lebih sihat.
Bahan Selamat
Bebas daripada PFOA, plumbum dan kadmium, memenuhi peraturan sentuh makanan yang ketat.
Keserasian Universal
Boleh digunakan di atas dapur gas, elektrik dan induksi, terima kasih kepada teknologi Thermo-Fusion Tefal untuk pengagihan haba yang sekata.
Reka Bentuk Mesra Pengguna
Menggunakan teknologi Thermo-Signal untuk menunjukkan suhu memasak yang optimum dan pemegang pasak keluli tahan karat untuk pengendalian yang selamat.
Penggunaan Serba Boleh
Sama ada anda mereneh sos yang lazat di dalam Periuk Semua Dalam Satu Dengan Penutup atau mencapai layuran yang sempurna di dalam Kuali Leper Keluli Tahan Karat, dari dapur ke meja, ia merupakan tambahan yang elegan untuk semua dapur.
Jangan silap, keperluan dapur ini merangkumi inovasi, kualiti dan komitmen sebenar terhadap amalan memasak yang lebih sihat.
Tingkatkan Pengalaman Memasak Secara Sihat Anda Dengan Mudah
Walau apa pun tahap kemahiran memasak anda, Kuali Leper Keluli Tahan Karat Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic dan Periuk Semua Dalam Satu Dengan Penutup Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic sudah uruskan. Direka bentuk agar serba boleh, tahan lasak dan masakan yang lebih sihat, keperluas asas dapur ini memperkasa anda untuk menyediakan hidangan yang tidak dapat dilupakan dengan mudah. Alami keseronokan memasak secara sihat dan mulakan kembara masak-masakan hari ini!
Sudah bersedia untuk memasak hidangan yang lebih sihat? Dapatkan Kuali Leper Keluli Tahan Karat dan Periuk Semua Dalam Satu Dengan Penutup Tefal & Jamie Oliver Cook’s Classic di Amway.my sekarang.
PWP Kekal: Dapatkan Set Spatula Ingenio Tefal 4 batang (319730) pada harga RM59/B$18 (Tiada PV/BV) bernilai RM119/B$36 apabila anda membeli mana-mana 1 unit Perkakas Memasak Tefal & Jamie Oliver.
Rujukan